Saturday, 22 February 2014

puisi pagi: tolong wahai semua manusia, jangan mati dalam keadaan kau nafikan semuanya ini...

sumber gambar: colorbox.com

"bebaskan jiwamu...carilah apa yang kau mahu di dalam hidup ini...tetapi turutilah peraturan hidup dan alam ini, nescaya kau menjadi manusia yang paling bahagia di dunia...dan ingatlah satu perkara, sekalipun kau bebas, batasan itu tetap perlu..."

Sambil menghirup air milo aku duduk dikerusi dan tenang menaip,
Tiba2 aku terfikir,
Ajaib sungguh.
Hanya dengan satu arahan,segalanya terjadi.
Hanya dengan satu klik, arahanku diproses.
Simbolik begini buat aku tertawa,
Kenapa kita semua manusia tak mahu menggunakan kebijaksanaan ini?
Alam ini tentera kita,pekerja kita...
Maka gunakanlah...
Apa yang kau mahu?
Beri arahan pada alam semesta,
Jangan takut,
Jangan ragu,
Kau adalah bos kepada hidupmu.
Tuhan beri kuasa ini melalui akal dan hatimu,
Maka gunakan.

Jangan malu.
kerana adab kepada yang memberi adalah menerima.
tolong wahai semua manusia,
jangan mati dalam keadaan kau nafikan semuanya ini.
aku mohon...

sumber gambar: bellymotions.com

"alam ini menari gembira...mereka sentiasa menunggu arahan daripada para manusia suci yang mengenal mereka dan potensi mereka...alam ini satu kekayaan, maka gunakan ia sebaik yang kau mampu..."


ps: tetibe rasa best pulak dengar lagu ni...jangan salah faham,takda apa2 maksud pun...cuma...ya...kadang2 ada makna juga...haha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...