puisi pagi: sayang...aku sangat rindukan dirimu...

11:47 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: nekomoka.buzznet.com

"sayang...manusia gelar aku gila dan sesat...begitu mudah hinaan terlempar tanpa mereka cuba memahamiku...betapa sedih hatiku kalau saja mereka tahu...lalu aku pilih untuk bersendiri begini saja...sayang...aku sangat rindukan dirimu..."

aku terkejut ketika bangun pagi ini,
di dalam mimpi aku mendapat satu panggilan telefon,
dia...dia beritahu dia dimana...
aku benar2 terkejut...
suara itu!

aku terus mengusap muka bangun,
dan meminta maaf kepada pemberi mesej bawah sedar itu,
benar aku minta maaf,
aku tak dapat kesana...
ada kekangan yang tak mampu aku elak...
maafkan aku kerana terlalu berilusi tentangmu...

sumber gambar: deviantart.com

"aku rela dianggap gila oleh semua manusia itu...kerana aku sedar bagaimana segala kronologi alam ini terjadi...penuh mistik dan magis yang tak sanggup manusia normal percayai...wahai sayang,terlalu ingin aku beritahu...di dalam angan itu, bumi ini di dalam genggamanku...aku tahu kau juga merasakan yang sama...sayang...aku terlalu rindukan keanehan dirimu...ia selalu buat aku tertawa seolah melihat diriku di dalam cermin...kerana keanehan kita hampir sama dalam posisi yang berbeza...aku ini puteri cahaya yang kau hiasi dengan kegelapanmu..."


You Might Also Like

4 comments:

Anonymous said...

Awak ada teman kat alam lain yaa.. Mesti bestkan.. ? At least tak la sunyi.
Lebih-lebih lagi kalau dia memahami kita dan kita suka dan selesa dgn cara dia faham dan apa yg dia faham..

terima kasih...susah juga untuk jelaskan segalanya...

Anonymous said...

Tak perlu jelaskn segalanya. Perjalanan nafas awak adalah utk awak. Dlm liang lahad nanti awak sorang je.. Buatlah yang terbaik yg awak mampu. Percaya pada benda ghaib adalah rukun iman, wajib percaya tapi jgn taksub dan salah guna.

terima kasih kerana memahami...dan juga untuk pesanan yang kamu beri...annur hargainya...ia buat annur tenang...terima kasih ya...