Tuesday, 25 February 2014

puisi pagi: sayang...inilah yang sangat aku takuti pada diriku...

sumber gambar: vashtiqvega.wordpress.com

"sayang...betapa mereka gagal untuk ambil tahu penyucian jiwa seringkali terjadi kerana dosa..."

sayang...
semenjak dahulu manusia fikir aku ini jahat...
sedang mereka tak tahu apa yang aku alami,
bagaimana aku berusaha menentang fitrah jahat diriku,
mereka semua tak mahu ambil tahu,
akhirnya tuhan sucikan jiwaku melalui dosa yang aku lakukan...

sayang...
silapku pada sang adam dahulu,
bukanlah salahku tapi siapa yang mampu fahami diriku,
godaanku pada sang hawa semata2 memberitahu apa kemahuan adam,
dimana letak kejahatan dirinya...
meletakkan wanita setaraf kakinya,
aku cuma menentang dan mempertahankan hak diriku,
tapi siapa sanggup fahami segala yang berlaku...

sayang...
dendamku pada sang adam,
bukanlah salahku...
sedang dendam itulah akibat perbuatan mereka sendiri,
jika ia hanya dibiarkan dimanakah letaknya keadilan buat diriku...

sayang...
aku sangat mencintaimu...
dan cinta inilah satu hadiah tuhan buat diriku...

sumber gambar: rebloggy.com

"sayang...inilah yang sangat aku takuti pada diriku...aku takut kejahatan itu terkeluar dan buat mereka berlari teriakan...sedang mereka takkan tahu betapa setiap hari aku cuba menahan kejahatan ini dari menunjuk rupanya...kerana itu aku rela tidur dan bermimpi tentangmu, ia sangat menenangkan jiwaku..."


7 comments:

Anonymous said...

Mereka yg mengguris hatimu hanya mainan utk membangkit amarahmu.. Matlamat akhir agar neraka itu jadi penamat. Dari marah baik simpati saje. Kesian dah dewasa bagai dgn akal yg 9 tapi tak sedar dan terus terperangkap dgn nafsu dunia. Mmg x mudah tapi cubalah..dulu ya..

Anonymous said...

Samb... Menjadi kelainan dari biasa akan menjadikn kita diperhatikan lebih. Kebiasaan mereka sangka normal, tapi hakikatnya salah... Bulan yg satu dari seribu bintang dilangit. Dijadikan asbab mengapa pungguk jadi perindu.. Walhal ada je yg lain.. Kesian bulan... Dia bersinar pun sbb matahari bukan sirnanya sendiri..

Anonymous said...

Samb... Kita sama2 sedang mencari bahagia pada laluan diluar kebiasaan.. Seringkali akan disalah faham. Sering kali digugat prinsip.. Sampaikn sunyi dan sepi itu bagai rusuk kita, sebati.. Seringkali jua kita cipta dunia asing utk melepas lelah melarikan fokus dari manusia lain.

Anonymous said...

Samb.. Aneh kerana setiap puisi dan kata2 mu menuntun aku memberi respon.. Tapi untuk apa perlukn sebab.. Kerana perhatian adalah mungkin keperluan..

Gillette Flores said...

Hi sayangKU aNNUR *SENYUM*
Rindunya dekat Annur.
Maaf ye jarang lawat Annur di sini.
Gill agak sibuk lewat kebelakangan ini =)
Annur jangan berteka-teki lagi Gill yang mana satu =)
Boleh tengok dah mana satu Gill sebenarnya dekat blog =)

Anonymous said...

Samb.. Pasir smlm walaupun ia kecil tinggalkan lah... Jgn dibiarkan terselit pada kasutmu.. Kerana ia mengganggu dirimu meneruskan perjalanan..

puteri jalanan a.k.a annur said...

salam,

anon,kalau kamu aneh,annur lg aneh dgn setiap kata2mu...ya,ini mmg blog manusia aneh,haha....:D

Gill...ehem2...jgn luahkan rindu tu sgt,geram i...wow! haha...gurau k...ehhh annur da nengok da aritu...ntah2 kita kenal kot kt alam realiti?ops!haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...