puisi sang puteri: ada ketika aku akan merindui waktu dahulu dan menangis...

21:07 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: www.ipodwallpaper.net

"bila aku lihat manusia dan keramaian mereka, aku rela menjadi diriku dan hidup dalam kesepianku...adakala mereka mengajar aku untuk bersama2 manusia, tetapi itu cuma terkadang, selalunya aku gembira hidup bersama apa yang aku minati..."

aku seorang manusia biasa,
tetapi aku selalu dilihat sebagai manusia asing,
kerana aku jarang keluar untuk bergaul dengan manusia,
sekali sekala kerana ajakan kawan2,
itu sahaja,
selebihnya aku suka bersendirian dan berbuat apa saja yang aku suka,
bila berjalan kemana2 sebenarnya aku lebih selesa berseorangan,
dan berada di kalangan manusia2 yang tidak mengenali aku,
kamu tahu satu perkara,
bersendirian adalah satu kewajipan seorang penulis bebas seperti aku.
kerana dengan kesepian aku mula belajar banyak perkara,
banyak perkara yang aku gagal fahami ketika aku bersama manusia2...

sumber gambar: goodwp.com

"suatu ketika dahulu aku selalu dihiasi dengan pelbagai cara...sedang hatiku sedih dan mahukan kebebasan...dan kini aku gembira kerana aku dapat apa yang aku mahukan iaitu kemerdekaan...tapi satu, ada ketika aku akan merindui waktu dahulu dan menangis..."


You Might Also Like

0 comments: