puisi tengahari: jika kau benar2 faham, matematiknya tak pernah lari...

14:33 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: wallpaperpassion.com

"selalunya aku jarang merancang setiap puisiku,segalanya spontan...adakala idea datang melalui gambar...kerana disetiap gambar ada kisahnya...disetiap gambar ada rahsianya...dan aku adalah seorang peminat seni lukisan..."

setiap apa yang berlaku semuanya menurut kiraan masa dan kadarnya,
kalau kau faham akan kiraan matematiknya,
kau adalah seorang yang tenang...
kau takkan tergugah dengan apapun,
kerana jiwa kau hidup dalam keyakinan,
dan keyakinan itu yang membuatkan kau mampu untuk melangkah lebih jauh,
jauh daripada perjalanan seorang manusia biasa,
sehingga kau dianggap sebagai dewa,
setiap sesuatu yang berlaku punya kiraannya tersendiri,
punya kadar masanya tersendiri,
hukum ini jika dilanggar maka kau akan sengsara,
kek yang diganggu perkembangannya akan bantat,
apa yang kau perlu adalah biarkan saja ia sehingga masak...
setiap sesuatu ada waktu matangnya...
kalau diganggu maka kesannya bukanlah sehebat yang kau mahukan,
kalau kau mahu menjadi seorang pencipta yang hebat,
kau perlu faham akan semua matematik ini...
sebenarnya faham sahaja tidak cukup,
kerana disebalik faham kau juga perlu akur.
akur pada peraturan Yang Maha Pencipta...
bahawa setiap sesuatu itu berlaku dengan Qada' dan Qadarnya...

sumber gambar: vi.sualize.us

"melalui lukisan aku belajar bahawa mimpi mampu bertukar menjadi sebuah kenyataan yang disimpan dan disebarkan keseluruh pelusuk dunia...dan kerana rahsia itu aku tidak takut untuk bermimpi setinggi awan...kau adalah apa yang kau minta...jika kau benar2 faham, matematiknya tak pernah lari..."

You Might Also Like

0 comments: