Monday, 3 March 2014

puisi gila: aku cuma sampaikan perkhabaran darinya...

sumber gambar: youtube.com

"kelahiranku bukanlah satu kesilapan...kerana yang sebenarnya akulah rahsia cinta sejati...kenali aku kerana aku bukanlah sejahat yang mereka sangkakan...kejahatan itu cuma penyembunyi kesucian diriku..."

“manusia bodoh...
Bila aku kata taknak percaya...
Bila jadi, barulah datang cari aku...
Manusia bodoh...
Sama seperti bapak mereka adam...
Adam dan hawa yang bodoh...
Hahahahahaha...
Arghhhhhh....aku menjerit benci...
Mengapa manusia?
Cuba beritahu aku,
Darimana datangnya kebodohan itu?
Ianya bersangkut paut dari keturunan moyangmu si adam itu...
Kebodohan yang diwarisi turun temurun...
Lahirkan generasi yang bodoh dan pendek akal...
Selalu berkata tanpa pengertian,
lagipulak bodoh dalam perbuatan,
aku menggoda,kamu ikut kenapa?
Dari situ aku sudah tahu dimana tahap kebodohan dirimu.
Bila kita kata bodoh, tahu pulak marah...
Manusia bodoh! Sampai kenanti akan aku goda kamu...
Hanya untuk mengajar kamu gunakan akal yang tuhan beri,
Atau kamu campak saja akal itu kelongkang.
Atau beri anjing kelaparan makan,
aku pasti, itulah budimu yang tertinggi di dunia ini.
Hahaha."
sumber gambar: alexgordon.co.uk

"Hey bodoh! Kamu mahu tahu aku siapa?
Perkenalkan, akulah Lilith.
dan akulah syaitan yang menggoda adam dan hawa dahulu.
akulah yang beri buah itu kepada bapak kamu adam dan ibu kamu hawa...
tanpa aku, kamu semua takkan berada disini...”

Aku mencungap.
Mataku yang merah aku usap perlahan...
Aku tak suka dia datang.
Maaf,aku benar  tak suka,
Maka aku lepaskan dia berkata apa yang dia mahu,
Dan dia mahu kata2nya disebarkan disini,

Ya,itulah permintaannya untuk melepaskan diriku...
tak perlu risau, kerana aku masih mampu kawal segalanya...
aku cuma sampaikan perkhabaran darinya...

sumber gambar: liliths-realms.deviantart.com

"berhenti memuja diriku wahai semua pencari cahaya...kerana kamu takkan suka jika aku datang...ketahuilah bahawa cahaya bukan sekadar menerangi, tapi ia juga membakar...dan akulah cahaya yang dibawa lari ke arah kegelapan...kegelapan itu sangat memerlukan aku untuk menerangi mereka..."

ps:maaf, ini cuma kisah dongeng zaman dahulukala...


15 comments:

Anonymous said...

samb..

kasihan..namun apa kan daya.. utk ciptaan Tuhan yang masih keliru.. masih lupa.. kenapa dia tidak terpilih..

puteri jalanan a.k.a annur said...

hehe...akupun kasihankan kamu...lilith kata semua manusia bodoh...aku marah,aku kata kaulah bodoh...lilith cuma gelak...dia sangat relax bila orang kutuk dia...hmm...ada sesuatu disini...

Anonymous said...

Samb..
aku cuma simpati... Berlumba ego bukanlah kemahuanku... Jika lilith menyatakan manusia bodoh, maka katakanlah... Aku ucapkan terimakasih

puteri jalanan a.k.a annur said...

hmmm...kalau nak diikutkan itu mmg fitrah syaitan...apilah katakan...marah,benci,hasad dengki,ini semua sifat mereka...dan dikalangan manusia pun ada juga yang bersifat mcm ni...tapi kejadian lilin mmg menakjubkan,membakar diri demi manusia lain...satu cerita yang direka untuk perjalanan satu lagi cerita lain...

MayangSari said...

memang manusia bodoh...kalau tak nak pakai otak tu, mari sini aku cantas kepala-kepala tu lalu aku jadikan rantai. daripada tak digunakan baik aku jadikan perhiasan....

Lilith....Kali juga bencikan kebodohan...mari sayang...kita hirup darah-darah ni semua.....

puteri jalanan a.k.a annur said...

ya,sisi hitam tuhan sangat bencikan kebodohan...kerana itu diciptanya syaitan....hehe

MayangSari said...

i love black magic....ahhh....its so...bloody..i love to give them my wrath through my sacred spell...they hate me?...oh baby i cannot stop my self to seduce them... coz i love to see the stupidity in them....i am so innocent but they shall never knew this cause their heart are full of darkness eventhough they wear the whitest robes....stupid!

puteri jalanan a.k.a annur said...

alamak dhada...aku ni tak paham apekenda ko cakap tu...ce cakap bahasa melayu...adeiii....

tapi ko tau tak dhada,manusia benci syaitan,tapi tak sedar,dalam diri mereka ada banyak sifat syaitan...hehe...sampai terfikir,adakah mereka benar2 manusia?

MayangSari said...

untuk pengetahuan kita...manusia ni sendiri adalah alam...alam jin dalam badan kita ni laluannya adalah melalui darah...itu darah kita kan? maka mengapa dikatakan kejahatan itu lahir dari syaitan? bukankah kita yg menetapkan semuanya dgn keputusan ditgn kita? kenapa mesti syaitan yg dipersalahkan ataupun sebenarnya kita yg bodoh ataupun kita sebenarnya adalah syaitan itu sendiri tanpa kita sedar ataupun mungkin sengaja kita tak mengaku?

puteri jalanan a.k.a annur said...

ya betul...annur rasa samaada manusia itu mmg bodoh,atau syaitan bertopengkan manusia...skrang makhluk2 lain berlumba2 nak lahir sebagai manusia...manusia akan jadi transformer...kejap manusia,kejap haiwan,kejap syaitan,kejap macam malaikat pulak...cuma kita sedar ke tak je...tapi dhada nak tau?yang paling hebat,adalah manusia yang dapat kawal semua makhluk tu...dan gunakan mana2 ikut keperluan...kerana ada sesetengah keadaan,kita perlukan sifat syaitan ni,kalau tak manusia lain tak faham2...hehe

puteri jalanan a.k.a annur said...

k r dhada,take care...annur ada keje sikit ni...tata sis...

Anonymous said...

akhirnya.. aku temui diri mu..ko suluh dirimu utkku.. terima kasih kerana membantu si bodoh..

puteri jalanan a.k.a annur said...

hai anon...cmne?terer tak i suluh diri i sendiri?apa nak buat...lebih baik suluh diri sendiri dari suluh orang lain...paling kurang kita sedar kita sapa...dan ia lebih bermanfaat...:)

Anonymous said...

errr...

ko pakai torch light apa ek?

puteri jalanan a.k.a annur said...

torch light cap ayam je...beli kat kedai pak maon...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...