Monday, 17 March 2014

puisi merapu: bodohlah aku jika kalah pada sesuatu yang aku pernah menang dahulunya...

sumber gambar: the-exponent.com

"sayang...setiap hari ingatanku beransur pulih...izinkan aku untuk tetap setia menunggumu..."

sayang...
jika kau fikir puluhan tahun di dunia mampu buat aku melupakan dirimu,
maka kau silap.

sayang...
jika kau fikir perjumpaan kita kali ini sekadar memenuhi tujuan hidup saja,
maka kau silap.

sayang...
jika kau fikir masa akan memudarkan ingatanku padamu,
maka kau silap...

kerana sayang...
ketahuilah...
kesabaranku terhadap waktu yang lama itulah buktinya...
jika aku mampu menunggu ribuan tahun,
takkan aku kalah pada puluhan tahun?
jika aku mampu menunggu puluhan tahun,
takkan aku kalah pada beberapa tahun?
jika aku mampu menunggu beberapa tahun,
takkan aku kalah pada beberapa bulan?
tidak kan?
aku akan tetap tabah seperti selalunya...
menjalani hari dengan hati yang cekal...
sambil mengingati dirimu untuk setiap detik...

bodohlah aku jika kalah pada sesuatu yang aku pernah menang dahulunya...

sumber gambar: vi.sualize.us

"sayang...manusia kata aku gila...sehingga terkadang aku juga percayakan yang aku ini gila...tetapi bila berseorangan, aku tahu bahawa aku tidak seperti mereka...kehadiranku di dunia ini bukan untuk melakukan rutin seperti mereka...aku punya tujuan hidupku yang perlu aku selesaikan untuk dapat hidup bersamamu di dalam abadi...sayang, aku sangat merinduimu..."







ps:oh harap korang takkan salah sangka,kisah ini semua cuma penjiwaan watak sahaja...hahaha...takkanlah annur sejiwang ini pulak kan...mana mungkin...tunggu dunia kiamat dululahhh...hoho

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...