Thursday, 13 March 2014

puisi gila: jujurlah, kau pasti tahu dimana silap dirimu...

sumber gambar: loverofsadness.net

"jika kita hanya dihargai selepas pergi, maka biarkan kita terus pergi dan tak kembali..."

apa yang hendak digaduhkan lagi,
aku pun tak tahu,
biarkan airmata ini mengalir,
akan aku usap keseluruh wajahku moga menjadi penyeri buat yang memandang,
kerana ia kelihatan sangat sugul,
apalah agaknya rupa senyuman dalam kesedihan...

jangan bertanya mengapa aku menyakiti,
kerana soalan itu sangat bacul jika keluar dari hatimu.

ketahuilah,
kesakitan pasti datang dari kesakitan jua...
jujurlah,
kau pasti tahu dimana silap dirimu.

sumber gambar: mirror.co.uk

"kita datang kesini untuk memperbaiki silap kita yang dahulu...jika kesalahan yang sama kita lakukan...lalu,untuk apa lagi hidup kali ini?hentikan saja nafas dari jasad...ia lebih bermaruah..."



ps: harap korang tak fikir papa...ini bukan kisah annur, ia cuma kisah yang annur ambil dari nama seorang perempuan yang lain yang sudahpun pergi menghadap ilahi,kisahnya mungkin tercatat di sebuah kitab usang sebagai teladan buat semua manusia...annur cuma menjiwai sahaja...maaf.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...