Friday, 7 March 2014

puisi ikhlas: ya benar, inilah realitiku...

sumber gambar: deviantart.com

"setiap hari aku cuma tahu senyum dan ketawa...itu saja...tiada apa yang istimewa pun..."

ada yang minta aku keluarkan apa yang aku tahu,
muntahkan semuanya,
aku garu kepala,
bukan kerana apa,
kerana aku tak tahu,
bagaimana aku mahu menerangkan jika aku tak tahu,
aku minta maaf,
jangan tanya aku atau paksa lagi,
kerana aku tak tahu.
apa yang aku nukilkan selama ini cuma sangkaan dan rasa sahaja,
ilmu yang sebenar aku tak mampu ungkap,
mungkin ia cuma tersembunyi di dalam senyumanku,
dan aku rasa selamanya dia rela berada disitu...

sumber gambar: fuckyeahchibimarukochan.tumblr.com

"aku rasa kakakku dhada, sedia tahu perangai aku yang satu ini...sengal tak habis2...selalu takut jika dikejar...aku adalah sejenis manusia yang suka pukul curi...bila aku pukul,aku akan cepat lari...pengecut memang fitrahku...tapi niat di hati mahu berlawan dan jadi hero...janganlah salah faham, anggap saja aku ini budak kecil yang baru belajar melihat dunia...tolong maafkan aku dan jangan apa2kan aku...aku tak bersalah...ni semua salah dhada..."

jika ada yang mahu datang dan belajar daripadaku,
terus terang,
aku cuma akan senyum je,
kerana aku memang tak tahu.
aku cuma tahu senyum dan ketawa.
senyum itulah ilmu paling tinggi aku tahu,teruk kan?
ohhhh maafkanlah...


sumber gambar: colorbox.com

"aku tak tahu apa2,aku cuma tahu senyum dan ketawa sahaja...ya benar,inilah realitiku...seorang perempuan yang tak pernah lepas dari senyum dan ketawa...bagiku dunia ini terlalu banyak perkara untuk dinikmati...maaf ya...nenek tumpang lalu..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...