Friday, 7 March 2014

puisi gila: jangan risau, luaskanlah impian kamu...

sumber gambar: smh.com.au

"alam mimpi adalah medan perangku, aku akan sentiasa meneroka jalan untuk memecahkan tembok yang tercipta antara mimpi dan realiti...medan ini sungguh gelap, tetapi aku akan cuba terangi dengan kuasa cahaya yang aku miliki, dan kepercayaan kamulah yang akan menguatkan lagi jalanku..."

aku berjalan laju sambil mataku melilau memandang realiti dunia,
hari demi hari aku luaskan pemikiranku,
menerima dengan sepenuh hati permainan dunia zaman kini,
dan aku berjanji akan bermain sepenuh hati,
aku tinggalkan cerita manusia,
aku mula melihat cermin dan memandang realiti diri,
aku senyum dan aku luaskan hatiku lagi dan lagi,
aku mahu buka ruang untuk impian itu menjadi realiti,
aku mahu katakan pada diriku,
ia akan terjadi,
apa yang aku impikan akan terjadi,
dan aku tahu apa yang perlu aku lakukan adalah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada diriku sendiri.

ingin aku tanyakan,
pernah kamu terfikir bagaimana produk dari dunia jauh sana,
dapat sampai kesini malah tersebar kesatu dunia?
ini semua impian manusia2 berjiwa besar!
lalu aku berkata pada diriku sendiri,
jangan sekat impianmu,
luaskan dan luaskan lagi,
jangan takut untuk bermimpi,
kerana ketahuilah dunia realiti ini semua ciptaan dari mimpi!

kamu tahu kenapa dunia jadi begini?
kerana mereka yang berjiwa besar ini mencipta taman permainan mereka sendiri,
dan malang sekali bila kamu tersekat di dalam taman permainan mereka,
kenapa tidak kamu cipta taman permainan kamu sendiri?
dan keadaan bertukar mereka pula bermain di dalam taman permainan kamu?
mereka meletakkan harga ketika kamu bermain di taman mereka,
kamu terpaksa membeli produk mereka,
berapa harga mereka beri,kamu beli!
kerana itu, mereka cipta trend!
dan kamu pengikut trend!
kamu mahu tahu satu lagi rahsia?
trend ini boleh dicipta!

hey!
percayakan diri kamu dan ciptalah trend!
jangan mengikut tapi jadilah ikutan!
bukankah kamu mahu dunia seperti apa yang kamu fikirkan?
maka gunakan rahsia ini untuk jadikan dunia sama seperti yang kamu harapkan,
dan aku harapkan mereka yang benar mendapat akan apa yang aku cuba sampaikan malam ini.

wahai bangsaku,
kuatkan jati diri kamu,
cerminkan semua keadaan ini!
mari kita kuasai dunia!
yeah...

sumber gambar: movies.disney.com

"kehadiran aku disini, untuk membantu bangsaku menjadi pelukis yang berani...jangan risau, luaskanlah impian kamu, aku akan bantu kamu dengan semangat bumiku..."

ps: "i see them staring at me...oh im a trendsetter..."....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...