Monday, 10 March 2014

puisi malam: alam ini jika disatukan...maka itulah dirimu...

sumber gambar: depositphotos.com

"alam ini jika disatukan...maka itulah dirimu...hanya jika kamu mengerti aturannya..."

tuhan sukakan keindahan.
ohhh bukan tuhan saja,
mengaku saja,kamu semua sukakan keindahan...
tetapi keindahan adalah sesuatu yang subjektif ya...
kadang ulat tepi longkang pun ada manusia mampu hargai keindahannya...
hmm...
beri aku masa berfikir sekejap tentang kekeliruan ini,
zaman sekarang pemikiran manusia banyak sudah terbalik,
bangkai mampu jadi minyak wangi,
dan minyak wangi pula bertukar menjadi bangkai,
tapi aku rasa semua ini mudah saja,
jadilah diri kamu sendiri,
kalau kamu adalah bangkai,
jadilah bangkai yang bermaruah dan asli,
iaitu dengan menjadi busuk sebusuk2nya...
tunjukkan diri kamu yang sebenar,
kerana dari situ kami akan nampak keindahan kamu,
bangkai jika menyamar jadi minyak wangi,
ia kelihatan sangat...
sangat bodoh!
maaf kerana aku terlalu jujur...
jangan berasa rendah diri,
kerana bangkai sangat besar peranannya kepada manusia,
salah satunya untuk mengajar manusia erti busuk yang real,
peranan lain?
kamu fikirlah sendiri...
kerana aku malu untuk menerangkan semua hakikat ini...

ketahuilah,
dunia cuma akan pulih bilamana...
bangkai menjadi bangkai,
dan minyak wangi menjadi minyak wangi...

dan inilah tugasku di alam maya ini,
untuk meletakkan bangkai di tempat asalnya,
begitu juga untuk minyak wangi...

maafkanlah aku...
benar,
maafkanlahhh kerana aku bukan kamu...
dan tentu sekali kamu tak mahu menjadi jahat sepertiku...

ahhh apa saja kamu semua manusia,
kalau tidak kerana kasihan takkan aku turun kesini...

sumber gambar: dreamstime.com

"zaman kini sungguh gelap...dan akulah lilinnya hanya jika kamu jujur mengaku cahayaku...aku tak perlukan pengikut...tapi aku perlukan manusia sedar dan membangun untuk kebaikan mereka sendiri...ketahuilah bahawa aku bukan sesiapa, kerana selepas selesai tugasku, aku pasti akan pergi...itu kamu tak perlulah risaukan...yang penting jaga dirimu sebaik mungkin..."



ps: pasti ada diantara kamu yang tertanya mengapa aku bertukar sebegini...hmm...sebenarnya aku link kan ini semua untuk mengajar kamu melihat di dalam gelap...lihat bagaimana cara mereka bekerja...adakah kamu ingat semudah abc sajakah untuk menyiapkan videoklip sebegini?lihatlah betapa serius mereka dalam bekerja...lihat pemilihan setting mereka, penari mereka, gubahan lagu mereka, kostum, fokus kamera, mekap mereka, lihat juga cara mereka mengekspresikan emosi lagu, dapatkah kamu bayangkan berapa lama mereka menghabiskan masa untuk siapkan videoklip beberapa minit ini?dapat kamu nilai betapa tinggi standard mereka dalam bekerja?bagaimana kualiti setiap krew mereka, tekanan apa yang mereka dapat sehingga kualiti kerja mereka sehebat ini?pernah kamu semua berfikir sebegini? jangan terus mengutuk,tapi fikir secara profesional...kalau kamu mampu berbuat seperti ini, maka aku rasa barulah kamu layak untuk mengutuk...jika tidak,berdiam sahajalah...kerana itulah kesukaan kamu...berdiam dan hanya berserah biarkan tuhan lakukan segalanya....mungkin kamu fikir tuhan itu kuli batak kamu...maafkan aku kerana berkasar...aku jarang mampu berlembut terhadap kebodohan yang terang...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...