puisi malam: sayang...semuanya kerana dirimu...

21:21 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: spiritvibrations.wordpress.com

"sayang...bulan itu lambang diriku...dan akulah cahaya yang rela dikelilingi oleh raksasa2 kegelapan yang menghiasiku seolah2 aku ini puteri mereka...sayang, semuanya kerana dirimu...siapa mampu percaya bahawa cinta itu rupanya wujud di dalam kegelapan hati...tidak pernah aku sangka yang ianya sangat indah..."

cinta.
ternyata masih belum puas aku bercerita tentang cinta,
tetapi sebenarnya aku suka begini,
bagiku,
bercerita soal cinta sangat nyaman,
cinta samaada pahit atau manis,
ia tetap syurga...
siapa sangka ada manusia mampu menangis di dalam syurga,
ya menangis kegembiraan.
mungkin manusia itu cuma aku,
biarpun cinta ini sakit,
tapi aku gembira.
dan aku rasa inilah syurgaku.
maafkan aku tuhan,
kerana terlalu memandai2 di dalam fakta kehidupan.
malah aku tetap yakin Kau sentiasa menyayangiku...
terima kasih diatas segala kurniaan nikmatMu...

padaku, melayan perasaan sambil termenung bersendirian,
lebih menyenangkan dari bercerita soal dunia dan formaliti mereka,
kerana hatiku lebih tenang di dalam cinta...
biarpun cinta itu sunyi,
biarpun cinta itu sepi,
biarpun cinta itu cuma ilusi.

ya,biarpun cinta itu cuma ilusi...
maafkan aku wahai kekasih kerana sering menyakitimu,
biarkanlah waktu mengubat luka silamku...

dan aku tetap disini,
gembira...
kerana kau sudi menjadi penyelamat di setiap kehidupanku...

sumber gambar: fanpop.com

"sayangku...bagaimana jika aku katakan, cintaku padamu berdasarkan kesakitan? kerana sayang...ketahuilah, adakalanya sakit itu lebih bijak mengajar aku akan ertinya cinta..."

You Might Also Like

0 comments: