Monday, 3 March 2014

puisi malam: siapakah yang lebih pelik,aku ataupun mereka...

sumber gambar: imgfave.com

"manusia jarang berfikir tentang apa yang aku fikirkan...kerana itu, aku selalu dianggap pelik...padaku,adalah lebih pelik bila segala yang tuhan bentangkan di hadapan mata,mereka gagal untuk nampak...siapakah yang lebih pelik, aku ataupun mereka..."

boneka.
ya,untuk kali ini aku mahu sambung cerita tentang boneka,
sebenarnya boneka yang aku maksudkan,
bukanlah boneka patung itu sahaja...
aku maksudkan kepada sesuatu yang lebih mendalam,
segala yang kamu pergunakan itu boneka,
kereta itu boneka,
rumah itu boneka,
wang itu boneka,
segalanya yang tuhan beri pada tangan kamu itu boneka,
mahu percaya atau tidak kataku?
kerana itu sudah aku katakan di post sebelum ini,
bukan sesuatu yang pelik bila boneka mempergunakan tuan dia sendiri,
kerana adakala boneka itu bernyawa tanpa kamu sedar,
dia punya perasaan,
dia juga punya fikiran yang kamu mungkin tak tahu,
jadinya,
kamu semua jangan dipergunakan oleh boneka kamu sendiri,
gunakan mereka dengan bijak,
jangan sampai bebanan itu datang pada kamu,
dan ketika itu ternyata,
kamu kalah pada boneka kamu sendiri,
kerana kini,
boneka itu sudah bermaharajalela...
dan kamu hanyalah hamba yang dipergunakan...
sedih.

jadi,
ayuh pastikan semua boneka kamu itu tidak bermaharajalela,
dan mari kita jadi raja kepada diri kita sendiri...
fikirkan cara yang bijak bagaimana untuk mengawal mereka...

sumber gambar: psd.fanextra.com

"ketahuilah wahai sahabatku sekalian...senjata yang hebat saja tidak cukup kalau kamu tidak pandai menggunakannya...dan disinilah bezanya yang haqq dan yang batil...kerana kamu mungkin tidak tahu, bahawa senjata yang sakti sangat kenal kepada tuannya yang sebenar..."


2 comments:

Anonymous said...

Samb..
Perjuangan melawan nafsu sendiri.. Perdebatan pada amarah sendiri..
Pergolakan dgn iman sendiri...

Sayangi dirimu dgn zikir.. Moga keberkatan doamu , YANG MAHA KUASA akan memberi rahmat pada hati2 yg lain..

puteri jalanan a.k.a annur said...

:) tq...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...