Tuesday, 25 March 2014

puisi pagi: sekalipun aku terbakar untuk memberi cahaya...

sumber gambar: vimeo.com

"selalu saja aku mendengar bisik2 rahsia dari dunia sana...dan seperti biasa aku diberitahu lebih awal tentang apa yang bakal berlaku...tetapi aku lebih suka berlakon seperti tidak tahu...ia lebih menenangkan dari dikelilingi oleh manusia2 syaitan yang tidak perlu tahu apa yang aku tahu..."

aku selalu duduk bersendirian,
bukan kerana aku tak suka berkawan,
tapi mungkin kerana aku seorang yang suka berfikir,
merenung dan ditenung...
ibarat meletakkan wajah dihadapan cermin,
ya merenung dan ditenung...

jarang sekali aku sibuk memikirkan tentang lain,
kecuali sesuatu yang menjadi minatku sendiri,
ahhh itu mungkin saja perangai mengarutku...
selalunya mereka yang suka akan kesenian dan kesusasteraan,
adalah dikalangan mereka yang sepertiku...

takkan pernah lari dari kewajipan untuk bersendiri...
dan duduk berfikir sambil menikmati ketenangan hati...
yang digelar syurga bagi mereka pencari erti...

hanya keluar bersosial bila keperluan sahaja,
ya,bila berkeperluan sahaja.
dan tak lebih dari itu.
selebihnya aku akan bersendiri,
dan bersembunyi dari dunia yang penuh bunyi.

sumber gambar: ilovelovelovedhamendra.blogspot.com

"manusia mengenaliku sebagai seorang yang suka tersenyum dan bergelak tawa...tanpa mereka tahu di dalam hati aku adalah seorang yang sangat serius tentang apa yang aku mahukan sekalipun masa itu penghalang...kerana masa selalu tunduk pada mereka yang bersabar...dan kesabaranku ibarat matahari yang membakar...sekalipun aku terbakar untuk memberi cahaya, aku juga tidak akan teragak2 untuk membakar sesiapa saja yang berani melampaui batas yang aku tetapkan..."

2 comments:

Anonymous said...

lepas bakar jadi abu.. yang dapat cahaya orang lain, kita yg tebakar dapat abu...
ditiup angin jadi debu...
namun pengorbanan akan tetap berlaku.. dan itu nikmat dalam kepahitan

puteri jalanan a.k.a annur said...

anon,kadang pengorbanan selalu tak bererti...bagi manusia yang tak kenang budi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...