Wednesday, 12 March 2014

puisi petang: kerana yang sebenarnya tuhanlah yang maha berkuasa...

sumber gambar: lostgirlconfession.blogspot.com

"ketika aku sedih, aku sentiasa akan menyinari hidup manusia lain...tapi disatu sudut, aku akan terduduk dan berusaha menelan segala kekecewaan yang ada dengan segala upayaku...sehingga satu masa, jasadku tak termampu menahan semuanya...dan airmataku mengalir menitik kebumi...maafkan aku wahai bumi, airmata ini sudah puas kutahan...apalah dayaku, mengalir juga ia akhirnya..."

hidup kita beginilah,
ada masa kita naik,
ada masa kita turun,
semuanya takkan menentu,
tiada yang kekal di atas,
tiada pula yang kekal di bawah,
selagi namanya kehidupan,
kita perlu merasakan saatnya naik,
dan kita perlu rasakan saatnya turun.

ada masa takdir menekan kita,
hanya untuk kita sedar,
kita bukan tuhan,
kita cuma manusia,
ya...kita cuma manusia...

sumber gambar: aloachumi.blogspot.com

"berusahalah semana yang kau mampu,kumpulkanlah segala kekuatan yang kau mahu...tapi mengertilah...selagi namanya takdir, kau tetap akan kalah...kerana yang sebenarnya tuhanlah yang maha berkuasa..."

"semoga tangisanku pada hari ini menjadi satu hujan rahmat buat kamu semua wahai manusia kerana percayalah bahawa aku sayangkan setiap dari kamu...kerana kamu itu belahan diriku..."

"aku relakan tangisanku menjadi kegembiraan kamu semua wahai manusia..."







ps: mungkin lagu ni tak membawa apa maksud pun, tapi iramanya sesuai dgn puisi yang aku nukilkan...ya,apa saja...aku harap kalian terhibur dan santai berkunjung di blog picisan ini...

2 comments:

Anonymous said...

Ya... Sayang...

puteri jalanan a.k.a annur said...

ya,apa sajalah...annur letih dgn hidup ni,nak berehat kejap rasanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...