Tuesday, 4 March 2014

puisi petang: jangan kamu mudah berasa selesa dengan apa yang kamu tahu...

sumber gambar: uponamidnightdreary.com

"syaitan yang jahat dan berupa hodoh bertanduk cumalah kuli bawahan sahaja...tapi syaitan elit dan sangat berpengalaman lebih suka mengambil wajah suci dan penuh kebaikan...kerana ia lebih licik dan kejam..."

ramai tidak suka dengan kejahatan,
tapi ramai tak tahu darimana kejahatan itu lahir,
mari sini aku mahu beritahu,
kejahatan itu lahir dari kebaikan yang palsu,
kamu percaya?
bila manusia sudah bosan dengan kebaikan yang lemah,
mereka akan bertindak balas dengan kejahatan yang kuat.
tahu bagaimana kebaikan itu lemah?
kerana kepalsuan dan kepura-puraan...
apa kamu ingat semua orang jahat di dunia ini lahir2 saja sudah jahat ke?
tidak!
mereka lahir dari kebaikan palsu yang disuap berkali2 dalam mulut mereka,
sehingga mereka marah,
dan kemarahan mereka bertukar menjadi kejahatan.
jadi wahai manusia pelaku kebaikan,
pastikan kebaikan kamu benar2 asli,
jika tidak,
kejahatan yang akan datang untuk memijak kepalsuan kamu itu.
kerana kamu mungkin belum tahu satu perkara,
adakala kejahatan yang asli itu lebih baik daripada kebaikan yang palsu.
kerana itulah kamu akan saksikan pelacur mampu masuk kesyurga hanya dengan memberi minum anjing yang kehausan.
jangan kamu ingat syaitan hanya berupa buruk dan hodoh sahaja,
ketahuilah, syaitan juga mampu menjadi sesuatu yang sangat baik dihadapan kamu.
jaga-jaga.



sumber gambar: lunaticoutpost.com

"tapi sayangku...ketahuilah satu perkara...ada sesuatu yang lebih rahsia daripada semua ini...jangan kamu mudah berasa selesa dengan apa yang kamu tahu..."





ps: ni antara lagu faveret annur...apalagi...layanlahhhh....tapi kalau rasa tak ok,tutup mata jela ek,jgn on pun...annur ni peminat seni...lagu sway tu mmg p.c.dolls bawak sedap...nak wat camne ye tak...hoho.sori naik lori...

2 comments:

Macedonia said...

apa ni cik annur..reflect..adoi
ternampak reflection. Alamak, sape yang di dalam cermin tu hehe
-merepek di petang hari-

puteri jalanan a.k.a annur said...

hehe...dalam cermin takda papa,kosong jeee....

-merepek setiap hari-

:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...