Tuesday, 15 April 2014

puisi bosan: ada sebab kenapa kau menangis...

sumber gambar: dvdtalk.com

"bukan semua kebaikan itu benar...adakala kebaikan itu boleh bertukar menjadi kebatilan jika ia tidak kena pada tempatnya...dan bukan semua kekejaman itu salah...adakala kekejaman boleh bertukar menjadi kebaikan jika ia kena pada tempatnya...dan mereka yang ditunjuki, berjalan di atas jalan ini..."

dalam aku lalui hari,
terlalu banyak aku belajar,
ohhh aku seorang yang suka belajar,
minda aku terbuka untuk apapun yang aku suka,
dan buat masa ini mindaku fokus kepada sesuatu,
jangan tanya apa dia,
kerana ia rahsia.

aku cuma boleh katakan aku selalu tergelak bila aku fikirkan sesuatu,
beri...beri apa saja...
rugi...biar rugi pada awalnya...
besar...besar untungnya nanti...
hehe...

ini rahsia syaitan,
dia akan beri,apa saja yang kamu minta...
beri semuanya...
hehe...
tapi nanti dia pasti dapat habuannya...
iaitu jiwa kamu...
mereka memang satu kaum yang sangat bijak membuat perjanjian urusniaga.

manusia,manusia...
belajar.
kerana itu aku kata belajar,
mereka yang belajar sentiasa akan membangun jiwanya,
10,20,30,40,50,60 tahun....
apa perubahan kamu?
masih sama?

jika masih sama,mati hidup semula pun kamu tetap begitu,
percayalah,kamu tetap begitu.

sedang jiwa yang hebat akan sentiasa berevolusi kearah yang lebih baik...

sumber gambar: newyorker.com

"apa yang ada di dalam diri, sentiasa akan terpancar pada wajah...dengari ini, mereka yang sakit sentiasa akan menyakiti...dan mereka yang disakiti pasti pernah menyakiti...hukum karma jarang sekali lari dari garisan ini...apa yang kau beri,kau akan dapat semula...ada sebab kenapa kau menangis...teliti semula setiap inci sejarah hidupmu..."


temui selendang kuning di facebook: https://www.facebook.com/selendangkuning.annur


5 comments:

Anonymous said...

=) hihi Annur lagu last mase nenk tu melawat tempat buah hati dia eksiden tue ... lagu U r My Sun Shine kan kan ?? Annur awak dah ade pakwe ker ?? hihi Karma Karma Karma .. can we buy The Time Machine huh o.O ?? - fanboyz

puteri jalanan a.k.a annur said...

eh,kenapa ni senyum mcm tu...sama mcm kawan sorang kawan annur tu...annur panggil dia encik senyum...hehe...aahla kan?lagu ni mmg mendalam dan sangat sweet...terutama time akhir dia jumpa bf dia kat tmpat bf dia excident tu...lagu u r my sunshine tu tambah2 sedihnya...

pakwe?ntahlah ye...annur pun tak tahu nak jawab...mcm ni jela kot,selesa...annur ada banyak benda lagi nak dibuat selain berfikir soal cinta ni...hmmm...mungkinlahhhh

puteri jalanan a.k.a annur said...

fanboyz,kadang bukan kita lupakan dia...tapi keperluan hidup menjadikan kita 'terpaksa'...betul kan?...kisah dalam lagu ni sedih...mungkin teman hidup tak sama dengan maksud twinflame...mungkin juga teman hidup terikat dengan kita kerana karma...tapi twinflame sebenarnya selalu ada dalam hati kita dalam kita sedar ataupun tidak...hmmm....

Anonymous said...

=) ya betul betul betul saya 'terpaksa' !!! eh Annur ... twinflame tue ape kembarapi ker :O ?? Thank a lot Virgo - FanboyZ

puteri jalanan a.k.a annur said...

fanboyz,twinflame tu adalah sejenis haiwan yg tinggal dikutub utara..dia bersayap dan bertanduk satu...matanya ada sepuluh dan kepaknya bercahaya diwaktu senja...matanya biru sebelah...sebelah lagi hitam...hidungnya belang...

pemalas!

pegilah carik sendiri kat google!

cis.

lempang kang.:O

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...