Tuesday, 22 April 2014

puisi malam: aku selesa menjadi comot begini...

sumber gambar: fanpop.com

"wahai lelaki, kecantikan seorang wanita bukan untuk dihargai seketika sahaja...tapi untuk selama2nya...kecantikan sementara ada di dalam gambar...tetapi kecantikan yang kekal manisnya terletak di hati wanita itu yang akan selalu diingati oleh seorang lelaki yang bergelar suami..."

selalu juga aku berfikir tentang kecantikan,
bagaimana ya tafsiran cantik ini?
perlukah kecantikan ditafsirkan pada gambar yang cuma ditangkap beberapa saat itu?
atau sebenarnya kecantikan lebih daripada itu...

hmm.

adakala aku takut dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan.
mungkin kerana aku seorang wanita yang biasa2 saja,
jadi aku agak gentar dengan wanita yang melampau cantiknya,
apatah lagi jika budi bahasa langsung tidak dijaga,
memang menakutkan.

ahhh,
apa saja...
kamu pilih,
aku malas banyak cerita soal ini,
kerana ia pilihan diri masing2,
aku cuma memberi sedikit pendapat yang aku rasakan agak dangkal dan mampu ditumpaskan.

sumber gambar: omwoods.blogspot.com

"jangan tanya aku, kerana aku mungkin secomot ini atau lebih comot lagi...sejak kecik,aku sememangnya gagal untuk faham apa itu makna sebuah kecantikan...aku selesa menjadi comot begini...ohhh, tolong maafkan aku..."

temui selendang kuning di facebook: https://www.facebook.com/selendangkuning.annur

ps: ohhh lagu ni annur terdengar masa makan di cafe tadi,jangan salah faham takda apa2 maksud pun annur link kan lagu ni..hahahahahaha

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...