Sunday, 6 April 2014

puisi pagi: bangun bila kau jatuh...

sumber gambar: swscdaily.com

"bangun bila kau jatuh...belajarlah dari kesilapan lama...tiada siapa mampu bantu kau sebelum kau bantu diri kau sendiri..."

setiap yang berlaku punya sebab.

ingat,
setiap dari takdir semua ada sebab.

ada sebab kenapa kau susah,
ada sebab kenapa kau menderita,
ada sebab kenapa kau menangis,
ada sebab.
ya,ada sebab.

jangan berdolak dalih dengan diri sendiri,
jujur.
kau punya silap kau sendiri.
pemikiran kau menghalang kebaikan itu masuk.
sikap kau menghalang rezeki itu masuk.

selagi kau tetap berkeras tak mahu buka pemikiran,
kau akan tetap di tapuk lama,
kau akan tetap berada di kalangan mereka yang susah.
selagi kau manusia yang mengeluh tanpa henti,
masalah bukanlah disekeliling kau,
tetapi kau sendiri yang bermasalah.

jangan salahkan orang lain,
kerana yang sebenarnya kau yang bermasalah.

ubah,
atau kau akan tetap berada di dalam neraka buatan kau sendiri,
neraka yang kau nyalakan apinya untuk kau terjun dan menjerit di dalamnya.

ia adalah satu kebodohan.
kebodohan bila diulang-ulang,
ia akan menjadi satu kebangangan.

maaf bahasaku kasar.

kerana aku bukanlah puteri yang lemah lembut apabila melihat kebodohan yang diulang2,
kerana bagiku kebodohan yang diusap lembut dengan penuh kasih sayang,
hanya akan menukarkan bodoh menjadi bangang.
jadinya sebelum bodoh menjadi bangang, maka aku harus marah.

menangislah.
kerana seorang loser hanya akan tahu menangis dan menangis minta dikasihani.
tetapi seorang pahlawan sejati akan bangkit dan berubah.

sumber gambar: it.fotolia.com

"lepaskan masa silam kamu yang mengongkong hidup dan pemikiranmu...mulakan dengan yang baru dan lebih menenangkan...kau punya hak keatas dirimu sendiri..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...