Wednesday, 21 May 2014

puisi sang puteri: wanita itu benar gila...dia harus bangkit sebelum kebodohan datang menyerang...

sumber gambar: weheartit.com

"beberapa bulan kebelakangan, aku habiskan masa dengan membaca...entah berapa buku aku sudah tamatkan...tapi malang sekali tiada satu pun berbekas di hati...semua seolah tak bererti..."

setiap orang tak suka dipermainkan.
diperbodohkan.
bagi mereka yang punya harga diri yang tinggi,
perkara ini sangat penting.
salah usikan mengamuk jawabnya.

ilham terputus lagi.
beginilah aku kebelakangan,
menulis dan terputus ilham.
ada baiknya aku menulis di komputer begini,
jika aku menulis di kertas entah berapa kertas sudah aku baziri.

maaf.
benar maafkan aku.

sejak dia tiada,
ilhamku pun sudah tiada.

segala rasa menjadi sejuk,beku dan kaku...

walaupun aku cuba bangun,tapi terjatuh lagi.
lagi dan lagi.
sehingga kadangkala aku seperti sudah tidak tahu dimana aku berada sekarang.
aku tahu dia ada disini membaca,
setiap apa yang aku nukilkan disini,
tapi dia diam.

entah gelak,entah menangis,entah tiada rasa,
aku tak tahu,
hanya dia yang tahu,
ya...hanya dia yang tahu...

sumber gambar: google.com

"wanita itu hampir hilang kewarasannya...dia bertanya kepada semuanya termasuklah burung yang sedang gembira berkicau...dimana dia?mungkin dia tak perlu segila itu...mungkin dia hanya perlu bertanya kepada dirinya sendiri...mengapa begitu...entahla,susah untuk aku tafsirkan keadaan yang terjadi...wanita itu benar gila...dia harus bangkit sebelum kebodohan datang menyerang..."

temui selendang kuning di ruangan muka buku: https://www.facebook.com/selendangkuning.annur

ps: mungkin musik begini sesuai untuk mengaktifkan semula sel2 di dalam otak annur ni...hahaha


siri JOM KITA BERKEBUN!

selendang kuning sokong! anda bagaimana?







4 comments:

Anonymous said...

tumpang lalu ...

puteri jalanan a.k.a annur said...

lalu lah...takda sapa nak marah lalu melalu kat rumah annur ni...tapi maaf bersepah sikit,jgn sampai terjatuh sudahla...jalan elok2...jatuh bangun sendiri...

Anonymous said...

terima kasih.. takpa jatuh, bole landing sat atas sofa annur..

puteri jalanan a.k.a annur said...

hmm...annur takda mood nak brcakap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...