Saturday, 24 May 2014

puisi sang puteri: kamu fikir aku berjaga?

sumber gambar: underpaintings.blogspot.com

"kamu fikir aku berjaga?sebenarnya aku sedang tidur dengan sangat lena...lebih lena dari bayi di dalam kandungan ibunya..."

tak kenal.
mungkin aku sudah lupa siapa dia.
andai dia berlalu lalang sepuluh kali dihadapan aku sekalipun,
mungkin aku akan tetap termenung dan tidak pedulikan sesiapapun.
kerana deriaku sudahpun aku tumpulkan,
ketahuilah aku letih...
jika kau hadir,perkenalkanlah diri...
jika tidak mungkin aku akan tetap khayal di dalam duniaku...
dan kau akan menjadi si pemerhati sedih...

maafkanlah...
kerana sekali fikiranku melayang,
aku adalah manusia paling kaku sekali di dunia...

kini,
ingatanku hampir pudar,
aku malah hampir terlupa siapa diriku pun...
sebenarnya mungkin ayat yang lebih jujur begini,
aku tak mahu ambil tahu tentang apapun di dunia hatta diriku sendiri...

ohhh gila...
mungkin tidur itu lebih bijak mengubat jiwa...

sumber gambar: pt-pt.facebook.com

"aku tidak tahu mengapa aku segila ini...mungkin semuanya akan berlalu dan aku kembali pulih...doakanlah kerana kini dalamanku sungguh tenat...hampir setiap hari aku bermimpi ngeri yang entah apa2 kandungannya..."

ps: tiada apa2 siri buat masa ini...aku perlu berehat sebelum aku jadi si gila yang mengamuk tak tentu pasal...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...