Sunday, 15 June 2014

puisi bulan mengambang: malang,hanya kegelapan yang tahu potensi sebenar dirinya...

sumber gambar: layoutsparks.com

"ketika puteri datang di dunia kegelapan...ia kehairanan...mengapa wujud kawasan yang seperti ini?dia cuba memahami satu persatu...permulaannya dia membenci,makin lama dia menyayangi..."

satu cahaya yang diangkat menerangi kegelapan,
itulah bulan...
bulan itu seorang puteri...
dan pungguk itu puteranya...

satu cahaya yang diangkat menerangi kegelapan,
tiada yang mampu menggelapkan cahaya itu,
malah cahaya itu semakin berseri2,
dikelilingi para tentera kegelapan,
untuk mendamaikan dunia kegelapan dan cahaya,
maka cahaya itu dikahwinkan dengan satu kegelapan agung,
dan kisah itu dimatikan.

kisah itu dimatikan,
dimatikan...
sehingga hampir tiada siapa yang tahu...

banyak cahaya cuba menerangi kegelapan,
cuba memutihkan kegelapan,
tapi gagal...
hanya satu...
satu...

kegelapan namakan dia,
puteri cahaya...
puteri cuma perlambangan kepada perempuan,
satu sisi Dia,
yang manis...

kamu semua mahu tahu satu rahsia yang dipendam sekian lama?
maafkan aku kerana terlalu terang,
kegelapan begitu menyayangi puteri cahaya,
tetapi mereka cukup membenci puteri kegelapan,
walaupun puteri kegelapan itu berdarahkan keturunan mereka...

lalu puteri kegelapan itu pergi membawa diri,
dan ia diterima di satu kerajaan cahaya,
disitu dia diangkat menjadi seorang puteri,
sehingga ia bertakhta kemas dan menukarkan kerajaan cahaya,
menjadi satu kegelapan,
demi membalas dendamnya...

selepas tragedi itulah,
bermulanya kejadian malam dan siang...

dimana ia mengisahkan seorang puteri kegelapan yang menyelubungi cahaya,
dan seorang puteri cahaya yang dianggap suci di dalam kerajaan kegelapan...

sumber gambar: fanpop.com

"jika aku katakan inilah puteri cahaya itu,kamu percaya?ternyata...kegelapan begitu bijak menghiasinya seakan2 dialah bulan yang sedang terapung di angkasa raya...malang,hanya  kegelapan yang tahu potensi sebenar dirinya..."




8 comments:

Anonymous said...

Kalau dulu bebenang merah awak rujuk pd dna, puteri kegelapan dan cahaya plak ni dikaitkn dgn apa? -nur

puteri jalanan a.k.a annur said...

nur,nnt kejap bg annur pikir dulu....fikiran tgh kurang waras ni...nnt annur datang lagi....tunggu tau.

puteri jalanan a.k.a annur said...

nur,ok fikiran annur dah ada sikit waras...hmm,berdasarkan fikiran annur yang 3/4 waras ni....puteri kegelapan merujuk kepada satu sosok tubuh yang menceritakan ttg dunia masa silam....dendamnya,kemarahannya,cintanya...menjadikan dia sebuah musuh di alam kegelapan...lalu dia pergi membawa hati yang rapuh,disatu kerajaan yang penuh cahaya,dia ditabalkan menjadi seorang puteri...disitu,dia memulakan segala perancangan jahatnya...dan menjadikan tentera cahaya menjadi satu tentera yang paling kejam di dunia...

puteri cahaya?itu kena baca cerita cermin,kikiki...

pandai tak annur mengarut?kena tunggu annur penuh waras,baru cerita dongeng sebenar akan lebih bermakna...haha

Anonymous said...

Cerita cermin tu Nur dah baca tapi citer tu baru half way.. Blum ada samb sbb tu end up Nur tertanya apa dia puteri kegelapan itu.. Xpelah take your time...

puteri jalanan a.k.a annur said...

nur,cerita cermin ek?tergantung...disebabkan ia bersandarkan kepada sebuah kisah benar,maka ia masih menunggu kisah benar untuk difiksyenkan...kisah masih tergantung...hmm...nur,jgnla cerita pasal ni,sedihnya annur rasa...sebab ni lah annur selalu je bersedih...

Anonymous said...

Ooo, sory la Nur ingatkn ini imiginasi atau fantasi yg ada pedoman utk hakikat hidup... Sorry ya annur, minta maaf sbb bertanya cerita cermin

puteri jalanan a.k.a annur said...

eh takpe nur...annur masih ok...cuma emosi je,annur kena usaha kawal....hehe...kalau tak menangis tak tentu pasal,tak best pulak kan....

hmm...ntahla nur...

Anonymous said...

Kita mungkin akan benar-benar rase apa yg kita perlu setelah kita kehilanganya. Kita mungkin faham sesuatu setelah kita hilang sesuatu itu -nur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...