Monday, 30 June 2014

puisi malam: sayang...pastikan lakonanmu benar2 hebat...

sumber gambar: wallsave.com

"kesetiaan jenis apa yang sedang mereka perjuangkan...aku sendiri tidak faham...kesetiaan tidak pernah akan hadir tanpa permulaannya pada dirimu sendiri...kau tidak akan pernah dibalas pada sesuatu yang tidak pernah kau tempah..."

sayang...
sudah letih aku termenung...
sudah letih aku mengelamun...
sudah letih juga aku memimpikanmu...

maafkan aku...

aku datang pun tidak pernah kau pedulikan...
biarkan cinta ini berbungakan kebencian...
ia lebih baik mungkin...

hatiku sudah berjaya kau bekukan...

sehingga senyuman yang sangat riang itu sepertinya sudah mati...
yang tinggal cuma kepura-puraan yang terpaksa aku lakukan untuk terus hidup...

ketika aku melihat cermin,
aku mengusap rambut dan tersenyum...
sambil berbisik,

"oh tuhan, akulah pelakon terhebatMu! terima kasih untuk semua takdir indah ini...Kau beri cabaran, maka aku pasti akan sambut...kerana itu maruahku sebagai seorang manusia...marahku jika aku mengeluh...dan aku bukanlah insan suci seperti yang manusia sanjung itu...kerana aku punya kelemahan dan kebodohanku yang tersendiri yang membuatkan aku begitu unik berbanding insan lain..."

sumber gambar: gradeclothing.com

"sayang...hari demi hari aku semakin sembuh...tetapi aku yakin kau pula semakin parah disana...lagu2 yang kedengaran seakan2 memberitahuku apa perasaanmu disana...lagu itu memberitakan tentang keadaanmu yang sedang dalam kesakitan...sayang...pastikan lakonanmu benar2 hebat...jangan sampai sesiapapun tahu...kerana kau kelihatan sangat bodoh jika tertangkap..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...