Wednesday, 11 June 2014

puisi sang puteri:haha,maafkan aku kerana terlalu jujur...

sumber gambar: leyhlah.deviantart.com

"sejak kecil, aku lebih berminat kepada hero muka kejam sebegini...entah kenapa...aku ini gila mungkin...entah memori apa yang pernah tertanam di dalam diri aku ini...hmm,sebentar aku fikirkan dengan waras..ok begini, pada fikiranku yang cetek ini, lelaki yang berani menunjukkan kejahatan dirinya yang sebenar pada awal perkenalan...lebih jujur dan pantas untuk dipercayai...hehe...baiklah aku serius, padaku watak sebegini menunjukkan lelaki itu sudah mengenali syaitan dirinya...jika sudah kenal,sudah tentu pandai pula mengawalnya...dia tidak takut pada syaitan, kerana syaitanlah yang lebih takut pada lelaki seperti ini...kamu nampak kualitinya disini?"

sejak kecil aku ada satu tabiat,
ketawa secara tiba2...

terlalu banyak benda kelakar yang mindaku mampu fikirkan,
terkadang menonton filem sedih pun aku masih mampu ketawa terbahak2.
imaginasiku lebih teruk daripada pelukis kartun.

jika aku di dalam satu kawasan yang penuh mata melihat,
aku cuma mampu menutup mulut dan ketawa penuh suka,
entah kenapa,aku sangat mudah berasa kelakar dengan apa saja.

pernah ada seorang kesayangan,
dia katakan,
aku ini gila,
bila bercakap banyak sekali ketawanya,
mungkin benar ya?
tapi paling kurang aku tidak menganggu manusia lain,
aku gembira dengan diriku sendiri...
hehe...

ohhh...
kebelakangan ini aku sudah cukupkan tidur,
jadi aku sangat gembira...
emosiku juga semakin stabil...

tidur memang satu nikmat...

apatah lagi setelah berpenat lelah seharian menguruskan hidup...


sumber gambar: fanpop.com

"bagaimana dengan muka hero suci sebegini?aku sangat pasti,dia mendekat, aku akan lari sekuat hati sambil ketawa sekuat yang boleh...aku tidak percaya pada romeo seperti ini...haha...wajah yang penuh tipudaya...susah untuk dipercayai,wajar diragui...terlalu banyak ujian dia perlu lalui untuk membuktikan keikhlasan hatinya...lelaki sebegini, buat kejahatan pun pasti senyap2 dibelakang...sedang dihadapan wajahnya penuh suci murni...ohhh memang bahaya...syaitan pun dia gagal kenal, apatah lagi dirinya sendiri...haha...maafkan aku kerana terlalu jujur..."




6 comments:

Anonymous said...

Dan hero yg sebenar- benar hero tu tau meletakkan kedua dua wajahnya pada tempat dan ketikanya..

puteri jalanan a.k.a annur said...

setuju!

bukan baik sepanjang masa,tapi bukan pula jahat sepanjang masa...tapi tengah2...tapi bg annur,annur suka yang jujur dan berani...

Anonymous said...

macam sin chan kan.. hahaha

puteri jalanan a.k.a annur said...

eh bukanlah...shin chan tu hero jenis lain...

dia jenis sengal campur degil...kiki

annur suka gak jenis watak gini...uuuu...

Engkuhs said...

Nama dia "terbabas" ke hape...

puteri jalanan a.k.a annur said...

lebih kurang gitu lerrr....hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...