puisi sang puteri: dalam banyak2 jenis kebodohan...kebodohan inilah yang paling parah aku hadapi...

22:52 puteri jalanan a.k.a annur 1 Comments

sumber gambar: desktopwallpapers4.me

"sayang...mereka menasihatiku supaya lekas melupakan dirimu...sedaya upaya mereka berusaha membuat aku benar2 gembira...aku sendiri tidak tahu mengapa aku menjadi bodoh sebegini...sayang,jika aku pilih untuk tetap menjadi bodoh sebegini,adakah jika kita berjumpa nanti,kau akan memarahiku?"

sayang...
entah berapa lama ya aku tidak berkhabar,
mungkin kerana aku rasakan semua penulisanku disini hanya ilusi,
ilusi yang membuatkan aku malu untuk menghadap langit pun,
pasti sang matahari sedang mengetawakan aku kerana menjadi bodoh sebegini...

sayang,
aku ini benar bodoh...
adakala aku menangis sendirian kerana menjadi diri yang bodoh sebegini,

sayang...
aku mahu menjadi si pandai,
tapi tentang ini aku tak pasti sampai bila aku akan pandai dan bijak...

benar aku tidak tahu...
aku boleh menipu pada seluruh manusia...

tapi tidak pada diriku sendiri...
ia seakan2 tahu segalanya...

sumber gambar: real-princess-peach

"tuhan...aku sedar kebodohan adalah satu dosa...dalam banyak2 jenis kebodohan...kebodohan inilah yang paling parah aku hadapi...itulah cinta...ampunkan hamba wahai Yang Tertinggi..."



"7 kolam...4 emas...3 hitam....dia disitu...untuk permulaan hari...dia melawat ketujuh2 kolam tersebut kemudian dia rapatkan tangan dan berdoa dibukakan 7 langit atas dan 7 bumi bawah...
yang mana tersekat,lepaskanlah...
yang mana terhalang,permudahkanlah...
yang mana ditutup,bukakanlah...
doa yang terpanjat buat mereka para pencinta alam...selebihnya biar baki sahaja makanan buat mereka...tak lebih dan tak kurang...beri mereka cukup2 sahaja...sekadar untuk hidup dan bernafas...
sekat dari mana arah sekalipun,biarkan hanya yang berhak mendapatnya...
dari mana arahpun,sekat...
semuanya bermula mulai hari ini..."
sumber petikan: https://www.facebook.com/selendangkuning.annur

You Might Also Like

1 comments:

Kebodohan akan pergi jika Kepandaian datang...
kepandaian tidak akan datang jika kebodohan berdiam...
Berdiam akan kekal jika suara bersembunyi...
Suara bersembunyi jika mulut masih terkunci...

Ajukan lah soalan itu...???