Thursday, 10 July 2014

puisi sang puteri: sayang...adakah kau setuju jika aku katakan paling payah adalah melukis diri sendiri?

sumber gambar: polyvore.com

"sayang...benar katamu dahulu...kau bukan seperti lelaki yang selalu aku kenali...kau lebih membencikan berbanding mereka...kerana kebencian itu,sehingga kini aku masih gagal melupakan keunikan dirimu...keunikan itu mampu buat aku ketawa lepas walaupun ketika bersendiri...sayang...adakala lelaki berani sudah terlalu biasa aku lihat...tetapi pengecut sepertimu jarang sekali aku temui...disaat ini, aku mengkagumimu..."

sayang...
kau ingin tahu,
untuk setiap hari aku sebenarnya teruja untuk memberitakan sesuatu kepadamu,
ya,sama seperti dahulu...

sayang...
kau tahu,
aku masih berada disini,
keranamu...

masih tegak berdiri,
kerana berharap kau dibelakang menyambutku ketika aku terjatuh...

kerana di dalam setiap penceritaan hidupku,
kau sentiasa hadir sebagai penyelamat...

dengan cara apa aku mampu balas budi itu...
melainkan berada disini,
dan terus2an menulis biarpun kita...
kita sudah tiada...

sumber gambar: collectionphotos.com

"sayang...adakah kau setuju jika aku katakan paling payah adalah melukis diri sendiri?hehe...teringat dahulu...gambar pertama pemberianku adalah lukisan hitam putih seperti ini...dan kau mintaku melukis potret diri sendiri...sayang...aku cuma pandai melukis sebelah sahaja...kerana sebelah lagi, ada pada senimu..."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...