Wednesday, 9 July 2014

puisi sang puteri: sayang...jika mereka mahu apa yang ada ditanganku...mereka perlu...

sumber gambar: rebloggy.com

"sayang...manusia itu siapa?mengapa cara mereka bermasyarakat sangat pelik?"

adakala aku duduk termenung disamping bunga2,
dahiku berkerut,
manusia ini pelik...mereka sejenis makhluk yang pelik...
cara mereka merumitkan setiap inci kehidupan mereka sangat kelakar...

jika berpusing2 ditempat yang sama dengan penerangan yang berbeza2 itu mereka tafsirkan sebagai ilmu,
maka ada eloknya aku berundur dari tempat serupa itu...

kerana aku malu.
dengan pemikiran makhluk bernama manusia itu...

kerana kita bukan serendah itu...
golongan kita tidak semundur itu bila berfikir...

mereka fikir manipulasi alam itu yang terhebat,
sedang kita pula fikir keharmonian alam itulah yang terbaik...

golonganku terdiri dari mereka2 yang tahu menghormati alam dan seisinya...
bukan mereka yang memanipulasi alam sesuka hati demi kepentingan diri sendiri...

sumber gambar: society6.com

"sayang...jika mereka mahu apa yang ada ditanganku...mereka perlu belajar cara2 berkawan dengan alam dan seisinya...belajar berbudi bahasa dengan setiap makhluk tuhan...dan paling penting belajar menghormatiku, jika tidak,aku akan tutup kotak itu dan pergi..."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...