Monday, 18 August 2014

puisi gila seorang puteri: sayang,izinkan aku tidur semula...

sumber gambar: pinterest.com

'"sayang...aku tidak pasti sama ada kau masih teringat kata2 ini...satu kata2 yang aku lemparkan bila hatiku sudah terlalu sakit...dan aku mahu katakan ia lagi sekali ini..."

-PERGI MATI-
sayang...
semalam aku terdengar satu lagu...
indah...

liriknya indah...
sebenarnya lagu itu terngiang2 ketika aku berjalan2 di deretan kedai,
seakan2 lagu itu mahu memberitahuku sesuatu...

sesuatu tentang dirimu...

ohhh sayang,
aku terlupa untuk berkhabar,
bahawa aku disini masih hidup...

aku tahu itu saja yang kau ingin tahu...
benar kan?

aku gembira ataupun tidak,
tanyalah hatimu sendiri...
kau lebih pakar soal ini...

sumber gambar: elitedaily.com

"sayang...izinkan aku tidur semula... jangan ganggu fikiran aku lagi...bagiku kau sudah mati...maka tolong, jangan hidup lagi dan berputar2 di dalam jiwaku...aku muak dengan lelaki bodoh sepertimu yang berasa hebat ketika berfikir menggunakan kepala lutut..."

1 comment:

Anaknda Bertuah said...

Tidur lah Wahai Puteri...
mimpilah wahai puteri....
Bangun lah Wahai Bidadari...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...