Tuesday, 5 August 2014

puisi sang puteri: percaya kata hatiKu...

sumber gambar: webneel.com

"sayang...nukilanku kebelakangan terlalu kosong isinya...yang tinggal cuma rasa...melalui itulah watak sang puteri jalanan ini masih hidup...jika semua deriaku tumpul, aku tahu hatiku masih hidup...percaya kata hatiKu...sayang,adakah kau pernah dengar ayat ini?maafkan aku kerana selalu menjadi pencuri kepada setiap kata2 hatimu...aku perhatikan, selalu saja aku berlagak seperti kamu,entah kenapa perasaan itu sering merasuk...ia bersatu tapi tak pula bercampur..."

sayang..
sudah lama rasanya aku tunggukan waktu seperti ini,
waktu dimana fikiranku bertukar menjadi jaga,
sejak kau tiada,
aku tidur...

sehinggakan bila dunia berputar ligat pun aku masih juga tidur,
kalau boleh aku mahu tidur terus dan berehat panjang...
seakan2 aku terlalu letih...

ya,aku terlalu letih mungkin,
kau tentu tahu,
bahawa aku adalah manifestasi kepada sebuah semangat,
sebuah semangat yang tidak kenal erti rehat,
entah apa yang dikejarkan,
entah apa yang dimahukan,
hanya diriku yang tertinggi sedar semua itu...

dan diriku yang dibawah cuma mengikut dan mendengar arahan sahaja...

sumber gambar: google.com

"sayang...terima kasih kerana menjauhiku dan memberikan aku masa untuk belajar mengenali diri sendiri...setiap hari aku semakin berubah ke arah yang aku sendiri tidak tahu...mungkin ayat yang lebih menyenangkan untuk dibaca ialah aku semakin berubah ke arah diriku sendiri...lain dari semua yang lain..."


1 comment:

Anaknda Bertuah said...

Berjaga lah...
dirimu tetap akan kembali,
kembali hidup di alam hakiki...
Percayalah wahai Puteri Cahaya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...