Wednesday, 17 September 2014

puisi gila sang puteri: ibarat lampu,pandai buka suis,harus pandai juga tutupnya...

sumber gambar: flickr.com

"imej setiap ciptaan itu berlainan...setiap sesuatu ada fungsinya...tanpa cahaya yang membakar, dalaman itu akan terus tidur...ibarat lampu,pandai buka suis,harus pandai juga  tutupnya..."

ego.
kenapa ya perkataan ini terngiang2 di mindaku,
sebentar.

ego.
satu perkataan yang terlihat jahat.
hmm.
jahat itu bukan selalu salah,
adakala ia juga betul.
cuma perkara ini rahsia.
takut ramai pula salah faham tentangnya.
kerana sungguh ramai manusia yang suka bercakap,
tentang sesuatu yang mereka rasa mereka pandai,
sedangkan merekalah yang paling jahil tentang itu...

tapi bukan selalu jahat itu betul,
sebab selalunya ia memang salah...
penjahat sendiri cukup bencikan penjahat,
nah,ini buktinya...

ahhh apa saja,
tuhan beri akal fikiran,
tuhan beri potensi,
salah guna jawab sendiri...
malas sungguh aku buka cerita tentang sesuatu yang semua manusia sudah terlalu bijak...

ego.
manusia kata ego itu pemusnah.
tidakkah mereka tahu tanpa ego mereka itu cuma manusia pendusta.
beritahu aku siapa manusia tanpa ego?
setiap saat minit kehidupan tiada ego dalam diri?
aku malas mahu tergelak soal ini,
ia benar2 membuang masa.

hei manusia!
dengan ego lah kau hidup!
bodohlah tuhan jika kau menafikan kejadiannya.
bila tuhan cipta ego,
makna ego itu satu keperluan,
kau tahu?
apa?ia ujian?
itu cuma ayat penyedap rasa sahaja...
jangan mudah tertipu...
kita sebagai manusia perlukan ego untuk terus hidup dalam dunia.
bila tuhan kata saja kau percaya,
kalau aku kata dia bergurau,
kau percaya?
ahhh...kau mana mahu percaya...
permainan tuhan lebih licik dari yang kau sedia tahu...

ohhh tolong,
jangan tanya motif penulisanku kali ini...

kerana ia selalunya bermaksud jahat.
kerana aku takkan pernah beri kebaikan sesuka hati...
apatahlagi buat manusia yang tak reti menghargai...

kau benci aku?
aku lebih suka...

sumber gambar: 123rf.com

"manusia membenci aku?bodoh sekali mereka...jahatnya aku, aku mengaku..."

12 comments:

Anonymous said...

kalau aku suka kau ?
kau benci aku ?

puteri jalanan a.k.a annur said...

hmm...tak pasti...mungkin ya mungkin tidak...bergantung...pape jela...

dahla,jaga diri kamu elok2.

Anonymous said...

Tapikan kenapa mereka selalu kata aku ni gila ?? aku juga melakukan runtin harian seperti mereka.. mereka kata aku gila juga ??? adakah puncanya aku selalu melakukan sesuatu perkara yang manusia biasa tak pernah fikirkan dalam kepala otak mereka yang lembab tu ?? haha cuba kau beri pendapat sikit..

Anonymous said...

Di dunia di sebelah sana aku mempunyai kuasa yang luar biasa berunsur cahaya dan kawan baik aku mempunyai kuasa api dan tiada satu musuh pun pernah menewaskan kami.. tetapi semalam sedang kami berjalan di suatu tempat datang seorang wanita yang penuh dengan aura kegelapan di sekeliling wanita itu lalu mencabar kami... belum kami sempat membuat serangan aku melihat kawan baik aku tiba2 melutut dan rebah ke bumi aku terkaku tidak mampu berbuat apa2.. kawan baik aku meminta supaya aku lari dan tinggalkan dia bersendirian... aku lari dan terus lari aku tidak dapat merasakan kuasa cahaya aku itu.. aku seperti manusia di dunia reality ini... wanita itu muncul di depan aku dengan tiba2 menepuk dada aku kemudian aku terpelanting ke belakang dan jatuh ke tanah.. ada satu bulatan hitam di dada aku wanita itu berkata kau telah terkena sumpahan kegelapan... aku tidak mampu membuat apa2 saat itu aku hanya terkaku ketakutan.. saat wanita itu menghampiri aku, aku hanya mampu membaca surah al-fatihah dalam keadaan kesakitan wanita itu menjerit lalu menghilang dengan tiba2... tidak lama kemudian sedang aku mencari kawan baik aku wanita itu muncul dan melemparkan sihirnya aku berbekalkan kalimah allahuakhbar untuk melawan wanita itu dan.......... tiba2 aku kembali ke dunia reality dalam keadaan keletihan dan bergitu penat petanda apakah dunia sana sedang memberitahu aku..hurmm

puteri jalanan a.k.a annur said...

hehe...mereka tu perasan normal...sebab tu kamu kena tuduhhhh...woo!ahaha...

takpe,takda masalah...dunia skrg bakal bertukar hakmilik...orang normal kita akan hantar mereka masuk neraka....haha...kita akan masuk syurga...yeah...

iamginasi kamu boleh tahan...takpe,luaskan lagi,annur sokong...terbabas,annur larikkkkk!!!!!!

hahahahahahaha

Anonymous said...

yess hahaha.. Tapi aku takkan biarkan orang yang aku sayang ke neraka walaupun mereka yang aku sayang itu normal... aku akan bawak mereka sekali ke syurga itu janji aku..

tapi yang pasti ini bukan imaginasi kerana setiap yang berlaku di dunia sana adalah petanda apa yang bakal berlaku di dunia reality cuma yang sedar saja akan dapat memahami... peace hihi

puteri jalanan a.k.a annur said...

hehe,janji kamu itu urusan kamu.annur tak perlu masuk campur.

apa saja anon,imaginasi ke ilusi ke,itu cuma terma...takda hal semua tu.

janji ia bermakna pada diri dan manusia lain.

yeahhh...

Anonymous said...

yess betul tu hahaha

puteri jalanan a.k.a annur said...

haha.

gelak kamu palsu.

Anonymous said...

macam mne annur tahu ???

puteri jalanan a.k.a annur said...

annur tahu sebab tuhan bgtau...percaya tak?

kamu tak perlu tahu mcmana annur tahu,itu annur punya urusan,kamu budak kecik jgn masuk campur.kikiki.

Anonymous said...

hahaha.. wekkkk :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...