Saturday, 13 September 2014

puisi sang puteri: sayang...aku benar2 mahu bangun dan terus tabah...

sumber gambar: fanforum.com
"sayang...kalau kau tanya aku permainan jenis apa sedang aku lakukan...aku akan jawab dengan mudah sekali...aku tak tahu."

rasa sudah lama aku tidak kesini,
salah.
sebenarnya aku selalu kesini cuma aku kaku mahu menulis apa,
rasa yang ada masih gagal aku tafsirkan ke penulisan,
sekalipun ia menjadi satu penulisan cabuk disini,
tetapi disini tempatnya aku merehatkan jiwa sambil menulis,
mungkin juga ia tidak berapa penting bagi kalian,
cukuplah ia penting bagiku...
setiap penulisanku disini,
sengaja aku menjadikan ia sepi...
kerana dengan kesepian aku mampu menggali erti,
apa saja mengenai diriku sendiri...
terus terang aku katakan,
aku letih...
dugaan hidup mungkin menjadikan aku letih sebegini...
entah ya...
baru umur 20 an tetapi letihnya seakan aku ini hidupnya sudah lama benar...

maafkan aku kerana semakin menyepi...
sebenarnya sepi itu aku...
hidup dalam keramaian dan ceria itu satu kepura2an...
ia benar2 satu kepura2an yang terpaksa aku lakukan kerana keperluan hidup,
bodoh bukan?

aku semenjak kecil,
suka mencari erti...
mengkaji tentang apa saja...
kamu semua mahu tahu satu perkara?
sifatku yang suka mengkaji ini adakala memakan diri,
perkara yang aku tidak sepatutnya tahu juga aku sibuk benar mahu tahu,
degil.
itulah sifatku...

entah apa ya aku mula merepek malam ini?
oh maaf...aku benar2 kehilangan sentuhan itu...

sumber gambar: flickr.com

"sayang...aku benar2 mahu bangun dan terus tabah...ya,benar2...tapi dimana kekuatan itu...setiap hari aku membenci diriku sendiri...melihat cermin membuat aku bertambah benci...sayang...aku disini menulis tentangmu...ia sebenarnya kelihatan sangat bodoh...aku tahu itu...sayang,bodohnya aku..."


14 comments:

Anonymous said...

habis tu nak di apa kan ?

puteri jalanan a.k.a annur said...

jap2...ni pehal lak ni...nak marah tu kenapa...sukahati annurlah kan...menulis tu luahan rasa...ia satu seni...jgnla amek serius sgt...ceh.

bengang je annur baca komen kamu.cuba bagi sesuatu yang membina sikit...sabar jelaaaa

Anaknda Bertuah said...

Annur... Senyum senyum selalu...

Anonymous said...

hahaha saiko sikit je dah nk tunjuk aura kemarahan tu.. lalalala

puteri jalanan a.k.a annur said...

biasalah tu...bukan sepanjang masa boleh kontrol emosi pun...kadang2 terlepas gak...tak gitu wahai anon?ke kamu jenis tenang je sepanjang masa?mcm tak caya jeeee....

Ab,terima kasih ingatkan annur...kadang2 lupa pulak nak senyum....hihi...

Anonymous said...

hahaha mcm mne kau tahu yang aku ni sentiasa tenang ? tapi aku kadang kala terpaksa menunjukkan aura kemarahan tu pada mereka.. tapi aku memang jenis yang sentiasa tenang dan dan dan terdiam kaku belum masanya untuk mereka tahu aku ni siapa sebenarnya... muahahahaha

puteri jalanan a.k.a annur said...

laaa tadi kutuk orang kemain lagi...bunyik mcm kamu tenangggg je selalu...kehkehkeh...

tu ler...lain kali jaga bahasa...jgn ikut sedap mulut je...annur takpe...tuhan sayang...

Anonymous said...

hahaha Tuhan sayang saya juga laa ..

puteri jalanan a.k.a annur said...

sayang ke...mcm tak je...baik kamu cek balik...kadang2 tuhan tipu...

kamu kan selalu kena tipu.

Anonymous said...

Tuhan memang sayang aku.. benar aku tak tipu... ya memang selalu aku di tipu tetapi aku tidak bodoh.. aku sengaja membiarkan diri ini ditipu kerana dengan cara tu aku dapat menilai yang mana satu manusia dan yang mana satu kaun lilith opsss

puteri jalanan a.k.a annur said...

hihi...wahai kawan,sebelum menilai orang lain,lebih baik kamu menilai diri sendiri dulu...ada pekdahnye...

lilith?wow!mereka unik!heheh...maafle,kadang2 otakku berputar 360 darjah...tapi serius,mereka itu sesuatu...hmm...

Anonymous said...

Aku suka menilai mereka daripada aku menilai diri aku yang pada masa dahulu mereka gelar aku manusia yang paling kejam dan tiada adab bila di medan peperangan.. aku menilai mereka dan belajar cara bergaul dengan manusia.. tentang lilith aku tidak pasti siapa dia ???

puteri jalanan a.k.a annur said...

kejam ke?wow...hebat...takpe,bagus,annur suka kamu...pegi masuk dalam tong sampah,lepas tu baru datang jumpa annur...

lilith?entah,cuba tengok dalam tong sampah tu,dia ada kot...

Anonymous said...

tong sampah ??sorry tak minat... tapi kalau tapak pembuangan sampah aku akan pergi hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...