Thursday, 9 October 2014

puisi bulan berdarah: dan kamu semua mahu tahu apa tekadnya?

sumber gambar: deviantart.net

"sayangggg...selalu aku katakan pada manusia...jangan menyeruku...aku sendiri tidak sukakan diriku...inikan pula kamu...hati2,kerana aku datang bukan untuk berpihak kepada sesiapa...aku cuma berpihak kepada diriku sendiri sahaja...aku harap kamu jelas tentang ini..."

mari kesini,
aku mahu ceritakan,
ceritanya begini,
zaman dahulu,
ada seorang perempuan sihir,
dia mahu hasilkan sesuatu yang sangat2 berharga,
dia hasilkan impiannya itu dengan satu tekad.

dia tenggelamkan segala baik dan buruk menjadi satu,
dan yang terhasil adalah satu racun.

dan kamu semua mahu tahu apa tekadnya?

"korbankan segalanya yang murah demi sesuatu yang mahal..."

sumber gambar: google.com

"mengikut kata wanita itu...kualiti diri adalah segala2nya di dunia tigasegi ini...ia bukan berkisar tentang kepercayaan...ia melangkaui segala2nya...ia tidak pernah memilih dari celah kepercayaan mana kau datang...menurutnya lagi, manusia semua sama rata, minum racun buatannya, nescaya diri yang lama itu mati...tak perlu takut,kerana selepas kematian, pasti adanya kehidupan...hahahaha." 

"Aku beri dirimu satu permainan...kau kalah,kau akan aku campak masuk ke dalam tong sampah...dari situ kau akan tahu harga dirimu yang sebenar...kalau kau menang?aku akan beri satu senyuman yang kau takkan pernah tahu apa maksudnya...hehe"



1 comment:

Anonymous said...

hah permainan apakah ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...