Tuesday, 21 October 2014

surat wasiat selendang kuning: setiap hari ketika aku bangun pagi...sayup sekali,kerana...

sumber gambar: amazingwallpapersworld.blogspot.com

"aku sedar apa yang aku katakan di dalam blog picisan ini cuma sampah...tapi aku takuti, sampah yang kamu buang itulah yang sebenarnya tak ternilai harganya wahai sayang...kerana aku tidak lama didunia ini,aku cuma mampu tinggalkan kata2 sebagai penunjuk buatmu...setiap hari aku bersedia untuk mati...aku benar tidak tahu waktu sebenar permainan ini buatku...bila tuhan kata tamat masaku, aku pasti akan mati..."

mari semua,
aku bawa kamu kebawah,
keakar bumi kita,
ya,keakar bumi kita...
setelah berhempas pulas mengembara,
kembali semula kita keakar diri,
adakala bila aku menunjukkan ego,
bukan bermakna aku lupa diri,
aku masih tahu siapa diriku,
ia hanyalah lakonan sayang...
lakonan...
lakonan yang aku perlu lakukan untuk menceritakan tentang sesuatu,
membuat kamu berfikir dan teguh jati diri,
jangan mudah diperkotak-katik oleh sesiapapun,
termasuklah mereka yang kamu cintai,
ya termasuk mereka semua...
kau perlu berdiri teguh diatas kakimu sendiri,
apabila kau perlu membuat sesuatu keputusan,
kerana kau raja kepada dirimu sendiri.
ya,kau raja kepada dirimu sendiri.

syaitan ataupun malaikat tidak mampu mempengaruhi dirimu jika kau tidak izinkan,
kerana kau raja.
kau tidak perlu mendengar bisikan kedua mereka jika kau tidak mahu pun,
tiada paksaan soal ini,
mereka berdua pasti faham tentang ini jika kau ajari mereka siapa dirimu.

percaya siapa dirimu,
dan kau akan mengerti sudah lama tuhan berikan kuasa ini padamu,
jika kau benar mahu tahu.
akan potensi sebenar dirimu.

potensi sebenar dirimu jauh melangkaui segala kepercayaan manusia didunia inipun,
jika kau mampu mengerti kehebatannya.

bukan jua bermaksud kau menafikan tuhan,
sedang maksud yang sebenarnya tidak menyimpang jika kau tepat dalam berkefahaman.
ya,aku berani katakan,jika kau tepat dalam berkefahaman.
jangan salah faham soal ini.
kerana itu aku katakan jangan masuk campur jika kau tidak tahu,
kerana adakala fitnah yang kau takutkan itu,
perbuatan tanganmu sendiri,
kerana hidup umpama boomerang,
apa yang kau beri,
pasti kembali pada dirimu jua nanti.

jika kau tidak tahu,
ada baiknya kau diam.

itu pesanku.


sumber gambar: meuolharfeminino.blogspot.com

"setiap hari ketika aku bangun pagi...sayup sekali,kerana aku benar tidak tahu bila aku akan mati,bila2 sahaja...satu yang aku tahu, aku pasti akan lakukan yang terbaik hari ini...lakonanku perlu hebat supaya tuhanku bangga nanti menjadikan aku dengan pelbagai potensi diri..."







3 comments:

Anonymous said...

hmm

Anonymous said...

hehe

Anonymous said...

bangunlah wahai semangat yang benar...kami seru kebangkitan anda di manapun anda berada...kami seru...bangunlah wahai yang berselimut...buku sedang menanti ruas...selagi anda bersembunyi,selagi anda belum bersedia,dunia akan berterusan begini dan hancur bersama kami...selagi anda belum bersedia,cerita takkan dapat dimulakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...