Saturday, 18 October 2014

puisi cinta selendang kuning: sayangggg....benarkah?

sumber gambar: becuo.com

"sayangggg...benarkah apa yang kau percaya selama ini, itu yang sebenarnya?sayanggg...pastikan kau benar2 tahu apa yang kau sedang percaya...aku takut kau lalai...kerana mengikut kata2 pembantu2ku...kau selalu lalai..."

aku mahu menulis,
sekali lagi tapi tak tahu mahu bercakap soal apa,
tak tahu juga mahu menyusun idea dengan cara yang bagaimana,
sebentar.
aku cuba cari sentuhan itu.

sentuhan gila sang puteri jalanan.

bila aku menulis aku seperti si mabuk.

adakala bila kau membentuk diri sendiri,
kau bukan membentuk sesuatu yang baru,
tetapi sesuatu yang lama dan diberi nafas baru,
kau itu lama.
memori kau itu lama.
cuma kau itu pelupa.
maka setiap kali kau mahu kembali kepada diri sendiri,
kau bermain dengan dirimu yang lama,
dirimu yang lama yang hidup dizaman batu ini,
ya,zaman yang keliling kau itu batu,
maka aku sukacita menggelarkan ia zaman batu abad baru...
ia bukan batu ais,tapi batu bata,
harap kau faham.
aduhhhh,
apa aku merepek ini,
ya,masih lagi kehilangan sentuhan gila itu,
sentuhan kata2 yang menggegarkan dalaman kamu,
mengejutkan dalaman kamu yang tidur,
aku perlukan tenaga itu,
tenaga yang mampu menggerakkan jiwa kamu supaya bangun dan terjaga,
kerana aku tidak akan menulis kecuali kerana digerakkan,
aku bukan disini kerana menegakkan agama,
biarkan tugas itu pada alim ulamak ustad ustazah,
mereka diberi ganjaran kerana menegakkannya,
harap mereka cukup kenyang,
kalau lapar lagi aku akan suap,
buat mereka inilah pesananku,
makanlah sehingga kenyang,
semoga kalian berbahagia sehingga ke alam baru,
tolong jangan dipaksa mereka yang tidak mahu mempercayai kamu,
kerana tuhan bukan milik kamu seorang,
dan jangan mudah sekali menafsirkan kehidupan mengikut kepala kamu saja,
setiap manusia itu berhak bertanya,
dan jika kamu benar pandai soal agama,
tolong jawab,
jika tak pandai,
maka jangan memandai2.
aku takut sekali kamu cuma membawa kehancuran,
dan bukan kebahagiaan seperti yang kamu omong2kan itu,
kerana kamu duduk dalam hawa dingin,
sedang mereka dibawah matahari,
kamu makan ayam daging,
sedang mereka makan ikan kering.
dan kau sibuk berceramah diatas sana dikelilingi kemuliaan,
sehingga ego kau mengalahkan iblis yang kau benci itu,
maka tolong jangan perasan sangat tuhan itu dipihak kamu.
itu kamu kena tahu dan fahami serta insafi diri.
kerana aku khuatir setiap kata2 hukuman kamu,
akhirnya terhukum pada diri kamu sendiri,

syurga neraka bukan kau penentu.
dosa pahala bukan kau penulisnya,
dan alam lain bukan kau penjaganya.

maka,jaga2.
dan aku cuma penyampai,
tuhan itulah pemegang kebenaran.

jika aku salah,
segala kata2ku dialam ini akan mati,

tetapi jika aku dipihak kebenaran,
saksikanlah...
setiap kata2 keramatku akan tersebar keseluruh dunia melalui apa cara sekalipun,
sehingga dunia kembali mekar semula.

ya,sehingga dunia kembali mekar semula,
selepas itu barulah aku akan pergi dengan tenang menghadap tuhanku untuk dipertimbangkan segala buruk dan baik diriku.

sumber gambar: google.com

"sayang...adakala bibir yang manis itu selalu bawa kau kearah kehancuran...hati2,jangan mudah ditipu...bukan semua baik itu baik,dan bukan semua jahat itu jahat...dan bukan jua semua yang baik itu jahat,bukan jualah semua jahat itu baik...yang benar2 jahat dia selalu bersembunyi...dan yang benar2 baik juga selalunya suka bersembunyi...ketahuilah kedua mereka yang terakhir itu suci..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...