Saturday, 25 October 2014

puisi gila seorang yang terasing: cukuplah itu wahai tuhan...

sumber gambar: girls-4-god.blogspot.com

"tuhan...kebaikan yang aku lakukan,berikan pada mereka...kerana mereka memerlukannya...mereka setiap hari mengira berapa pahala kau beri...sedang aku,rela menghadapmu dengan tangan kosong...aku cuma punya hati untuk dipersembahkan...cukuplah itu wahai tuhan...aku tidak pernah tamakkan ganjaranmu kerana aku tahu kau cukup pemurah..."

tuhan,
mereka bercerita tentang sejarah,
ya tuhan,
mereka bercerita tentang sejarah,
bila sejarah berulang semula,
mereka lupa pula wahai tuhan,
mereka lalai,
ampunkanlah mereka...
ya,demiku ampunkanlah mereka...

tuhan,
mereka membanggakan sesuatu yang bila ia terjadi dihadapan mata mereka,
mereka tolak wahai tuhanku,
ya,mereka tolak...
demi pihakku maafkanlah keterlanjuran mereka,
maafkanlah mereka wahai tuhan...
mata mereka,mereka butakan sendiri wahai tuhanku,
maafkanlah...

tuhan,
mereka berani berbicara soal agama yang bila turun ujian membuktikan kepercayaan mereka,
mereka kalah wahai tuhanku,
maafkanlah mereka wahai tuhan...
demiku maafkanlah kesalahan mereka...
aku mohon dipertangguhkan lagi bala,
aku mohon padamu wahai tuhan yang maha pengasih...
segala kebaikan yang aku lakukan,kau jadikan ianya penahan bala buat mereka wahai tuhan...
beri aku masa lagi,
akan aku cari lagi jiwa2 suci itu untuk dimerdekakan...
aku mohon wahai tuhan...

tuhan,
mereka menebarkan berbagai sangkaan pada kami,
maafkan kejahilan mereka wahai tuhan,
maafkanlah...
aku mohon dengan seluruh jiwa ragaku ampunkanlah mereka wahai tuhan yang maha pemurah...

tuhan,aku bermohon dipelihara bumi bertuah ini dari bala bencana...
demi jiwa dan semangatku,
jauhkanlah...

mereka hina kami wahai tuhan,
mereka kata kami gila,
mereka kata kami ini perosak bangsa,
bila kami berkata sesuatu yang benar,
mereka tolak kami wahai tuhan...
mereka tolak...
mereka kata kami gila...
ya tuhan,
demi diriku dan keagunganMu ampunkan mereka wahai tuhan...
jangan diturunkan bala kerana aku disini wahai tuhan,
aku mohon maafkan kaumku yang jahil...
tiba masa mereka pasti akan mengerti...
beri mereka waktu lagi,aku mohon...

jauhkan bala dari bumi bertuah ini wahai tuhan,
kejahatan mereka pada kami,kami maafkan tuhan...

maka jauhkan...
aku mohon...

sumber gambar: artemisdreaming.tumblr.com

"tuhan,sampai masa mereka pasti akan mengerti segalanya...wahai sekalian dewa dewi,demi diriku,kawal semua sudut bumi bertuah ini...dari mana arah sekalipun,kawal..."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...