Friday, 17 October 2014

puisi merapu sangat: satu kehidupan,takkan mahu mencuba satu jenis watak sahaja?

sumber gambar:ixdaily.com

"bercantik2 bukanlah kepandaianku...bagiku comot itu cantik...haaa,kan aku sudah katakan aku gagal beri tafsiran cantik secara normal...normal tu apa ya?hmm,mengikut budaya dan persetujuan majoriti manusia itu normal ye?wuhuuuu...maaf,aku bukan robot mahupun haiwan.lebih minta maaf,aku juga bukan sepenuhnya manusia,ops!..hahahahahaaa"

adakala bila aku duduk di takhta maya ini,
aku terasa imaginasi aku sangat teruk.

patutkah aku berfikir begini?

"jika manusia semua dipenuhi dengan pemikiran caraku,
makna dalam mereka itu aku,
mereka?cuma tenteraku saja.
mindaku akan menjadi pengarah kepada rentak irama dunia..."


"jika aku selami diriku sendiri,
dan aku dalam kesedaran sepenuhnya terhadap alam mimpi dan nyata,
maka aku mampu merasuk segalanya mengikut apa yang aku mahukan,
televisyen,radio,surat khabar,semua media dan apa saja medium itu aku.
apa yang mereka sedang pamerkan itu apa yang aku fikirkan.
dalam tak sedar,mereka menjadi model pemikiranku.
aku lihat aku dalam mereka."

"dahulu aku lihat matahari itu cahaya,
penumpuanku kepada cahaya itu seolah2 aku menyembahnya,
aku cari dia,cari dia...cari sampai dapat,
rupanya matahari itu aku...
terima kasih kepada seorang putera raja perasan yang menunjukkan jalan buatku,
walaupun aku membenci dia,tapi paling kurang besar juga jasanya padaku.
jika tidak aku seperti kucing mengejar ekor sendiri.buruk benar."

"jika imaginasiku ini benar,
kuasaku cuma penuh pabila potensi diri aku resap sepenuhnya,
maka menjadilah aku manusia yang bukan manusia,
hantu yang bukan hantu,
tapi sesuatu yang bercampur segalanya menjadi satu hibrid baru."

sumber gambar: imgarcade.com

"sayangggg...jika berlakon suci dan penuh dengan kejujuran...aku lebih pakar dari malaikat sekalipun...cuma aku malas sahaja...lakonan seperti itu sudah basi,tuhanku tahu aku sudah lepas soal itu...satu kehidupan,takkan mahu mencuba satu jenis watak sahaja?tuhan pun faham aku cepat bosan...maka cepat2 dia sediakan watak lain supaya aku sentiasa bertenaga...kerana tenaga aku ini pelincir dunia..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...