Friday, 10 October 2014

puisi merapu:.lalu aku khabarkan pada tuhan...janganlah ganggu...aku ini letih...

sumber gambar: photography2013@blogspot.com

"penat mengangkat muka dan berhidung tinggi...mungkin tunduk sebentar merehatkan jiwa...lalu aku khabarkan pada tuhan,aku mahu berehat sebentar dari lakonan angkuh ini...janganlah ganggu...aku ini letih..."

terasa mahu menulis lagi,
tentang apa...
tak tahu...
tentang awan berdarah,
langit tumpah,
ataupun matahari yang sedang dilamun cinta?
mungkin cerita tentang bintang yang lelah berkelip,
dan berhenti sebentar menghirup madu lautan...

sekali lagi aku hasilkan sampah didalam selendangkuning ini,

sekian.

sumber gambar: xgtdy.com

"berapa agaknya nilai sampah yang aku hasilkan hari ini ya?hehe...ahhh,menulis saja,sampah ataupun berlian,aku tidak peduli...ia irama jiwaku...ia tidak meminta persetujuan sesiapapun...tidak pernah aku menulis kerana manusia suka mahupun benci...itu urusan mereka,tiada kaitan denganku...aku suka menulis,maka aku menulis...habis cerita...lalala"

6 comments:

Anonymous said...

lalalalala...

Anonymous said...

annur cuba kau perhatikan bulan.. cahaya nya tak seperti selalu... cahay bulan seakan2 kemerahan sejak gerhana bulan itu..

Anonymous said...

Sape kate sampah xde nilai.. Dari sampah org boleh buat recyle dan skrg dgn sampah boleh terjana elektrik tau.. Hehehehe laman ni kan milik mu.. Hiasilah ikut suka.. Asal jgn menakung air sudah nanti nyamuk aedes bertelur..

Anaknda Bertuah said...

adanya Sampah itu, tandanya ada penghidupan...

Hahahaha.... lalalala....

jaket kulit said...

salam hangat dari kami ijin menyimak sahabat

puteri jalanan a.k.a annur said...

salam semua,

maaf annur xda mood nak balas semua komen2,ni baru ada mood...tu pun sikit je...haha.jahat kan i.

anon,jgn lalala kat sini eh,ini kawasan annur,dilarang menyanyi suka2...annur sorang je bole nyanyi kat sini.kiki

anon,cuba malam ni kamu tgok bulan,bulan tu nk bgtau kamu sesuatu...

anon yg ketiga,adoi tak tau korang ni semua sapa,papa jela,ntah orang yg sama pun annur xpasti,papa je janji korang hepy...sampah?zaman skrang sampah punya harga,dikumpul2 boleh beli rumah.hihi

Ab,tq ek sudi singgah2 sini...sampah mmg petanda adanya kehidupan,betul tu.annur tak sangkal.lalala.eh jgn nyanyi!

jaket kulit,salam2 ya selamat...selamat pagi cikgu...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...