Friday, 3 October 2014

puisi sang puteri: tidak mengapa sayang, aku mengerti ini cuma permainan.

buat dua manusia agung...rama dan sita...

....

..........
..................


sumber gambar: pinterest.com

"sayang...bila selendang kuning ini aku perlihatkan dihadapan semua manusia...aku sungguh sombong...tetapi sebenarnya aku begini...sebuah permata yang cuma tak suka diganggu...dia gembira bersinar sendiri sehingga tibanya masa seorang pengembara menemuinya setelah sekian lama dia mencarinya...sayang,aku ini permata...maka lindungi aku sekalipun dari jauh kerana semenjak dulu hanya kau yang mampu..."

 sayang...
aku mahu menulis...
aku benar2 mahu menulis...
aku terdesak untuk memberitakan keadaan diriku,
aku disini...sihat.
ya aku sihat.

mungkin.

sayang...
aku tidak bercakap dengan semua mereka,
walaupun mereka membaca,
aku cuma bercakap dengan dirimu...
dan kau tahu siapa dirimu,siapa aku...
dan siapa kita...

manusia tak perlu masuk campur urusan kita.
ya,tak perlu.

apatahlagi monyet2 hutan yang tidak mengerti makna sekuntum bunga...
beri saja,mereka akan musnahkan dan bergelak tawa...
maafkan aku sayang...
bagiku mereka benar2 bodoh.

tidak mengapalah sayang...
mereka pembantumu...
sebodoh mereka pun, jasa mereka sukar kau tolak...

mereka akan menghiburkan dirimu semenjak aku tiada disisimu...

aku relakan kau dikelilingi semua mereka...
apatahlagi aku disini kerana kedegilanku sendiri yang mahu juga turun mengikutmu...

tidak mengapa sayang,
aku mengerti ini cuma permainan.

dan aku ditugaskan untuk menderita.
maka aku akan hadap.

aku akan lakonkan watak ini dengan sempurna.
itu janjiku.

sumber gambar: imgfave.com

"sayang...tanganku ini ingin menari dengan bebas diatas papan kekunci ini...ia tersekat.ya,ia tersekat...dan kau tahu kenapa..."


maaf, semua kisah diatas cuma penjiwaan watak oleh penulis,mungkin tiada kaitan...mungkin juga ada...siapa tahu kan...buat manusia agung,rama dan sita...pengorbanan kalian aku angkat darjatnya di dalam selendangkuning ini...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...