Tuesday, 18 November 2014

puisi monolog: mana pergi 10% lagi?

sumber gambar: sciencelakes.com

"tuhan, setiap orang punya pendapatnya sendiri...jika Kau tanya apakah nikmatMu yang paling hebat, aku akan katakan dengan keyakinan menghampiri 90%...DIRI SENDIRI...mana pergi 10% lagi?rahsia."

hmm.
lama rasanya jari jemari tak bermain dengan papan kekunci,
untuk menulis puisi.
ohhh...
kembalikan sentuhan itu.

kehilangan jejak atau mimpi?
entah.
kamu tahu perasaannya?

kamu mahu hidup.
tapi kamu buntu.
kamu mahu makan tetapi kamu tak tahu.

terasa seperti menjadi bayi semula.
adakah bayi punya pemikiran ini?
mahu makan tetapi tak tahu.

terkadang aku berfikir,
apa agaknya pemikiranku ketika aku masih bayi?
memori apa yang masih lagi kemas tersimpan?
tentang apa?

aku cuma ingat satu,
aku merasa air laut,
sehingga kini aku masih mampu membayangkan rasanya yang masin.

indahkah menjadi bayi semula?
atau kata2 ini tidak sepatutnya keluar dari seorang manusia yang mencapai umur dewasa?

tuhan,
aku rindukan masa menjadi bayi.
ya,aku rindu.
tetapi aku tidak tahu apa yang aku rindu.
maafkan aku tuhan.

beginilah aku selalunya bila sel-sel otak gagal bersambung dengan baik.
mengarut habis.

bayi.air laut.masin.botol.jin.kakak aku.abangku.adikku.kertas.ibu.ya ibu.ibu angkat.maggi.tom n jerry.kereta.

ohhhh...aku tidak dapat menyambung idea dengan baik,
maka aku hasilkan sampah lagi hari ini.

sekian terima kasih.

sumber gambar: nyachii.wordpress.com

"adakah kamu pernah berasa seperti ini?dikurung oleh diri kamu sendiri...mahu bercakap,tapi kamu gagal menyusun kata dengan baik,maka mereka bilang kamu gila...buat seorang manusia biasa yang selesa berfikiran biasa,kami ini gila...tetapi buat seorang pencinta seni sejati, kami ini karya."


5 comments:

Anonymous said...

Aku pun ingin menjadi bayi.. jika tuhan memberi pilihan...

Dean Vicious said...

Bayi adalah nasib paling suci yang pernah kita miliki. Untuk sekarang, benarlah kata Chairil "nasib adalah kesunyian masing-masing"

puteri jalanan a.k.a annur said...

salam,

anon,tuhan akan beri pilihan,nnt kamu jadi bayi semula...percayalah...

dean,tq sudi singgah dan beri sepatah dua kata...chairil?penulis buku AKU itu kah?mcm cerita ada apa dengan cinta...chairil anwar...

Dean Vicious said...

Ya. Tu lah chairil anwar. :)

puteri jalanan a.k.a annur said...

hehe.annur pandai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...