Tuesday, 11 November 2014

puisi sewel: biarkanlah dia...

sumber gambar: favim.com

"dia memang begitu, terlalu sibuk dengan diri sendiri..."

Adakala dia bukan sombong,
Tapi mungkin dia tak tahu bercakap,
Kerana tak tahu apa yang mahu diperkatakan,
Dan padanya perlukah mengambil tahu hal manusia lain,
Sedangkan hal sendiri sudah terlalu banyak yang belum diteliti?

Adakala dia bukan sombong,
Kerana padanya sepi itu damai,
Dan damai itu yang menjaga dirinya dari keluar bak singa,
Tapi manusia tak mahu mengerti dan tetap juga mencaci.
Dia tak mahu bercakap,manusia tak perlu memaksa,
Kerana dia sememangnya begitu.
Biarkan dia lakukan apa yang dia selesa,
Kerana bila dia keluar panas hatinya takkan mampu ditahan.
Dan bila dia marah,jangan pula kamu sakit hati.
Sudahpun dia sembunyikan diri,
Kamu usik dia lagi.

Aku bukan sesiapa,
Tetapi aku kasihan jiwa seperti ini,
Kerana aku juga salah seorang dari mereka,
Kami adalah sejenis jiwa yang tak suka marah,
Tetapi dalaman kami panas bak gunung berapi,
Kerana itu kami diam.

Ya,kerana itu kami banyak berdiam tatkala manusia suka benar bercakap.

aku pun tidak tahu mengapa aku menulis soal ini,
sedangkan tadi aku mahu bercerita tentang lain,
bila menulis,tangan tergerak kearah ini pula,

maafkan aku,
inilah keburukanku,
pelupa.

sumber gambar: youtube.com

"menjadi pelupa itu kadangkala bagus, kerana bukan semua memori terlalu indah untuk diingati..."


2 comments:

Anaknda Bertuah said...

Senyum-senyum selalu...

puteri jalanan a.k.a annur said...

hihi...tq ye Ab...semoga sejahtera selalu buat Ab dan keluarga semua...amin...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...