Sunday, 28 December 2014

penulis jemputan annur: LERUTAN...

kepada semua pembaca selendangkuning, kali ni annur ada bawakan korang seorang penulis jemputan yang sudi berkongsi cerita dengan kita kat blog istirehat ni...jadi apalagi?jom kita layannnn....

sumber gambar: wordpress.com

"memahami itu satu ilmu...ikhlas itu satu ilmu...memahami dengan ikhlas ilmu yang lain pula yang jarang manusia khatamkan...kerana itu mereka suka hukum menghakimi tanpa hak..."

cerita 1

Di dunia yang lain aku sedang berjuang untuk menjadi yang terkuat
Menjadi wira yang disegani, tapi disebabkan jiwa aku dipengaruhi oleh dunia yang ini,
Aku menjadi lemah.


Walaupun aku di sana terkuat, aku selalu berhenti berjuang
Lalu aku menjadi ketinggalan. Berbanding mereka yang lain aku jauh tertinggal
Seperti di dunia yang ini aku tak mampu berjuang,
Di dunia yang sana pula aku lemah ketinggalan
Lalu aku berputus asa, 
Tiada kekesalan tapi aku cuma tak mampu teruskan


Aku pun berhenti di sana, kembali ke sini untuk menguatkan diri aku yang sini
Akhirnya aku terkandas juga 
Buntu jalan manakah akan aku lalui
Apakah hujungnya? Tiada yang tahu


Lalu datanglah sesuatu menawarkan dunia yang lain lagi
Aku tidak terus menerima dan berfikir panjang
Apakah aku mampu menjadi yang terkuat?


Yang menawarkan itu mendesak,
Dan menjanjikan kekuatan aku di dunia itu
 Setelah berfikir, aku sedar


Walaupun diberi dua atau tiga dunia yang lain
Aku tetap sama, kerana aku adalah aku
Aku takkan menjadi yang lain di sini, di sana mahupun di sini

***
cerita 2 

Pernah tak dengar kisah seorang lelaki tua, yang hidup sendirian tiada isteri tiada anak kerana masanya terlalu banyak dihabiskan dengan kerja? Dan akhirnya dia sendiri dipecat.
Pernah tak dengar seorang perempuan yang membunuh suaminya dengan alas an suaminya curang dengan perempuan lain?
Pernah tak lihat seorang kanak-kanak yang menjual nasi lemak dijalanan pada waktu pagi?
Pernah tak lihat seorang wanita yang sangat tua bekerja menyapu sampah di mana-mana kawasan?
Pernah tak lihat suami isteri bergaduh di hadapan anak-anak mereka tentang sewa rumah, bil elektrik dan bil air?
Pernah tak lihat seorang lelaki muda mengamuk kerana marah kereta mewahnya ditarik?
Pernah tak lihat seorang ibu bekerja susah payah untuk anaknya yang belajar nun jauh? Dan anaknya disana hidup senang, makannya mewah.
Semuanya kerana satu sahaja sebabnya…


***
cerita 3

Siapa aku? Penyanyi? Penyajak? Pelakon? Ya, semua tu aku. Cuma aku tak komersial. Menyanyi dalam bilik air, bersajak ketika sebelum tidur. Dan yang paling besar, aku adalah seorang pelakon yang hebat. Menjalani hidup ni sorang-sorang bukannya mudah, mungkin tak susah pada pandangan orang-orang yang kuat tapi bagi aku hidup ni mencabar.
Keluarga yang bermasalah, menganggur kerana keputusan aku di bawah paras average dan juga tiada sumber kewangan. Apa yang aku mampu buat untuk ubah semua tu? Impossible! Oleh itu, wujudlah seorang pelakon baru yang amat berbakat iaitu aku.
Walaupun hati aku menangis, aku tetap senyum gagahkan diri untuk pergi mencari kerja. Walaupun hati aku tak mahu. Entahlah, kadang aku fikir kenapa aku perlu kerja? Tapi untuk ibu dan adik-adik aku gagahkan diri aku.
orang nampak aku ni seorang yang ceria, peramah. Kalau mereka rapat dengan aku barulah mereka tahu aku adalah seorang pelakon yang hebat. Selalu menangis, mudah mengalah. Dan keadaan inilah yang menjadikan aku hidup seperti sebuah robot. Yang hanya melalukan sesuatu perkara tanpa tujuan dan kehendak hati. Yang kemudiannya tersadai di kegelapan menangisi segala perbuatan yang telah dilakukan.

***

cerita 4

Selalu termenung di hadapan cermin ketika ingin memberus gigi pada setiap pagi, terdetik di hati satu persoalan, “Siapakah aku?”. Wajah putih sedikit berjeragat dan juga parut chicken pox yang masih kelihatan walaupun telah 10 tahun berlalu. Coklat anak matanya, hidung yang agak kembang dan kening tebal. Sungguh, bukan aku yang menentukan rupa wajahku. Lantas tertanya juga kenapa rupa aku begini?
Aku tidak menyesal, mahupun membenci rupa aku. Cuma aku masih belum mengerti. Bukan itu saja, tiap-tiap perkataan yang keluar dari bibir nipis ku, segala perbuatan luar kawalanku, juga aku tak mampu mengerti.
Aku cuba tukar haluan dengan memerhatikan orang lain pula, lagilah aku tak mengerti. Kenapa mereka memarahi aku? Kenapa mereka suka berhibur sampai ke larut malam? Apakah yang ada pada fikiran mereka? Sungguh aku tak mampu menjawabnya. Cuba ditanya soalan itu pada mereka, mereka bilang aku pelik, gila. Katanya hidup sementara, enjoylah jawabnya. Tapi aku tak peduli, ada juga golongan yang baik-baik. Tapi apakah yang ada dalam fikiran mereka? Apakah mereka melakukannya mengikut kehendak hati mereka atau …?
Aku rasa terasing, aku rasa berbeza dengan mereka yang lain, Walaupun aku tahu mereka pun merasakan perkara yang sama. Siapakah aku sebenarnya? Apakah istimewa ataupun tidak? Apakah biasa-biasa sahaja? Apakah yang harus aku lakukan? Ya, soalan kekal menjadi soalan. Fikir dalam-dalam jawablah. Orang lain tak dapat jawab, diri sendiri saja…

sumber gambar: google.com

"selami jiwanya...kau akan temui kesedihan...salahkan siapa?tuhankah?ibu ayahkah?dunia kah?kalah lagi kita rupanya...bukan salahkan sesiapa,cuma memahami dan menyayangi jalannya...ia jalan yang paling dekat kepada penyelesaian..."



inilah lagu pilihan beliau...layannnn...

3 comments:

Anonymous said...

Aku juga seperti kamu.. beza nya cuma aku seorang lelaki... aku masih mencari siapa diri ini ada dua suara kedengaran satu kata ia satu kata tidak kadang kala hati dan fikiran tidak sehaluan.. cuba kau dgr lagu al nuraa

-PK-

Anonymous said...

Terima kasih PK kerana membaca. Hati aku macam-macam nak buat. Tapi fikiran aku yang halang daripada aku melakukan hal-hal tertentu.

Kadang rasa mahu terjun bangunan tinggi, dan jatuh dengan harapan keluarlah sayap dari tulang belakang dan terbang tinggi menjunam ke bawah bangunan tu. Tapi fikiran aku tak kasi, katanya mustahil sayap tu muncul..

-Lerutan.

Anonymous said...

Senjata utama percaya pada diri sendiri pasti keajaiban akan berlaku..

-PK-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...