Wednesday, 3 December 2014

puisi berangan: polis entri...one two jaga...

sumber gambar: bp.blogspot.com

"polis entri one two jaga...polis mati...pencuri jaga..."

hari ini aku punya banyak urusan,
tetapi sebelum aku memulakan semua itu,
aku mahu tinggalkan puisi buat semua pembaca setia selendang kuning.

berapa ramai menegur bulan,
bulan tetap sombong.
ia cuma mungkin hanya berputar mengikut apa yang ditentukan,
jangan marahinya...
bersabarlah...
kerana bulan sedang sibuk.

ya,percaya kataku,
bulan sedang sibuk memerhati si dia.
atas arahan dari yang disana...

tempohari aku asyik memuji bulan,
sehingga satu masa lama aku merenungnya dan memikirkan sesuatu,
sekejap aku menghirup air kopi itu,
bulan sudah menyorok dari terlihat.

ahhh,bulan itu pemalu!

ingin saja aku katakan padanya,
"wahai bulan,
jangan malu,kerana aku cuma mahu bertutur denganmu,
aku tidak berniat jahat.
kita berkawan,ok?"

malam ini aku mahu menangkap bulan.
ya,
malam ini.

bulan,tunggu aku.
malam ini kita main polis entri.

sumber gambar: google.com

"semenjak kecil salah satu pekerjaan tetapku adalah menjaja cerita2 dongeng di kalangan kawan2ku...mereka semua percaya...pernah sekali aku katakan tanah liat yang dibuat bentuk burger boleh dimakan,mereka pun percaya dan hampir mati memakannya...aku benar2 takut dengan penipuanku sendiri...entah apa magik yang aku ada..."

"cerita tentang burger itu juga aku ada2kan,tetapi ramai dikalangan kalian tetap juga percaya...nampak?betapa aku ini begitu naif ketika bercerita..."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...