Sunday, 28 December 2014

puisi cinta selendangkuning: dari situlah,konflik bermula, cerita semakin menarik dan bakal box office...

sumber gambar: featherofme.com

"kalau aku pengarah, aku tak akan marah pada watak jahat jika dia melakonkan wataknya dengan baik, tidak juga aku marah pada watak baik yang berlakon baik...kerana cerita hidup dengan kedua watak tadi...aku cuma akan marah, bila mereka menyalahi skrip yang diberi...kerana itu setiap dari mereka perlu menjiwai setiap watak mereka dengan sepenuhnya...kalau kamu rindukan watak hero,kamu perlu tahu watak jahat perlu memaksimakan kejahatan mereka,barulah hero akan hadir..."

"kamu mahu tahu siapa yang marah pada watak jahat itu tadi?watak baik...sebagai pengarah,aku tak marah pun...pada watak jahat, watak baik itulah jahat...sedang watak baik pula berfikiran yang sama...dari situlah,konflik bermula, cerita semakin menarik dan bakal box office..."

disetiap kemajuan manusia,
ada kisah disebaliknya...
baik hadapannya,buruk belakangnya...
buruk hadapannya,baik pula belakangnya...
disebalik kemodenan barat yang dihina2 itu oleh sesetengah agama,
dalam tak sedar,kita menggunakan segala yang mereka hasilkan...
aku cuma mampu menganggap itulah pengorbanan mereka...
tekanan hidup mereka menjadikan mereka begitu kreatif mencipta dan menghasilkan...
jika kita hina mereka kerana tidak satu kepercayaan dengan kita,
jangan juga gunakan apa yang mereka sediakan,fikirkan atau apapun...
cipta sendiri,bina sendiri...fikir sendiri...
itulah jalan yang bermaruah...

satu tamadun naik kerana tamadun lain...
tamadun baik naik kerana tamadun jahat...
tamadun jahat naik kerana tamadun yang baik...

kamu nampak?
ini bukan lagi permainan baik atau jahat,
tetapi ini permainan keseimbangan alam...
disitulah letaknya kuasa tuhan yang dipuja sebagai maha mengetahui...

maha mengetahuinya dia,
sehingga dia berani mencipta manusia yang katanya membuat masalah tumpah darah dimuka bumi...
sedang malaikat membantah...

maha mengetahuinya dia,
sehingga dia membenarkan wujudnya kejahatan didunia,
kerana apa?
kamu fikirkan sendiri...
aku malas mahu beritahu...

tanpa mereka yang jahat,
tidak pula munculnya si hero...

tanpa hero,
yang jahat pula dikatakan akan berleluasa...

sedang bagi seorang pengarah sebuah cerita,
watak jahat dan watak baik diperlukan dalam sesebuah penceritaan,
satu penceritaan yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej...

aku tidak boleh bercerita lebih soal ini,
nanti kamu tak mampu terima apa yang mahu aku katakan...

bak kata ali,
jika dia menceritakan apa yang dia tahu,
nescaya kafirlah dia pada pandangan...

sedang kebanyakan manusia akan selalu memberi pendapat berdasarkan apa yang mereka tahu...
apa yang mereka lihat,apa yang mereka rasakan...

jarang diantara mereka mahu berfikir dengan mendalam...
apatahlagi jika nasi habuannya,emas lauknya...

kerana itu golongan yang cuba berfikir dan bertindak sangat sedikit...
mereka itu sedikit dalam kuantiti,hebat pula dalam kualiti...

satu mereka sejuta manusia...

hadir mereka bak cahaya...
menyinari alam semesta...

prinsip mereka mudah.

BAWAKAN AKU SEJUTA LEMBU, AKAN AKU BAWA SEPULUH SINGA LAPAR UNTUK MEMBAHAM MEREKA SEMUA...

sumber gambar: flickr.com

"dia berimaginasi, dunia melaksanakannya...maka,dialah raja yang sebenar..."





ps:tempohari aku buka radio,menjerit2 lagu ini...maka,aku pasangkan lagu itu disini,semoga dia tenang menjerit disini pula...

34 comments:

Anonymous said...

kalau watak jahat yg sedar perbuatannya salah dan dia ingin mengubah kpd watak baik adakah pengarah akan marah juga kerana tidak mengikut skrip katanya?

puteri jalanan a.k.a annur said...

itu kena tanya pengarah,annur ni pura2 je jadi dia...kejap ek,

pengarah,ohhh tuan pengarahhhh...

mana dia ni.

haha.

alah,bila dia ubah,itulah skripnya kalau sampai terjadi...itu dgn izin...

Anonymous said...

maknanya skrip sudah tersiap sedia semenjak azali.. di dunia ini hanya tempat lakonan bukan? jadi mau saya tanya apa maksudnya diri yg diredhai tuhan dan tidak diredhai tuhan..?

pada saat seseorang manusia melakukan kejahatan apakah dia tidak sedar akan perbuatan yg dia lakukan? adakah kita nak menyalahkan tuhan kerana perbuatan jahat yg kita pilih? jahat diatas jalan hak dan batil 2 perkara yg cukup bebrbeza jadi kena tahu memilih bukan?dan kalau kita memilih utk berdiri diatas jln batil kerana ia meyeronokan sedangkan kita tahu ianya salah.. adakah tu namanya takdir tuhan?
maaf saya cuma mahu tahu pendapat penulis kerana penulisannya ke arah sesuatu keliahtannya.

puteri jalanan a.k.a annur said...

pada annur benda ni senang...

kamu rasa,dan kamu akan tahu...

kejahatan semua orang ada buat...kamu pun ada,annur pun...kalau nak berubah,sapa yg halang?

ikut kamu je.

kenapa nak salahkan tuhan?tuhan mana salah...dia benar dalam perbuatannya...andai dia takdirkan orang tu jadi jahat pun,orang tu boleh lawan,dan perasaan melawan dia tu pun,adalah skrip...

mcm kamu juga,mungkin saat ni kamu baik,nanti yang entah mcmana kamu memilih utk jadi jahat pula...lepas tu kamu pilih jadi baik semula...

gerak itulah skrip....

ceritanya rupanya tuhan tu nak mengajar ini...itu...

kita semua belajar dari kesilapan,moralnya disini,jangan perlekeh orang walau sejahat manapun dia,sebab kita tak tahu jalan cerita dia...dan kita juga tak tahu jalan cerita kita walaupun ia sudah tertulis...

mcm tula ceritanya...annur bukan pandai sangat,kadang keluar penulisan gila mcm ni...

puteri jalanan a.k.a annur said...

lebih kurang gini...annur marah seseorang tu dan kata gini...

"woi,ko terasa ke aku kata apa?ada ke aku suruh ko buat jahat dan teruskan je sebab itu skrip?aku cuma suruh ko fahami jalan cerita hidup ni..."

cmtulaaa...percakapan tadi pun skrip...tapi annur boleh kontrol...dan rasa nak kontrol ni pun skrip tuhan kasi melalui perbuatan...kiranya begitulah kita manusia...jgn marah ye...itu lakonan...semoga kita akan faham apa yang sebenarnya...semoga tuhan akan selalu mendidik jiwa kita kearah yang benar...

nampak tak?ini skrip annur...tapi bila ia dah terjadi,dan tuhan izinkan terjadi,maka ia skrip tuhan...kira tuhan dah lepaskan skrip ni dipublishkan...kalau tak dalam hati jela bercakap...

cmtulah kiranya pendapat annur yang ngokngek ni...

puteri jalanan a.k.a annur said...

dan nak tau kalau tuhan tak kasi camana?

ada banyak benda annur nak cakap ni,tapi tak terkeluar...nak cakap ni...tapi tak cakap2 pun...nak ckap ni...betul2 nak bercakap...tapi tak boleh...tak tahu pehal tak bolehhh...tiba2 terkeluar gni,

"boleh tak ko jgn komen gni?aku tak suka."

haaaa...itu jela yg tuhan kasi cakap...yang lain2 tu tak tersampai2 nak cakap...

annur mohon maaf ya...setan annur tu kadang2 terkeluar dari kandang...jap annur ikat dia balik...

ok dah ikat dah...

aslmkum ye...semoga hidup kamu sentiasa dalam berkat tuhan...amin...

Anonymous said...

yap.. kalo begitu pandangan penulis, saya setuju. saya pon bukan orang yg baik.. terlampau banyak kesalahan dah dibuat.. hanya saja tidak suka orang2 menggunakan ilmu ketuhanan dan nama tuhan demi menegakkan kejahatan yg mereka buat.. kejahatn mmg perlu ada demi membina karakter hero.. cuma hero di dlm alam realiti bukan seseronok hero di dalam filem.. terlampau byk kepahitan perlu dilalui..

kalo bercerita bab ketuhanan mmg saya sedikit keras maafla ye tuan puteri, sebab dah melihat org2 yg membawa ilmu ketuhanan pada jln yg salah.. byk kerosakan dilakukan.. dari segi hakikat mmg ketentuan tuhan tpi dari segi syariat kan kita bole berfikir baik buruk..hanya saja saat kita diuji samada kita dpt menahan kesakitan atau tidak..ilmu ketuhanan la pengubat bagi jiwa yg sudah tidak mampu menanggung beban..tpi disalah guna pula sesetegah org utk puaskan hawa nafsunya sedangkan tujuannya adalah utk kesatuan semua makhluk, membina karakter diri sejati.. jalannya tak mudah tapi mmg itu yg perlu dilalui kalo nak mencari kebenaran..

maaf sekali lagi.semoga tuan puteri sihat2 saje.. amin

puteri jalanan a.k.a annur said...

hehe...mcm ni annur suka...bertukar pendapat dengan cara yang damai...serius,aritu annur bengang dengan kamu,tapi arini dah ok dah...sorilah ek,annur ni kadang2 cepat panas hati...biasalah,budak muda mcm annur ni teruk sikit perangai,langsung tak bole ditegur,benarnya bukan tak boleh ditegur,cuma biarlah kena pada cara...tgok mcm skrang,annur da cool...eceh.

hehe.

oklah,salam perkenalan annur hulurkan...kita kawan k...

silakan selak selendangkuning,pemikiran seorang budak muda yang baru cuba mengenali dunia...hohoho

Anonymous said...

Jarang jarang sekali jumpa dengan orang seperti kamu Nur. kamu masih muda tapi sangat istimewa. Dulu dulu dulu ada seorang yang telah menjadi sebab aku mengubah pegangan aku pada kehidupan ni. Sekarang, walau sudah beberapa tahun pun aku masih dalam keadaan terkejut. dia sama seperti kamu, kamu pula mirip dia pada sebahagian kata dan bicara. Semoga satu hari nanti DIA mempertemukan aku dengannya dan kamu. Sehingga waktu itu, semoga rahmatan Allahu sentiasa melimpah limpah pada kamu dan semoga di mana sahaja kamu pergi dan berada, Allahu Hafiizun sentiasa bersama kamu. Salam atas kamu Nur

Anonymous said...

saya juga masih muda, mungkin lebih kurang sebaya kamu Annur. cuma saya kurang setuju jika dikatakan islam itu menghina masyarakat barat, tetapi penganutnya la yg membuatkan islam kelihatan begitu kerana perbezaan fikiran dan keterbatasan ilmu memahami intisari islam itu sendiri.. kulit tanpa isi tu hampa rasanya dan inti tanpa kulit jelek kelihatan..

ok kita kawan, tidak mengapa sebenarnya soalan ku yg kasar itu hari.

puteri jalanan a.k.a annur said...

sorila kawan2 sume...annur bz sikit uruskan beberapa urusan bumi,bz melawan alien2 sume...kakakaka....

anon2209,yeke ni..ntah2 dia tu annur tak?kikiki...kami sama tapi tak serupa...orang2 mcm kami bertaburan dalam dunia ni,ada yg bawah katil,dalam gua,dalam tb,atas langit,celah pokok...mcm2...haha...kamu jgn puji annur,nnt annur jadi lupa diri mcm ni....hahahahahahasdashdahahahahahah....susah tau nak kontrol setan ujub ni...kakakakakakakaaaa.....

ehem2,sori....aslmkum sahabat...:)

anon 2318,korang orang yg sama ke?xpe2...sama ke tak ke,janji korang bahagia...ini memang blog bahagia...mcm hospital bahagia...dalam ni je bahagia,kat luar sana sengsara...kakakaka....

arini mood annur secerah mentari...mentari ka?kakakakakaka...

puteri jalanan a.k.a annur said...

rasa nak berkata2...tapi siang tadi annur baru kuarkan post baru...kepada kawan2 sume...annur minta maaf kalau masih gagal kawal emosi...cepat benar marahnya...cepat benar terasanya...normal lah kan...

benarnya annur beberapa kebelakangan(musim hujan kot) jadi malas nak bercakap...bercakap pun keperluan kerja atau apa je keperluan...tapi nak mengomel mcm ni,rasa takda mood...ni baru rasa nak bercakap sikit kat blog,mengomel mcm mak nenek...

tgok fb,semua sibuk dengan banjir..hmm,semoga mangsa banjir diberi nikmat yang lain sebagai ganti dugaan yang tuhan dah turunkan ni...inilah doa annur dari jauh utk kalian semua...

ttg hidup,xtahu ni annur nak cakap apa,contoh anon 2318,ttg topik islam tu,benarlah penganutnya yg membawa keburukan atas namanya...apa nak dikata lagi...dulu annur agak sibuk islam sana,islam sini...tapi lepas satu peristiwa,annur sedar,mungkin ia bermula dengan diri sendiri...oleh kerana itu,penulisan seterusnya banyak membawa pembaca untuk melihat diri sendiri...bercakap dgn diri sendiri...menilai diri sendiri...segalanya tentang diri sendiri...kerana dari situlah permulaannya...

annur da letih kalau orang salah sangka dengan penulisan annur pun,kadang annur sendiri tak suka dengan apa yang annur tulis...kawan2 pun ada yang mengkritik...tapi ntahla,mungkin annur pun keras kepala,jadi annur tetap menulis mengikut apa yang annur rasa...dan penulisan tu dijadikan satu karya yang membuatkan diri annur berfikir...sesiapa yang sama level dengan pemikiran begitu juga,berfikir...bukan semua yang annur tulis benar,kadang salah...tapi annur belajar...

tahun lepas banyak bawa memori sedih,jadi emosi annur tak stabil...tapi oleh kerana annur suka menulis,maka annur tetap masih menulis...

hmm,itu saja annur rasa nak bercerita kat ruangan komen ni,da lama rasanya tak bermesra dgn pembaca blog istirehat ni...

Anonymous said...

secara jujur aku suka penulisan mu Annur, banyak perkara menarik dan bersifat mistis..haritu aku yg teremosi kerana masa kini aku lihat byk sangat orang yg suka menyalahkan agama atas kesalahan diri mereka sendiri..mugkin kerana itu aku menanyakan soalan direct kepadamu yg kedengaran biadap.. sekali lagi aku minta maaf .jangan sedih2 sebab pertayaan ku haritu okey Annur. yup aku tau benar kamu mmg suka menulis, teruskan ya Annur jgn berenti.semoga tahun 2015 menjadi tahun yg lebih baik bagi kamu.

Anonymous said...

Tak sama pada jasad kerana dia aadam, kamu hawwa'. Memang ramai tapi tak ramai yang Tuhan gerakkan utk menonjol. Kamu salah seorang yang istimewa mengalahkan yang lain. Setan tu, memang dia suka main main. Kamu ikat la dia kemas kemas dengan pertolongan Tuhanmu. :-)

puteri jalanan a.k.a annur said...

kamu berdua tahu,annur suka perbincangan gini...kesalahan manusia tetap kesalahan manusia,dan kerana ego maka mereka menyalahkan sesiapa saja yang mereka mampu,tuhanlah,agamalah,negaralah,padahal diri sendirilah punca salah satunya...annur ni cepat meresapi sesuatu,sebab tu kadang penulisan agak mistik,kerana benda2 mcm nilah...

Anonymous said...

nur, kongsi lah peristiwa ni.. nak tau jugak

"dulu annur agak sibuk islam sana,islam sini...tapi lepas satu peristiwa,annur sedar,mungkin ia bermula dengan diri sendiri..."

terima kasih. :)

puteri jalanan a.k.a annur said...

anon...ohhh yang itu ke...ceritanya senang je...annur akan biarkan benda tu jadi rahsia untuk diri annur sendiri...

boleh kan?

Anonymous said...

yang rahsia biarlah rahsia. Terima kaseh. :-)

puteri jalanan a.k.a annur said...

ha...sesama...annur suka cmni,kita hormat apa yang patut kita hormat...bukan semua benda perlu diterangkan...setuju?

Anonymous said...

Setuju. Sesetengah kisah jika dibuka menjadi pengajaran pada mereka yang mahu faham walaupun kadangkala ia menimbulkan fitnah.

puteri jalanan a.k.a annur said...

haha.pandai betul mengumpan. pape jela...tak perlu risau,perlahan2 annur akan buka pada puisi2 annur...banyak rasanya annur dah kiaskan dalam puisi...tak tahu ada yg perasan ke tak...haha...

jangan tanya lagi,annur debik karang.

puteri jalanan a.k.a annur said...

rasanya banyak perkara lagi yang best utk dibincang atau dicerita kot...annur ni jgn dipaksa,bila annur taknak,memang annur taknak...eh,langit mendung!hujan lagi mungkin...hmm...sedih sangat nampaknya dia...

Anonymous said...

ya betul tu Annur, manusia suka menyalahkan itu ini dan sebagaikan di waktu mereka tersepit. bagiku itu semua suatu kebiasaan sebagai manusia yg memiliki batas kekuatan. tidak sepenuhnya aku menyalahkan manusia kerana keadaan persekitaran jgk sering mempengaruhi segala tindakan kita. bagiku agama tu ibarat kayu pengukur dalam setiap tindakan yg kita lakukan, sejauh dan sekuat mana kita dalami, memamhami dan mahu menjalakannya. jika terlampau kurang atau ekxtrem pasti segala tindakan berantakan dan menyebabkan kucar kacir.. jadi aku lebih suka memilih jalan sederhana, kerana itu yg terbaik.. ia nampak mudah tapi sukar hendak menjalankannya. ilmu, pegalaman semua harus disatukan dan harus diterjemahkan dlm perbuatan. ilmu tanpa pengalaman bagiku ianya lemau, kerana sering membuatkan manusia menjadi sombong.pengalaman yg akan mendewasakan kita sehingga kita kenal dimana duduknya diri kta sebenarnya dlm dunia ini.. aku guna nick ni supaya tak terkeliru dgn yg lain ok Annur.huhu

Sleep

Anonymous said...

Tak umpan pun. Sebenarnya rahsia kamu tak cukup besar nak buatkan aku impress nak tahu lebih dalam. Bahasa atas tu lapik skit, yg ni telus skit Haha. Jgn mara n tak payah debik la ye.

puteri jalanan a.k.a annur said...

oooh,okla tu...jadi kita bole stop borak ttg ni...annur pun bosan...ok sleep,nama mcm ni ok,kira takdalah annur tersilap orang...bahasa tu ye...hmm,annur tak niat papa...cuma spontan berkata2...sekali lagi maaf jika bahasa tak kena atau apa...benar kata kamu,besederhana...annur pun suka cmtu...simple...selagi namanya manusia,sentiasa akan terlupa duduk letak diri sendiri...annur pun selalu cmtu...tapi cuba seimbangkan balik...emosi,dan juga jujur pada diri...itu yg annur selalu cuba perbaiki...ada yg kata,perempuan lemah bahagian emosi,tetapi bagi annur,emosi jugalah penguat bagi seorang perempuan...

annur teringat dulu,pernah terbaca satu quote,dia kata gni...

"hidup adalah satu permainan keseimbangan"

kehidupan akan berputar2 di dalam game ini...bagaimana kita guna semua unsur yang ada dan stabilkan dalam diri...

kita manusia jarang terlepas dari silap,dan blog ni annur wujudkan untuk menceritakan kisah seorang manusia biasa yang cuba belajar memahami kehidupan...ianya realiti...adakala penulis ego...adakala dia sombong...adakala dia tenang...adakala dia marah...tetapi disebalik cerita,annur tukarkan menjadi satu karya untuk diambil pengajaran bagi sesiapa yang mahu mengambilnya...dan ia juga penting untuk annur lihat sejauh mana annur pergi...untuk annur nilai diri annur sendiri...dengan menjadikan kamu semua sebagai cermin...

puteri jalanan a.k.a annur said...

dan pertembungan emosi yang ada,buat annur teringat pada satu pertemuan dulu dgn seorang sahabat ni...

annur ni jenis cepat panas kalau orang menentang apa yang annur pegang...annur akan lawan habis2an(mungkin inilah antara sikap kebudak2an annur)...tapi,annur jugak ada satu sifat...annur berfikiran terbuka...

nak dijadikan cerita,annur pun bertembung idea dan emosi dgn dia,lepas tu dia pun tegur annur dgn cara yang sinis dan pedas...annur cepat tersedar,xmau ego jadi penghalang annur diturunkan ilmu,maka annur pun mengalah,dan cuba diplomasi...dan lepas tu,kami berkawan baik...sama2 berkongsi ilmu,dia kongsikan pengalaman dia,annur pun...sampai melalui persahabatan yg ada,tercipta lagi satu ilmu yang kami baru sama2 belajar...benarlah,pertembungan idea itu satu rahmat...tetapi untuk mendapatkan rahmat tu,bersikap terbuka dan cuba rendahkan ego sesama sendiri...

dengan berpegang kepada prinsip,

"kita manusia,tak sempurna..."

maka kita memerlukan antara satu sama lain,untuk terus membangun dari pelbagai segi kehidupan...

Anonymous said...

bersahabat dengan seseorang yg serasi dengan kita memang bagus..banyak yg dpt diperolehi dan di kongsi bersama.saling memperbaiki diri.aku juga ada sahabat sebegitu, byk pengalaman dan pelajaran berguna yg dilalui..makin byk yg kita tau sebenarnya makin byk yg kita tak tau.. hahaha..memang pelik hidup ni sehingga aku pening mana satu nk dipercayai.sebab tu aku mengambil jln tengah saja. tidak menolak dan tidak menerima sepenuhnya sebelum terbukti.

dulu aku berprasangka penulisanmu alirannya dari mana.. aku dah nampak sekarang dari mana.TQ

sleep

puteri jalanan a.k.a annur said...

ohhh benda ni ke...aliran mana ek...toksah tanyalah,annur ni dari dulu xda aliran...semua annur sapu...xda hal lah...kalau bab bersangka2 ni,annur serahkan pada yg rasa nak menilai tu laa...ape yg annur bole buat ye tak...kita lakukan sesuatu,manusia mmg akan bercakap...kerana manusia mmg sifatnya begitu...mereka punya fikiran,mereka punya pengalaman,maka mereka akan menafsirkan mengikut apa yang mereka fikirkan...asik nak fikir orang cakap itu ini,letihlaaaaaa...annur ada banyak keje lain dari nak fikirkan benda2 cmni...

baiklah,sama2...jaga diri kamu elok2...:)

Don Eddy said...

wahh....nice poitic...aku suka tgk puisi2 ko...n komen2 ko...owhh..aku tringat crita psl lembu...kt kampung aku slalu ksi lembu ternakan boss aku garam....aku tgk suka nya mereka lembu2 itu pda garam mcm x pnh ckup...sperti mencari masin nya garam...manis nya gula mngkin langsung x kenal...n aku suka tgk lembu2 nie bersepah duk tgh jalan ble malam...tgh2 jalan....mcm roadblock da...so klo nk pujuk masuk kandang...maka aku umpan kan garam td..biar pn mereka lembu2 itu x tahu masin nya...mereka hanya tahu mahu garam...n mahu garam lagi...dan lagi....ttp ku beri kan krna kasih n sayang KU

Anonymous said...

bukan aliran itu yg ku maksudkan.. takpala yg penting ia dari dia yg benar.:()

sleep

puteri jalanan a.k.a annur said...

dan din don...selamat datang...ngantuk annur arini...panas terik...

sleep,pape jela...kadang kita mmg kena berfikir2 sikit,jgn terus pasang kepercayaan...normal lah tu...mana2 benda pun cmtu jugak...hidup ni selalu berpegang kepada satu benda asas yang sama,kemudian dipelbagaikan penggunaannya...

asas ni pada annur yg orang gelar falsafah tula...benda ni simple,tapi kerana dunia da terlalu tua,jadi ia makin serabut...jadi blog ni satu jalan penulis kembali kepada benda paling asas sekali iaitu diri sendiri...

itu je...mengantuk betul annur arini...xtau nape...

Anonymous said...

ya dunia makin tua..macam buah jambu semakin tua membusuk dan byk ulat.. hahahaha..nak tunggu berbuah baru tak tau bile kan tibe.perkara paling ku takuti ialah merasa diriku benar ttp tidak sedar sudah berada pada jalan yg salah.. selalu ku peringatkan diri tentang pekara itu. tuhan pelindungku.mudah-mudahan die sentiasa bersama dlm ape pon yg kite lakukan.

byk sgt berfikir kot sbb tu penat..mandi air panas la bes pastu makan and tido.zZzZzZz..

sleep

puteri jalanan a.k.a annur said...

itu jugalah annur takuti...sleep...napela nama kamu sleep...annur betul2 ngantok ni...babai...

kamu buat annur ngantoooooo....wuahhhhaaaaaaa....

kenapa malam ni matahari terik sangat ni...

Anonymous said...

ok babai


sebab die happy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...