Friday, 5 December 2014

puisi gila: hidupkan ia semula...hidupkan ia...


sumber gambar: galleryhip.com

"bangunkan diri kamu yang dalam itu...aku tahu ia hebat...keluarkan ia...hidupkan ia semula...sama seperti lagenda kamu yang dulu2..."

"masuklah kedalam gelanggang kamu sendiri dan berlawanlah dengan semua penderhaka itu  sehingga menang...aku tahu kau mampu...wahai semua pendekar bangsa,bangkitlah dan berlawan...aku tak mahu kamu mati dulu, aku mahu kamu menang, kemudian baru kamu boleh pergi dengan aman...masanya sudah tiba untuk kamu semua keluar satu persatu..."

Hari ini…
Ya,hari ini aku mahu menulis,
Tetapi aku berasa rendah diri,
Kerana beberapa bulan kebelakangan aku banyak menghasilkan sampah di dalam selendang kuning ini…
Ia sungguh bodoh,hahaha…
Tapi ketahuilah itulah apa yang ada di dalam rasa jiwaku,
Jarang sekali aku menyimpang dan menulis sesuatu yang aku tidak merasainya sendiri,
Jika aku tidak merasainya maka aku menipu,
Mungkin bukan dengan kalian semua pembaca setia selendangkuning,
Tetapi menipu diriku sendiri…
Itulah bagiku kejahatan yang paling aku benci jika aku berani2 melakukannya…
Tidak berlaku jujur pada diri sendiri,
Adalah satu bala yang patut aku jauhi,
Begitu juga dengan kamu semua,
Jangan takut untuk berlaku jujur kepada diri sendiri,
Kerana diri kamu adalah kawan terbaik yang kamu pernah ada,
Jika kamu menipunya maka bencanalah kamu nantinya…
Benar,aku tidak menipu…
Kamu dan diri sendiri wajib bekerjasama dengan baik,
Ini pesanku buat diri sendiri dan juga kamu semua pembaca blog istirehat ini…

sumber gambar: pixgood.com

“memusuhi dan tidak bekerjasama dengan diri sendiri ibarat kamu menyalakan api untuk membakar dirimu sendiri…satukan setiap apa yang ada di dalam diri kamu,pastikan mereka bergerak kearah yang kamu mahukan dan bukan sebaliknya…jika tuhan jadikan setan dan malaikat sebagai pengiringmu, pastikan mereka mengikut arahanmu…kerana kau raja kepada dirimu sendiri…ajari mereka tentang soal ini...tiada satu makhlukpun yang mampu berkuasa atas dirimu jika kau tidak izinkan walau sejahat atau semulia manapun mereka disisi tuhan…pastikan kau guna kuasa veto ini dengan hebat sekali…dan aku pasti akan berbangga dengan pencapaian hidupmu kerana kau salah seorang pembacaku…”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...