Monday, 8 December 2014

puisi sang puteri: oleh itu dengar kataku, jangan takut

sumber gambar: wallsistah.com

"disaat jiwa dan jasad bersatu dengan sempurna, maka gerakmu pun sedang dibimbing...oleh itu dengar kataku, jangan takut."

 teroka.
dimana saja kau berada,
kau teroka kawasan itu.
gunakan segala deria yang kau ada.

pemerhatian kau sumber dunia ini.
dunia perlukan dirimu dan potensi yang kau ada,
dunia perlukan ia untuk membangun dengan subur sekali.

jangan malu jika tuhan sedang menakdirkan dirimu menjadi tukang sapu sampah sekalipun,
aku hormat jika kau bangga dengan dirimu.
jangan pula sedih jika kau sedang ditakdirkan buat masa ini hanya duduk dirumah dan menjaga rumah serta anak2mu,
kau tahu satu perkara?
jika kau benar mengerti,
tuhan letakkan dirimu sentiasa ditempat yang betul,
kau punya fungsi disitu,
kerana itu aku kata tadi,
teroka fungsi itu.
jangan malas.

kau jangan pandang rumput belah sana lebih hijau,
tetapi kau lihat rumput dikawasanmu, apa yang boleh diperbaiki,dicantikkan,dihias...
jangan lakukan sesuatu yang bukan tugasmu,
kau hanya buang masa dan tenaga.

jangan pula ambil berat tentang sesuatu yang bukan urusanmu,
kau hanya mencipta karma yang lebih rumit nanti,
jika kau mengerti tentang hukum karma dan kau adalah pemain sejati,
tak mengapa kau kotorkan dirimu untuk tugas2 ehsan itu,
tetapi jika kau seorang penakut dan sukakan hidup yang senang lenang,
dengar kataku,
lakukan tugasmu sahaja.
jangan buang masa dan lakukan tugas orang lain.
jika silap percaturanmu, kau akan terbeban dan tersangkut nantinya.

kepada yang sejati,
ini pula permainannya...
ambil lumpur itu dan lumurkan dimukamu!
itulah simbol pejuang sejati!
hahahaha...
orang hebat,permainannya perlu hebat!
penakut bukan caramu,
maka bermainlah dengan berani!
tetapi tolong aku satu benda,
jangan ulang lagi peristiwa berdarah itu.

kau hebat jika berjuang sehingga ketitisan darah terakhir,
tetapi padaku,kau jauh lebih hebat jika berjuang kenafas terakhir tanpa setitis darah sesiapapun yang mengalir.

sumber gambar:deviantart.net

"jangan takut untuk kelihatan bodoh...kerana mereka yang berjaya kebanyakannya kelihatan bodoh satu ketika dahulu...disingkirkan,diusir,diugut bunuh dan berbagai lagi dugaan yang manusia biasa tidak sanggup untuk bayangkan pun..."

jom like page selendangkuning!

Selendangkuning page
dan kepada pembaca perempuan tuuuu jgn lupa like page ni pulak yeee....banyak barang2 puan-puan (bak kata icah,anak buah annur tu,kiki) boleh didapati disini...terutamanya pengilat kuku yangggg....emmmphhh!best!serius...annur da try...hihi

JY Addict n co

4 comments:

Anonymous said...

Like

kepompong said...

annur.....(sigh)

-kepompong-

puteri jalanan a.k.a annur said...

salam semua,maaf ye,annur bz skit...ada urusan kena selesaikan...

anon,tq ye sudi membaca selendang kuning...silakan baca lagi apa saja puisi di dalam blog istirehat ini...

kepompong,wo! nape?ada pehal sedih ni?cecite...masuk email pun ok,selendangkuning2222@gmail.com

kita kawanlah.11062

puteri jalanan a.k.a annur said...

alamak.nombor ape tu.sori2.im not robot.haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...