Tuesday, 2 December 2014

puisi sepi: mungkin kerana frekuensi yang hampir serupa...


sumber gambar: media.tumblr.com

"bila aku menaip sesebuah penulisan, aku terbayangkan seperti ini...beza kami cumanya nukilan jiwaku menghasilkan penulisan...sedang ia melahirkan sebuah irama..."

Adakala bila perasaanmu bercampur baur dan kau gagal temui jalan keluar,
Kau cuma mahu satu,
Kau mahu berehat dan jangan diganggu.
Sungguh,dirimu letih…

Bersendirian itu benar merehatkan jiwa…


“kekasih aku merinduimu…kehadiranmu selalu mendamaikan jiwa…tatkala aku ketakutan kau melindungi…sedang semenjak dahulu, aku selalu berdoa kepadamu,wahai tuhan yang maha melindungi…nama itulah yang sering aku seru untuk setiap permulaan hariku, nama itulah yang menjadikan aku gagah berjalan di tengah keramaian manusia…ya,nama itulah…nama yang menyiram api panas di dalam diriku… dan membuatkan aku sejuk di dalam dakapan perlindunganmu…”

sumber gambar: tumblr.com

"pabila aku menulis dan ia terpesong dari apa yang sedang aku fikirkan,keadaannya sama seperti ini...signal jiwaku dicuri oleh seseorang...mungkin kerana frekuensi yang hampir serupa membuatkan jiwa kami bersatu menghasilkan sesuatu..."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...