puisi pagi: ohhh,maafkan aku sayang...sesiapa yang sedar, maka dialah raja...

11:35 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

sumber gambar: layoutsparks.com

"aku adalah boneka yang mengawal kehendak tuan ku sendiri...sedang tuan ku tidak pernah sedar bahawa sebenarnya akulah yang sedang mengawal dirinya...sekalipun dia sedar,semuanya sudah terlambat...siapa sangka boneka mampu mempermainkan tuannya...ohhh, maafkan aku sayang...sesiapa yang sedar,maka dialah raja..."

untuk hari ini,
aku termenung memandang kawasan luas disebelah kiriku,
bersendirian disamping mereka yang hidup dalam kawanan,
ohhh aku memang begini,
seorang perempuan yang sangat suka bersendirian biarpun kemana saja,
terkadang saja aku hidup bersosial,
itupun demi melunaskan keperluan jasad yang hauskan hidup berkawan,
selebihnya aku akan bersendiri dan sibuk menguruskan minatku sendiri,
apa saja wahai kawan...
teruskan apa saja yang kamu semua minati...
akan kamu temui tuhanmu di situ...
percayalah kataku...

sumber gambar: deviantart.com

"ada yang menyangka aku ini puteri cahaya...sedang mereka tak tahu bahawa aku lebih gelap dari semua mereka mampu fikirkan...kerana aku sembunyi dalam terang...dan disitulah bukti bahawa aku lebih gelap daripada kegelapan itu sendiri...kerana itu aku berani bersinggahsana di tengah2 kegelapan..."




ps: haaa...apalagi???layannnn....1 Malaysia lah katakan...haha...kepada semua orang india kat dunia ni...kami sayangkan kamu semua...tapi jangan lebih2la kan...hahahahaha.




ps: ke nak yang ni????hahaha...melayu tu kan universal,apa saja katakan....hoho...kerana bersukaria mmg kegemaran kami...sekalipun dunia sedang berantakan, kami suka menari...



3 comments:

puisi pagi: sayang...inilah yang sangat aku takuti pada diriku...

11:36 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: vashtiqvega.wordpress.com

"sayang...betapa mereka gagal untuk ambil tahu penyucian jiwa seringkali terjadi kerana dosa..."

sayang...
semenjak dahulu manusia fikir aku ini jahat...
sedang mereka tak tahu apa yang aku alami,
bagaimana aku berusaha menentang fitrah jahat diriku,
mereka semua tak mahu ambil tahu,
akhirnya tuhan sucikan jiwaku melalui dosa yang aku lakukan...

sayang...
silapku pada sang adam dahulu,
bukanlah salahku tapi siapa yang mampu fahami diriku,
godaanku pada sang hawa semata2 memberitahu apa kemahuan adam,
dimana letak kejahatan dirinya...
meletakkan wanita setaraf kakinya,
aku cuma menentang dan mempertahankan hak diriku,
tapi siapa sanggup fahami segala yang berlaku...

sayang...
dendamku pada sang adam,
bukanlah salahku...
sedang dendam itulah akibat perbuatan mereka sendiri,
jika ia hanya dibiarkan dimanakah letaknya keadilan buat diriku...

sayang...
aku sangat mencintaimu...
dan cinta inilah satu hadiah tuhan buat diriku...

sumber gambar: rebloggy.com

"sayang...inilah yang sangat aku takuti pada diriku...aku takut kejahatan itu terkeluar dan buat mereka berlari teriakan...sedang mereka takkan tahu betapa setiap hari aku cuba menahan kejahatan ini dari menunjuk rupanya...kerana itu aku rela tidur dan bermimpi tentangmu, ia sangat menenangkan jiwaku..."


7 comments:

puisi pagi: sayang...aku sangat rindukan dirimu...

11:47 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: nekomoka.buzznet.com

"sayang...manusia gelar aku gila dan sesat...begitu mudah hinaan terlempar tanpa mereka cuba memahamiku...betapa sedih hatiku kalau saja mereka tahu...lalu aku pilih untuk bersendiri begini saja...sayang...aku sangat rindukan dirimu..."

aku terkejut ketika bangun pagi ini,
di dalam mimpi aku mendapat satu panggilan telefon,
dia...dia beritahu dia dimana...
aku benar2 terkejut...
suara itu!

aku terus mengusap muka bangun,
dan meminta maaf kepada pemberi mesej bawah sedar itu,
benar aku minta maaf,
aku tak dapat kesana...
ada kekangan yang tak mampu aku elak...
maafkan aku kerana terlalu berilusi tentangmu...

sumber gambar: deviantart.com

"aku rela dianggap gila oleh semua manusia itu...kerana aku sedar bagaimana segala kronologi alam ini terjadi...penuh mistik dan magis yang tak sanggup manusia normal percayai...wahai sayang,terlalu ingin aku beritahu...di dalam angan itu, bumi ini di dalam genggamanku...aku tahu kau juga merasakan yang sama...sayang...aku terlalu rindukan keanehan dirimu...ia selalu buat aku tertawa seolah melihat diriku di dalam cermin...kerana keanehan kita hampir sama dalam posisi yang berbeza...aku ini puteri cahaya yang kau hiasi dengan kegelapanmu..."


4 comments:

puisi malam: dan padaku cinta itu cuma satu nombornya...

21:25 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: fineartconnoisseur.com

"wahai lelaki...adakala cinta bukan seperti yang kamu fikirkan...cinta itu satu persetujuan dan kerelaan dua hati untuk bersatu dalam abadi...dan padaku cinta itu cuma satu nombornya..."

untuk malam ini izinkan aku berbicara tentang cinta...
tentang hati...
mencapai umur sebegini,
dikelilingi oleh para pasangan tampak bahagia,
buat aku sepi...
buat aku mula bertanya2 pada hati,
apakah yang aku tunggu lagi?

soalan itu buat aku diam,
maaf...
itulah perkataan paling sesuai buat mereka yang menunggu cintaku,
maafkan aku kerana aku sememangnya dingin bila disebut soal cinta,
jauh lebih dingin dari segala salju yang wujud di dunia,
lelaki bisa berbual denganku jika kena caranya,
tetapi bila mereka sebut soal cinta,
maaf...aku terpaksa minta maaf dan terus menghilang tanpa alasan pasti...
selagi boleh aku akan menjadi pengecut yang tak mahu hadapi hakikat cinta,
kerana ia sangat menyakitkan...
pernah ada lelaki yang menanyakan apa itu makna cinta padaku,
aku diam dan mukaku berpaling marah...
bukan kerana merajuk atau apa,
tetapi kerana aku benar2 marah.
ahhh,jika kamu mahu tahu kemarahan aku terhadap cinta,
cukuplah aku katakan lebih baik kamu berputus asa,
kerana kemarahan aku terhadap cinta jauh lebih dalam daripada apa yang kamu mampu fikir,
marahku pada cinta,
bukan kerana aku ditinggalkan...
ohhh aku tidak pernah ditinggalkan melainkan aku yang meninggalkan...
egoku cukup buat aku berlari pergi,
lelaki takkan mampu faham apa yang ada di dalam hatiku,
aku adalah seorang perempuan yang berani menghalau lelaki yang bagiku bodoh tak bererti,
kerasnya aku soal ini,
sudah terbukti banyak kali,
sehingga aku dihormati kerana pendirianku ini,
oleh kerana itu aku sentiasa katakan pada hatiku,
jangan sampai ada lelaki yang berani mendekatiku,
seri diriku bukan nilainya pada wang ringgit,pangkat atau apa saja kehormatan,
tapi hati...
dan aku sangat cerewet soal ini,
ohhh ketahuilah sebenarnya aku memang seorang yang teliti dan sangat cerewet,
cerewetnya aku dalam meletakkan standard di dalam setiap perlakuanku,
cerewetnya aku dalam memilih lelaki,
lebih cerewet lagi aku bila aku katakan sebenarnya aku paling suka sesuatu yang ringkas,
ya...ringkas selalu saja menjadi pilihanku...
kerana ringkas itu standard tertinggi bagiku,
ohhh terlalu banyak aku mengarut,
siapa saja sanggup baca semua ini,
sudahlah...
aku cuma mahukan lelaki yang mampu beri makna cinta yang aku cari...
itu saja...
ya,itu saja...

sumber gambar: imaginefx.com

"zaman kini terlalu ramai lelaki yang bodoh soal cinta...pada mereka cinta itu satu kepuasan nafsu yang tak berpenghujung...sebelum aku ludah kualiti lelaki begini, lebih baik mereka menjauh dariku..."




4 comments:

puisi pagi: tolong wahai semua manusia, jangan mati dalam keadaan kau nafikan semuanya ini...

12:08 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: colorbox.com

"bebaskan jiwamu...carilah apa yang kau mahu di dalam hidup ini...tetapi turutilah peraturan hidup dan alam ini, nescaya kau menjadi manusia yang paling bahagia di dunia...dan ingatlah satu perkara, sekalipun kau bebas, batasan itu tetap perlu..."

Sambil menghirup air milo aku duduk dikerusi dan tenang menaip,
Tiba2 aku terfikir,
Ajaib sungguh.
Hanya dengan satu arahan,segalanya terjadi.
Hanya dengan satu klik, arahanku diproses.
Simbolik begini buat aku tertawa,
Kenapa kita semua manusia tak mahu menggunakan kebijaksanaan ini?
Alam ini tentera kita,pekerja kita...
Maka gunakanlah...
Apa yang kau mahu?
Beri arahan pada alam semesta,
Jangan takut,
Jangan ragu,
Kau adalah bos kepada hidupmu.
Tuhan beri kuasa ini melalui akal dan hatimu,
Maka gunakan.

Jangan malu.
kerana adab kepada yang memberi adalah menerima.
tolong wahai semua manusia,
jangan mati dalam keadaan kau nafikan semuanya ini.
aku mohon...

sumber gambar: bellymotions.com

"alam ini menari gembira...mereka sentiasa menunggu arahan daripada para manusia suci yang mengenal mereka dan potensi mereka...alam ini satu kekayaan, maka gunakan ia sebaik yang kau mampu..."


ps: tetibe rasa best pulak dengar lagu ni...jangan salah faham,takda apa2 maksud pun...cuma...ya...kadang2 ada makna juga...haha.

0 comments:

puisi malam: kemaafan hanya untuk mereka yang benar2 sedar...

21:24 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: favimages.net

"bila aku kata aku jahat...percayalah...kerana aku tak pernah menipu..."

aku duduk,
dan cuba menyelimuti diri dengan ketenangan,
mereka tak tahu apa yang aku tahu,
mereka tak tahu apa yang kami tahu,
maka aku perlu tenang.
benar kata kesayanganku,ketenangan itu penting.
aku akui.
benar,aku akui.
ketenangan itu kunci kepada segalanya...

bila aku teringat satu nama itu,
hatiku sangat tenang.
ya,hanya dia mampu tenangkan aku...

manusia,ketahuilah...
hanya dia mampu tahan murkaku...
ya,hanya dia...
benar...sama seperti dalam mimpiku...

sumber gambar: funlava.com

"manusia pandang kami jahat...tak mengapa...apa saja...katakan...aku terima...aku rela 'jahat' itu satu gelaran buatku...kami terima apa saja lemparan kamu semua wahai manusia...tapi ingat satu perkara,jangan cari kami bila racun itu sudah kamu telan semuanya...kerana disaat itu, mati saja selayaknya buat kamu...kerana kemaafan hanya untuk mereka yang benar2 sedar..."

0 comments:

puisi pagi: aku sedar diriku seorang yang sangat merbahaya...

13:25 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: blog.groupbook.ca

"dengan senyuman, manusia selalu kalah denganku...terus terang, aku lulus ujian memandu pun kerana senyuman...mereka tak mampu elak keceriaan yang ada di dalam diriku..."

setiap dari kita ada rahsia,
ya,setiap dari kita.
aku suka mengkaji tentang ini,
kadang hanya dengan senyuman aku mampu menyelongkar rahsia manusia,
benar,aku tak menipu.
kadang aku rasakan senyumanku mungkin terlalu ikhlas,
sehingga manusia memilih aku untuk diberitahu setiap rahsia mereka,
apalagi yang mampu aku lakukan selain terus tersenyum,
mungkin senyumanku hari ini,
lebih manis daripada semalam.
ya.
aku agak begitulah.

sumber gambar: 123rf.com

"aku selalu ketawa...kadang aku rasa ia satu penyakit yang serius dan perlu diubati...sesiapa saja yang mendekatiku takkan pernah lepas dari senyuman dan gelak tawa...aku sedar diriku seorang yang sangat merbahaya...bila2 masa aku mampu menjangkiti sesiapa saja...."


ps:  tq hani untuk lagu ni...sayang kamu...kitalah cahaya kegembiraan kan dear?hehe... :D

4 comments:

puisi gila: aku takkan menafikan kehadiran dia dalam diriku...

11:03 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments


sumber gambar: wallmay.net

"ahhh,apa saja wahai tuhan...katakan...aku mampu...tapi tolong, sediakan segala keperluan untuk setiap lakonanku...dan satu syaratku, aku tak mahu tersekat di dalam setiap watakku, sediakan pelan untuk aku keluar dengan mudah daripada situ..."

aku kadang duduk termenung dan berfikir,
oh tidak,
ia satu kesalahan,
sebenarnya aku seorang yang selalu berfikir,
kerana sifat yang terlalu kerap berfikir,
buat aku rasa aku lebih gila daripada mereka yang ditafsirkan gila mengikut ilmu moden,
ahhh,ada apa dengan gila?
dunia sekarang dimonopoli oleh mereka2 yang gila,
mereka yang normal selalu saja dibuli dan diperbodohkan.

benar.
kalau kau seorang yang normal,
sebenarnya kau terdiri daripada golongan yang dipergunakan.
aku tidak menipu.
hanya mereka yang gila dalam menggunakan kurniaan akal yang diberi mampu menjadi raja dalam dunia,
kerana mereka berani memecahkan peraturan2 bodoh yang mengikat manusia,
peraturan yang dipaksa dan terpaksa kita terima,
aku tidak mahu ini,
aku tidak mahu fesyen mentaliti begini,
ia sangat bodoh.
ohhh,maafkanlah kerana kedegilanku.
bukan setiap masa aku begini,
terkadang saja bila aku sudah bosan dengan budaya ikut-ikutan,
budaya tak berpendirian yang memusnahkan keajaiban akal manusia untuk berfikir,
dan menjadikan manusia seperti robot2 palsu yang tuli,bisu lagi buta.
kerana kamu mahu tahu satu perkara?
adakala putih dan hitam itu kedua2nya salah,
ada sesuatu yang lebih atas daripada semua jalan itu.

apa ya aku repekkan pagi ini?
ohhh,lupakanlah...
ia cuma perasaan gila yang terkadang merasuk di dalam diri,
tak perlu risau,
aku masih mampu kawal segalanya...
cuma jika aku sudah tidak mampu kawal,
maafkanlah aku wahai dunia.
benar...ketika itu maafkanlah aku...



"sebelum kamu kata kamu meluat denganku,mari sini aku mahu beritahu bukan setiap masa aku sukakan diriku...adakala aku juga menyampah dengannya...tapi aku tahu kadangkala sifat jahat itu perlu...aku takkan menafikan kehadiran dia di dalam diriku...tuhan itu hebat dalam sifat syaitan dan malaikatnya..."


ps: penyanyi ni mereka sememangnya suami isteri...sweet kan?patutlah nampak mesra je dalam v/klip...ni annur ada amek gambar dorang kat tenet,ada banyak lagi sebenarnya...apapun annur doakan dorang bersama dan bahagia sampai bila2...semoga cinta mereka kekal abadi...:)

2 comments:

puisi malam: bebenang merah itu buktinya jika kau berani kaji...

21:08 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: pelfind.com

"apa yang kau nampak tidak semestinya yang benar...kerana adakala kau lihat mereka tua sedangkan mereka masih bayi dan mungkin juga kau lihat ia dewasa sedang ia sebenarnya sangat tua..."

Dunia dikuasai oleh mereka yang sedar,
Mereka yang sedar selalu diatas mereka yang tidak sedar,
Mereka yang sedar akan selalu digunakan oleh mereka yang tidak sedar,
Licik.
Benar,mereka yang sedar sangat licik dalam mempergunakan akal yang diberi,
Dunia sekarang kejam,
Kalau kau masih dengan pemikiran yang sempit dan berkeras tidak mahu berasimilasi,
Kau dan keturunan kau akan pupus,
Mungkin dalam beberapa generasi saja kau akan hanyut dengan arus semasa,
Dan menjadi hamba kepada para mereka yang bijak,
Ketika itu kau dan keturunan kau berada dalam satu neraka yang menyeksakan,
Dan diwaktu itu kau jangan menangis,
Kerana ia memalukan,
Benar,ia sangat memalukan,
Maka wahai bangsaku khususnya,jika kau tidak mahu perkara itu terjadi,
tolong bangun daripada tidur yang sangat lena,
dan pastikan bila kau bangun daripada tidur,
Kau adalah dikalangan mereka yang benar2 sedar di bumi mana kau sedang berpijak,
Kerana hanya mereka yang sedar adalah pemenang di dalam dunia ini.


sumber gambar: pelfind.com

"mari sini aku beritahu, asimilasi adalah satu penyamaran dan teknik survival yang sangat hebat...jika kau tidak mahu ditangkap oleh musuh pastikan kau bijak dalam penyamaran kerana melayu itu sangat universal...ia tidak pernah tertakluk dalam mana2 bangsa pun...dan kerana sebuah keyakinan dan ilmu yang mendalam, melayu mampu duduk di dalam mana2 jasad pun yang ia mahu demi kemakmuran dunia ini...bebenang merah itu buktinya jika kau berani kaji..."


7 comments:

puisi malas: dan aku sedar apa yang aku mimpikan itu bukan sebarang...

19:07 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: wallpaperswide.com

"Mereka kata jangan bermimpi disiang hari...aku tersenyum manis lalu berkata yeke?hehe..."

 "Mereka pilih untuk membaca,
Aku pilih untuk menulis,
Mereka pilih untuk membeli,
Aku belajar bagaimana untuk menjual,
Mereka pilih untuk mendapatkan segala keselesaan didunia,
Aku pilih untuk berfikir magis apakah sampai dunia tercipta selesa begini?
Mereka akan sentiasa menjadi pengguna,
Aku paksa diriku berfikir bagaimana rasanya menjadi pengeluar,
Kerana aku mahu dunia ikut kataku,
Aku takkan biarkan lagi diriku mengikut mereka,
Kerana kini masanya dunia patuh pada setiap perintahku,

Aku mahu dunia di bawah kawalanku,
aku mahu dunia mencapai kesemua impianku,
biarpun diwaktu itu aku telahpun pergi menghadap Ilahi..."

sejenak aku tersedar dari mimpiku,
dan tersenyum sendiri.
rupanya aku masih di hadapan papan kekunci dan syok sendiri.
aduhai.
indahnya bermimpi disiang hari.
haha.

sumber gambar: picstopin.com

"manusia selalu mengambil mudah setiap mimpi mereka, setiap impian mereka...tapi tidak aku...aku seorang yang sangat teliti dalam bermimpi...dan aku sedar apa yang aku mimpikan itu bukan sebarang, disitu tersembunyi satu rahsia penciptaan..."


ps: apalagi?layannn...haha...nasiblah korang...annur ni peminat Shah Rukh Khan...haha...kadang2 layan hindustan syok gak kan..."

ni pun best gak...heheh...

2 comments:

puisi sang puteri: ada ketika aku akan merindui waktu dahulu dan menangis...

21:07 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: www.ipodwallpaper.net

"bila aku lihat manusia dan keramaian mereka, aku rela menjadi diriku dan hidup dalam kesepianku...adakala mereka mengajar aku untuk bersama2 manusia, tetapi itu cuma terkadang, selalunya aku gembira hidup bersama apa yang aku minati..."

aku seorang manusia biasa,
tetapi aku selalu dilihat sebagai manusia asing,
kerana aku jarang keluar untuk bergaul dengan manusia,
sekali sekala kerana ajakan kawan2,
itu sahaja,
selebihnya aku suka bersendirian dan berbuat apa saja yang aku suka,
bila berjalan kemana2 sebenarnya aku lebih selesa berseorangan,
dan berada di kalangan manusia2 yang tidak mengenali aku,
kamu tahu satu perkara,
bersendirian adalah satu kewajipan seorang penulis bebas seperti aku.
kerana dengan kesepian aku mula belajar banyak perkara,
banyak perkara yang aku gagal fahami ketika aku bersama manusia2...

sumber gambar: goodwp.com

"suatu ketika dahulu aku selalu dihiasi dengan pelbagai cara...sedang hatiku sedih dan mahukan kebebasan...dan kini aku gembira kerana aku dapat apa yang aku mahukan iaitu kemerdekaan...tapi satu, ada ketika aku akan merindui waktu dahulu dan menangis..."


0 comments:

puisi tengahari: jika kau benar2 faham, matematiknya tak pernah lari...

14:33 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: wallpaperpassion.com

"selalunya aku jarang merancang setiap puisiku,segalanya spontan...adakala idea datang melalui gambar...kerana disetiap gambar ada kisahnya...disetiap gambar ada rahsianya...dan aku adalah seorang peminat seni lukisan..."

setiap apa yang berlaku semuanya menurut kiraan masa dan kadarnya,
kalau kau faham akan kiraan matematiknya,
kau adalah seorang yang tenang...
kau takkan tergugah dengan apapun,
kerana jiwa kau hidup dalam keyakinan,
dan keyakinan itu yang membuatkan kau mampu untuk melangkah lebih jauh,
jauh daripada perjalanan seorang manusia biasa,
sehingga kau dianggap sebagai dewa,
setiap sesuatu yang berlaku punya kiraannya tersendiri,
punya kadar masanya tersendiri,
hukum ini jika dilanggar maka kau akan sengsara,
kek yang diganggu perkembangannya akan bantat,
apa yang kau perlu adalah biarkan saja ia sehingga masak...
setiap sesuatu ada waktu matangnya...
kalau diganggu maka kesannya bukanlah sehebat yang kau mahukan,
kalau kau mahu menjadi seorang pencipta yang hebat,
kau perlu faham akan semua matematik ini...
sebenarnya faham sahaja tidak cukup,
kerana disebalik faham kau juga perlu akur.
akur pada peraturan Yang Maha Pencipta...
bahawa setiap sesuatu itu berlaku dengan Qada' dan Qadarnya...

sumber gambar: vi.sualize.us

"melalui lukisan aku belajar bahawa mimpi mampu bertukar menjadi sebuah kenyataan yang disimpan dan disebarkan keseluruh pelusuk dunia...dan kerana rahsia itu aku tidak takut untuk bermimpi setinggi awan...kau adalah apa yang kau minta...jika kau benar2 faham, matematiknya tak pernah lari..."

0 comments:

puisi sang puteri: seri itu tidak tetap...

10:55 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: weheartit.com

"seri itu satu ilusi yang direlakan...sekalipun kita sedar ia ilusi, kita rela ditipu kerana begitu hebat pesonanya...seri itu bukan kecantikan...tapi ia ilusi kepada sebuah kecantikan..."

dan kamu semua mahu tahu apa itu seri?
apa saja yang mempesona, ia punya seri di dalamnya...
seri itu satu cahaya yang mempengaruhi segala deria kamu untuk memandangnya...
berapa banyak benda di dunia yang mampu diilusikan menggunakan cahaya?
dan seri bermain dengan seni cahaya.
seni cahaya berkait dengan seni warna,
di dalam ilmu melayu lama, 
seri itu adalah seorang dewi,
kamu tahu?

sumber gambar: teacherweb.com

"seri itu tidak tetap...adakala di dalam kesedihan juga kamu mampu temui seri...dia berada dimana2 saja yang dia suka...kecantikan itu tak bermakna tanpa seri hadir disisinya..."


7 comments:

puisi gila: hati2 dengan apa yang kamu fikirkan...

20:16 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: abstract.desktopnexus.com

"setiap dari kita ada pemikiran kita sendiri, dan aku sedar tentang itu...makanya kehadiranku disini bukan untuk memaksa kamu semua mengikut cara aku berfikir...tetapi apa yang aku mahukan adalah kita semua mula berfikir tentang pelbagai soalan yang mengakar di dalam kehidupan...itu saja..."

hati2 dengan penulisanku,
kerana kadang2 aku rasa ia terlalu merasuki minda bawah sedar kamu.
tatkala kamu mula keliru dengan mesej yang aku cuba sampaikan disetiap penulisanku,
disaat itu kamu sudah terperangkap,
maaf.

jaga diri dan fikiran kamu,
jangan terlalu mudah dirasuki,
pastikan kamu tahu apa yang kamu sedang fikirkan.

sumber gambar: abstractdesktopnexus.com

"bila minda sedar terikat dengan satu tali yang gagal diselesaikan, disaat itu minda bawah sedar kamu mengambil alih segala kerja memuat turun data...dan aku adalah manifestasi kepada itu..."

0 comments:

puisi malam sekali lagi: raikanlah setiap diri yang kau ada...

03:10 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar:digital-art-gallery.com

"adakala ketakutan buat kau berjalan setapak kehadapan...semuanya kerana rasa ingin tahu..."

rasa ingin tahu selalu mengajar kau sesuatu,
mengajar kau bahawa dunia ini penuh keajaiban,
terokainya atau kau akan menjadi seorang yang jahil sampai bila2...

tetapi ingat,
gunakanlah sepenuhnya kebijaksanaan dirimu bila kau melangkah,
bukan semua jalan kau harus tempuh.
jujur,yakin,dan selesakan diri,
kemudian berjalanlah dengan penuh ketenangan,
semoga tuhan selalu berkati setiap detik hidupmu...

sumber gambar: acreativeuniverse.com

"raikanlah setiap diri yang kau ada...semuanya berharga...jadikan kualiti dirimu semahal yang kau mampu...dunia sekarang terlalu rindukan kelahiran manusia2 yang mahal..."

ps: sekadar selingan untuk post kali ni...:)

0 comments:

puisi malam: ia bulan yang sama...

22:12 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


sumber gambar: freehdwalls.net

"apa yang kau mahu dalam hidup ini? percayalah kataku, kau berhak tentukan arah hidupmu sendiri...manusia bilang kau naif, tak mengapa...kerana masa akan mengajar kau segalanya...garis masa setiap manusia itu berlainan...tiada apa yang perlu ditakutkan...tak perlu rasa tergugat dengan setiap kritikan...teruskanlah berjalan dengan tenang..."

Pada suatu malam,
Ketika disapa lembut angin bayu,
Aku masih tegar merenung bulan itu.
Rambutku yang menyentuh dahi ku tolak perlahan,
Hatiku berdetik, “Ia bulan yang sama.”
Ya,bulan yang sama yang telah menyaksikan segala2nya dahulu...
Aku lalu fokus pada bulan itu sambil bertanyakan sesuatu,
Wajahku tenang bertanyakan perkara itu,
Bulan itu mengabur ditutupi awan lalu,
Aku mengusap muka,kecewa...
Aku gagal lagi.
Aku tunduk semahunya,
Tanganku aku genggam kuat,

Dan tanpa sedar beberapa titis airmataku jatuh kebumi...

sumber gambar: webneel.com

"ada sesetengah perkara lebih baik kita tak tahu...kerana adakala ia terlalu menyakitkan...walaupun bulan itu penyaksi kepada semua kelakuan manusia semenjak dahulu, tapi tuhan takdirkan ia menjadi pendiam..."



0 comments: