puisi sang puteri: senarai impianku...

11:47 puteri jalanan a.k.a annur 7 Comments

sumber gambar: xwordshurtx.wordpress.com

"wahai rama2...bawa semua impianku terbang keatas sana...sampaikan kepada sekalian dewata...katakan pada mereka...aku mahu semua impianku ini dipenuhi..."

senarai impianku...

1. terbang di langit dan mengusik makhluk langit...
2. mengumpul bunga2 liar dan membuat satu taman dengannya...pastikan ada satu patung burung hantu disitu...hihi
3. memegang ranting dan meneroka hutan bersama yang tersayang...
4. menyanyi bersama burung yang sibuk berkicau...memarahi mereka jika mereka tersalah menyanyi mengikut rentakku...
5. mengenyit mata kepada matahari yang tidak berhenti bersinar...
6. menghirup embun2 pagi dan membuat jus embun dicampur dengan anggur ungu...
7. memetik bintang polaris dan kumpulkan di dalam bakul...
8. memakan awan satu persatu sehingga kekenyangan...tiba2 dimarahi raja langit dan aku ketawa nakal...
9.berbaring di satu daratan rumput yang luas dan menyanyi gembira...tiba2 hujan turun...

sumber gambar: pinterest.com

"adakala bila fikiranku sudah melayang aku pandang langit sambil bertanya pelik...wahai langit, siapa nama kamu?boleh kita berkawan?"


7 comments:

puisi sang puteri:susah rupanya untuk menipu diri sendiri...

20:41 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: webneel.com

"balas dendam?jika aku mahu pasti boleh...tapi tak perlu panjang cerita...ia sangat tak berbaloi...membuang masa dan memperbodohkan diri sendiri bukanlah kesukaanku...aku ini kuat,kan sayang?"

ada kawanku berkata...
kau tidak mahu balas dendam?
aku cuma katakan tak perlu...
apa yang dia lakukan sudah cukup buat aku kuat...
itu sudah cukup...
tak perlu risau kerana...
roda karma pasti akan berpusing...

hidup kan permainan?


sumber gambar: digital-art-gallery.com

"dia pasti tidak suka aku terjatuh begini...jadi lebih baik aku bangun dan tenangkan diri...jatuh bangun,jatuh bangun...haha, macam tak biasa pulak...perkara ini dari kecil pun aku sudah diajar oleh ibuku...sepatutnya aku sudah sangat mahir soal ini...kelakar bila tahu diri ini tidaklah sepandai mana...benda kecil sebegini pun boleh terlupa...haha...okey tak gelak tawa aku hari ini?aku tidak kelihatan bodoh kan?haha....haha...haha...macam bodoh je...maafkan aku sayang...susah rupanya untuk menipu diri sendiri....kenapa airmata mengalir pula ni?hahahaha....kelakar...cara2 ketawa yang jujur pun aku boleh terlupa pula..."


0 comments:

puisi sang puteri: mereka yang buta atau sebenarnya aku yang dilindungi?

12:05 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: universitypost.dk

"beberapa bulan kebelakangan beginilah aku...kerap diulangi mimpi ngeri yang hampir sama...sehinggakan aku benar2 keletihan..."

mimpi ngeri yang menggugat keamananku,
mimpi ngeri yang membuat aku takut untuk tidur,
mimpi ngeri yang membuat aku terdesak berusaha bersengkang mata sehingga kepagi...

entah bila mimpi ngeri itu akan berakhir...

 sumber gambar: gstatic.com

"mimpi dicari-cari adalah mimpi paling ngeri bagiku...wajah mereka penuh benci dan terdesak mahu membunuhku...seolah2 kehadiranku menggugat kedudukan mereka...entah apa dendam mereka sehingga aku diburu sampai ke alam mimpi pun...yang peliknya di dalam mimpi itu aku cuma di hadapan mata mereka sahaja...mereka yang buta atau sebenarnya aku yang dilindungi?"




0 comments:

puisi bergambar: buang satu persatu wajah palsuku...

23:49 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar:google.com

"pernah aku diberi nikmat yang melimpah dari tuhanku...aku katakan kepada pembawanya supaya pergi...datang kembali hanya setelah aku berjaya diuji dengan kesusahan...jangan buat aku benci dengan diriku sendiri..."


"bila aku di dalam kesusahan, aku pernah menyesal menolak kesenangan dahulu...tapi perlahan aku bisikkan di dalam hati...tak mengapa,tahan uji dulu...kesenangan sentiasa menanti tanpa henti...jangan gelojoh dalam menghirup madu takdir..."

sumber gambar: pinterest.com

"ketika kesusahan itu hampir berakhir, aku bisikkan kepada tuhanku...buang satu persatu wajah palsuku...gantikan dengan wajah yang kurindu...wajah yang jernih tanpa sebarang kacau...juga wajah keletihan setelah diuji berkali-kali di dalam lautan takdir..."


0 comments:

puisi sang puteri: kamu fikir aku berjaga?

23:55 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: underpaintings.blogspot.com

"kamu fikir aku berjaga?sebenarnya aku sedang tidur dengan sangat lena...lebih lena dari bayi di dalam kandungan ibunya..."

tak kenal.
mungkin aku sudah lupa siapa dia.
andai dia berlalu lalang sepuluh kali dihadapan aku sekalipun,
mungkin aku akan tetap termenung dan tidak pedulikan sesiapapun.
kerana deriaku sudahpun aku tumpulkan,
ketahuilah aku letih...
jika kau hadir,perkenalkanlah diri...
jika tidak mungkin aku akan tetap khayal di dalam duniaku...
dan kau akan menjadi si pemerhati sedih...

maafkanlah...
kerana sekali fikiranku melayang,
aku adalah manusia paling kaku sekali di dunia...

kini,
ingatanku hampir pudar,
aku malah hampir terlupa siapa diriku pun...
sebenarnya mungkin ayat yang lebih jujur begini,
aku tak mahu ambil tahu tentang apapun di dunia hatta diriku sendiri...

ohhh gila...
mungkin tidur itu lebih bijak mengubat jiwa...

sumber gambar: pt-pt.facebook.com

"aku tidak tahu mengapa aku segila ini...mungkin semuanya akan berlalu dan aku kembali pulih...doakanlah kerana kini dalamanku sungguh tenat...hampir setiap hari aku bermimpi ngeri yang entah apa2 kandungannya..."

ps: tiada apa2 siri buat masa ini...aku perlu berehat sebelum aku jadi si gila yang mengamuk tak tentu pasal...


0 comments:

puisi sang puteri: wanita itu benar gila...dia harus bangkit sebelum kebodohan datang menyerang...

15:02 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: weheartit.com

"beberapa bulan kebelakangan, aku habiskan masa dengan membaca...entah berapa buku aku sudah tamatkan...tapi malang sekali tiada satu pun berbekas di hati...semua seolah tak bererti..."

setiap orang tak suka dipermainkan.
diperbodohkan.
bagi mereka yang punya harga diri yang tinggi,
perkara ini sangat penting.
salah usikan mengamuk jawabnya.

ilham terputus lagi.
beginilah aku kebelakangan,
menulis dan terputus ilham.
ada baiknya aku menulis di komputer begini,
jika aku menulis di kertas entah berapa kertas sudah aku baziri.

maaf.
benar maafkan aku.

sejak dia tiada,
ilhamku pun sudah tiada.

segala rasa menjadi sejuk,beku dan kaku...

walaupun aku cuba bangun,tapi terjatuh lagi.
lagi dan lagi.
sehingga kadangkala aku seperti sudah tidak tahu dimana aku berada sekarang.
aku tahu dia ada disini membaca,
setiap apa yang aku nukilkan disini,
tapi dia diam.

entah gelak,entah menangis,entah tiada rasa,
aku tak tahu,
hanya dia yang tahu,
ya...hanya dia yang tahu...

sumber gambar: google.com

"wanita itu hampir hilang kewarasannya...dia bertanya kepada semuanya termasuklah burung yang sedang gembira berkicau...dimana dia?mungkin dia tak perlu segila itu...mungkin dia hanya perlu bertanya kepada dirinya sendiri...mengapa begitu...entahla,susah untuk aku tafsirkan keadaan yang terjadi...wanita itu benar gila...dia harus bangkit sebelum kebodohan datang menyerang..."

temui selendang kuning di ruangan muka buku: https://www.facebook.com/selendangkuning.annur

ps: mungkin musik begini sesuai untuk mengaktifkan semula sel2 di dalam otak annur ni...hahaha


siri JOM KITA BERKEBUN!

selendang kuning sokong! anda bagaimana?







4 comments:

puisi bergambar: aku?

22:25 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments



sumber gambar: walljez.com

"kamu fikir kamu siapa ha?adakala soalan ego begini terkeluar dari fikiran jahatku..."

sumber gambar: colorbox.com

"pergi dari sini kalau tidak aku makan...fikiran begini juga pernah..."

sumber gambar: learn2grow.com

"tetapi sebenarnya begini...ketika aku sedang sibuk membersihkan kawasan, aku tak suka diganggu..."

sumber gambar: onehundreddollarsamonth.com

"kerana dalam anganku, aku sedang cuba seimbangkan bumi semula dengan seluruh keupayaanku..."

sumber gambar: thelivinglabiesd.wordpress.com

"walaupun orang menuduh aku sebagai skema,tapi tak mengapa kerana aku masih ok..."

sumber gambar: goodsalt.com

"dan aku tahu apa itu kepuasan setelah berpenat lelah..."

sumber gambar: vi.sualize.com

"maka manusia, biarkan saja aku begini...hihihi...aku cukup tahu apa yang perlu dilakukan kepada penjahat2 itu semua..tunggu saja..."

sumber gambar: ddlove.pinger.pl

"ohhh harapanku di akhir nanti setelah berpenat lelah di kehidupan ini, aku dapat berehat dengan selesa tanpa ada gangguan lagi..."




siri JOM KITA BERKEBUN!

selendang kuning sokong! anda bagaimana?







ps: tumbuhan bukan saja berpotensi menyembuhkan manusia...tetapi ia juga mampu membunuh...

0 comments:

puisi yang patut dipadam: tuan,apakah salahnya...

03:16 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: beazleyhome.com

"untuk setiap hari budak perempuan itu hampir mati kedunguan...dia tidak habis berfikir kesalahan dirinya..."

tuan,
jika hamba kirimkan maaf,
sudikah tuan terima?

hamba amat khuatir,
amat membimbangkan sekali keadaan dirinya.
untuk setiap hari fikirannya terawangan.
mencari sebab yang entah kenapa...

tuan,
izinkan kiranya hamba khabarkan,
bahawa dirinya sungguh gering...
mindanya tenat,hatinya lemah...
jiwanya pucat...
setiap hari dia hanya menyalahkan dirinya...

tuan,
hamba bermohon kembali kiranya...
kasihan dia,
dia sudah tiada kawan sepermainan...

sumber gambar: footage.shutterstock.com

"tuan, perhatikanlah...apakah salahnya...dia cuma berharap pakciknya pulang......"


siri JOM KITA BERKEBUN!

selendang kuning sokong! anda bagaimana?







ps: video terbaru...jom layan...kita belajar mencintai alam...



ps: kawan2, jom kita belajar mengenali rama2 pulak....mereka adalah ahli keluarga alam yang unik!hehe....layan jelaaaa....



ps: ini untuk para peminat landskap pulak...apelagi?on cepat!hahaha...sama2 kita belajar dan belajar...jangan takut buat silap,sebab dari situ banyak kita boleh belajar...yeah...

0 comments:

puisi sang puteri: pakcik...mana awak?

01:20 puteri jalanan a.k.a annur 13 Comments

sumber gambar: otakucenter.com

"cinta cuma mereka yang rasa...untuk setiap hari perempuan itu berdoa kepada tuhannya...katanya...tuhan, buang perasaan ini jika ia palsu...jika ia sejati, maka restuilah ia..."

pada zaman dahulu,
ada seorang pakcik dan seorang anak buahnya,
kemana sahaja,
pakcik itu akan melindunginya,
ya,kemana saja.

cerita tamat.

sumber gambar: google.com

"untuk setiap hari aku sudah letih bila anak buahnya itu berhalusinasi dan bertanyakan soalan yang sama pada angin...kamu semua mahu tahu apa soalan itu?pakcik...mana awak?"

ps: sebuah kisah dongeng sahaja...tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati...cuma mungkin berkaitan pada sesuatu yang abadi...

siri JOM KITA BERKEBUN!

selendang kuning sokong! anda bagaimana?




ps: kawan2,jom kita layan video ni pulak...heee...:I

13 comments:

puisi sang puteri: kerana inilah aku kerap menyendiri...

14:02 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: blogs.fanbox.com

"padaku, mencari sebab kejadian dan bermuhasabah adalah tanggungjawabku sendiri...dan kejujuran itulah peganganku setiap kali...selalu saja aku meminta maaf, tetapi aku terkadang malu, benarkah maaf itu setara dengan kesalahanku?tuhan, hukum aku jika perlu...lakukan apa saja demi kesucian jiwaku sebagai bekal menghadap diriMu nanti..."

terkadang aku duduk dan berfikir,
dalam...

syaitan membisik,malaikat juga berbisik.
dan aku disini.
ditengah2.

kata2 kedua mereka aku tangguhkan dulu,
lalu aku berdiam diri dan berfikir.

kedua mereka hanya menjalankan tugas sahaja.
akulah yang berbuat keputusan.

akhirnya aku pilih untuk berlapang dada sahaja.

sumber gambar: imgarcade.com

"selalunya bila aku ditimpa masalah...kesalahan pertama aku letakkan pada diriku sendiri...padaku manusia tak bersalah...yang bersalah itu aku...gagalnya aku mengawal diri dan situasi, maka keadaan bertukar begini...kerana inilah aku kerap menyendiri..."

temui selendang kuning di facebook: https://www.facebook.com/selendangkuning.annur









ps: walau dialun tuan gurindam sayang...luka di hati orang tak tahu...


siri JOM KITA BERKEBUN!

selendang kuning sokong! anda bagaimana?



ps: kawan2...jom kita telusuri keajaiban tumbuhan! kita belajar memahami suara alam...

0 comments:

bukan puisi: maafkan aku...

12:40 puteri jalanan a.k.a annur 38 Comments

sumber gambar: maati.tv

"sejuta kali aku terjatuh pun, aku tetap akan bangun dan berjalan kembali...walaupun langkahku kelihatan lemah sekali..."

untuk kali ini,
aku tiada kata2,
cuma mahu lekatkan lagu ini disini...

maafkan aku...
sumber gambar: harrystylesweb.blogspot.com

"aku hampir hilang semua ilham penulisanku..."


temui selendang kuning di facebook: https://www.facebook.com/selendangkuning.annur

SIRI TERBARU DI SELENDANG KUNING: JOM KITA BERKEBUN!

"Selendang kuning sokong!anda bagaimana?"



ps: unik kan?tumbuhan mampu menjerit minta pertolongan bila musuh datang menyerang...hehe...



ps: hadiah dari kawan kita LOst,hehe...apalagi kawan2???layanlahhhhh....:O

38 comments:

puisi sang puteri: kekuatan yang hebat itu datang setelah lemah yang teramat...

23:54 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: desicomments.com

"sejak peristiwa itu, dalamanku hampir kosong...aku seolah2 lupa apa yang pernah terjadi padaku dahulu...untuk masuk kefasa seterusnya dalam kembara jiwaku, aku seakan diberi hati yang baru...dan hati itu sangat dingin malah hampir tiada rasa...mungkin ia kelihatan jahat bagi sesetengah manusia...tapi ketahuilah...aku tenang..."

izinkan aku bercerita...

diwaktu dahulu...
aku adalah manusia yang selalu saja sedih...

selalu,
ya selalu.

aku menangis,
dan menangis tanpa henti.

tapi ada satu sikapku,
ketika aku bangun diwaktu pagi,
aku akan senyum.

biarpun betapa peritnya jiwaku ketika itu,
aku adalah manusia yang sentiasa akan tersenyum.
walaupun senyumanku itu semasam cuka,
walaupun senyumanku itu sepahit ubat,
ohhh mungkin lebih pahit...
aku...
aku akan tetap tersenyum...

malah,
aku akan tunduk dan berdoa panjang,
satu ayatku ketika itu yang masih kekal diingatanku,

kamu semua ingin tahu apakah ayat itu?

"terima kasih wahai tuhan..."

sumber gambar: postworkshop.net

"jangan berasa pelik dengan diriku...kerana sebelum kamu sempat bersangka2, aku sendiri sudah pelik dengan diriku sendiri...disaat semua manusia berdoa untuk kebahagiaan, aku adalah manusia yang hidup dalam bahagia lalu berdoa supaya tuhan itu mengujiku...lalu Dia uji, dan aku bangga kerana aku masih mampu tersenyum menghadapi segalanya...semoga Tuhanku bangga melihat senyuman yang lahir dari bibirku..."

temui selendang kuning di facebook: https://www.facebook.com/selendangkuning.annur


ps: "kekuatan yg hebat itu datang setelah lemah yang teramat..." jadi kawan2 annur sekalian, apalagi...jom kita layan lagu di atas sebagai selingan untuk post kali ni...mari kita santai...setelah sedih pasti ada gembira...

*****
SIRI TERBARU DI SELENDANG KUNING: "JOM KITA BERKEBUN!"

ps: ok kawan2 annur sekalian,sama ada yang lama mahupun baru...mulai hari ini selendang kuning akan menyokong semua usaha2 kearah bumi hijau...jadi bermula dari post kali ni,annur akan linkkan video2 pilihan tentang cara2 berkebun atau apa saja yg berkaitan dengan 'mission go green' untuk tontonan anda semua...annur namakan siri ini sebagai "JOM KITA BERKEBUN!"...disamping anda semua melayan puisi2 annur, kita layan cara2 berkebun pulak,baru best...:) hehe.....jadi apalagi kawan2???layanlahhhhh....:D

dan tak lupa, annur sentiasa mengalu-alukan apa saja cadangan laman2 sesawang atau video2 'green earth' yang menarik untuk kita semua tonton bersama...


"Selendang kuning sokong!anda bagaimana?"







4 comments:

puisi gila:adakah mempercayai sesuatu yang manusia jarang percayai itu satu kebodohan?

18:19 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: celesteananddanielle.com

"adakah menunggu itu menyeronokkan?kebanyakan masa ia buat aku jadi separuh gila..."

semenjak dulu,
aku akan duduk dan menunggu sesuatu,
jika kawanku bertanya,
aku akan mengeluh dan menggeleng,

aku tak tahu.

aku benar tak tahu apa yang aku sedang tunggukan.

menunggu bulan jatuh keriba?
mungkin sesuatu yang seperti itu.

haha.

sumber gambar: www.wallpaperup.com

"menunggu sesuatu yang tidak pasti itu kegemaranku sejak dahulu...sehingga aku kerap berfikir sendiri, adakah mempercayai sesuatu yang manusia jarang percayai itu satu kebodohan?jika itu tafsiran manusia, maka aku dengan bangganya mengatakan akulah manusia yg bodoh itu..."






temui selendang kuning di facebook: https://www.facebook.com/selendangkuning.annur

4 comments: