puisi malam: sayang...pastikan lakonanmu benar2 hebat...

23:25 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: wallsave.com

"kesetiaan jenis apa yang sedang mereka perjuangkan...aku sendiri tidak faham...kesetiaan tidak pernah akan hadir tanpa permulaannya pada dirimu sendiri...kau tidak akan pernah dibalas pada sesuatu yang tidak pernah kau tempah..."

sayang...
sudah letih aku termenung...
sudah letih aku mengelamun...
sudah letih juga aku memimpikanmu...

maafkan aku...

aku datang pun tidak pernah kau pedulikan...
biarkan cinta ini berbungakan kebencian...
ia lebih baik mungkin...

hatiku sudah berjaya kau bekukan...

sehingga senyuman yang sangat riang itu sepertinya sudah mati...
yang tinggal cuma kepura-puraan yang terpaksa aku lakukan untuk terus hidup...

ketika aku melihat cermin,
aku mengusap rambut dan tersenyum...
sambil berbisik,

"oh tuhan, akulah pelakon terhebatMu! terima kasih untuk semua takdir indah ini...Kau beri cabaran, maka aku pasti akan sambut...kerana itu maruahku sebagai seorang manusia...marahku jika aku mengeluh...dan aku bukanlah insan suci seperti yang manusia sanjung itu...kerana aku punya kelemahan dan kebodohanku yang tersendiri yang membuatkan aku begitu unik berbanding insan lain..."

sumber gambar: gradeclothing.com

"sayang...hari demi hari aku semakin sembuh...tetapi aku yakin kau pula semakin parah disana...lagu2 yang kedengaran seakan2 memberitahuku apa perasaanmu disana...lagu itu memberitakan tentang keadaanmu yang sedang dalam kesakitan...sayang...pastikan lakonanmu benar2 hebat...jangan sampai sesiapapun tahu...kerana kau kelihatan sangat bodoh jika tertangkap..."

0 comments:

puisi bergambar: fahami tentang ini,kau akan mengerti di ceruk mana puteri2 itu sedang bertakhta...

00:22 puteri jalanan a.k.a annur 11 Comments


sumber gambar:lovequotes99.com

"jika kau pemuja kesucian diri, maka kau perlu mencarinya melalui kegelapan hati..."

sumber gambar: pinterest.com

"tetapi jika kau pemuja kegelapan asli...kau akan temui di dalam cerahnya diri..."

sumber gambar: r3veblog.com

"kerana kedua mereka sentiasa tertarik kepada sesuatu yang bersifat melindungi...hanya hitam sanggup melindungi putih...dan hanya putih sanggup melindungi hitam...maka,hati2 dengan putih,kau benar takkan mengetahui apa jenis warna yang sedang disembunyikannya...awas juga dengan hitam,kerana di dalam kegelapan itu ia berjaya melindungi putih dan mengangkatnya sebagai seorang puteri raja...fahami tentang ini,kau akan mengerti di ceruk mana puteri2 itu sedang bertakhta..."

11 comments:

puisi sang puteri: Sejak ketiadaanmu, berapa banyak puisi sampah telah aku lemparkan...

23:06 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: magic4walls.com

"sayang...selalu saja aku rasa diri ini terlalu bodoh...kau hilang,aku terpaksa berhenti sebentar dan berfikir semula dengan waras arah mana yang harus aku lalui...hala tuju hidupku seakan2 hilang seketika...aku jadi tidak sedar apa yang sedang aku lakukan..."

sayang...
adakala aku rasakan diri ini terlalu bodoh,
mengadap langit malam dan termenung lama...

sayang...
adakala aku rasakan diri ini terlalu hina,
dikelilingi oleh manusia yang aku rasakan mereka semua mulia...

sayang...
adakala aku tidak berasa apa2,
melainkan teringat dirimu dan masih gagal menerima hakikat semua...

sayang...
jika diberi pilihan,
aku tidak mahu menyeru semangatmu dan membiarkan kau tenang2 saja disana...

maafkan aku...
kerana masih belum benar2 redha dengan ketentuan ini...

sumber gambar: google.com

"sayang...dunia ini terlalu kejam atau sebenarnya sikapku yang menjadikan dunia sebegini?baru aku sedar,begitu payah rupanya menerima hakikat kehidupan...sejak ketiadaanmu, berapa banyak puisi sampah telah aku lemparkan...aku benar2 kehilangan ilham..."


0 comments:

puisi malam: sayang...pernahkah kau perasan tentang satu perkara...

22:38 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: blabber.pinger.pl

"sayang...pernahkah kau perasan tentang satu perkara...bunga itu ketika layu...rupanya seperti hantu..."

pelik.
dia hadir,
semua lenyap...
yang tinggal cuma aku dan angan2...
jangan marah aku,
seolah2 aku pesalah...
sedang silap dirimu sendiri,
tidak pernah kau endah.
sayang...
aku yang sedang menulis ini,
ataupun dirimu?
aku keliru.
ditahap mana kebersatuan ini,
aku tidak tahu...
aku cuba membuka simpulan diri,
dan menulis sesuatu disini,
tetapi ia sukar,
sayang,adakah kau perasan?

kebodohan apa yang sedang aku lakukan.

setiap hari cuba untuk berdiri tegak dan menghadap mentari,
tetapi setiap kali itu juga aku terjatuh dan menangis hiba...


sumber gambar: glogster.com

"sayang....sudah aku cuba berulang2 kali untuk gembira seperti sediakala....tetapi ia kelihatan sangat hodoh..."

2 comments:

puisi gila: sayang...masa boleh hiasi segalanya pada diriku...tapi...

04:26 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments


sumber gambar: google.com

"sayang...selepas dirimu tiada...aku berusaha merosakkan diri sendiri...aku sendiri pun tidak sedar kebodohan apa yang sedang aku lakukan..."

sayang,aku berusaha menukilkan perasaanku padamu disini,
supaya aku tidak lupa...
sedang penyakit terhebatku adalah lupa...
aku takut sayang...
dikehidupan akan datang,
memori ini semua hilang...
maka sebelum ia terjadi,aku harus pahatkan ia dimana2 saja,
supaya cinta dan getaran ini,
tetap abadi...

sayang...kalau saja aku bisa melupakan semua...
tetapi beritahuku,
adakah tuhan berani lakukan sesuatu yang seperti itu...
kerana tugas,kita tetap perlu bertembung...

biarpun hanya sebentar.

"sayang...ketika post ini dibuat,waktu jam sudahpun 4:26 pagi...sudah berapa lama aku gagal untuk berehat dengan teratur...takut untuk tidur dan bermimpi ngeri yang sama berulang2..."

sumber gambar: proslut.blogspot.com

"sayang...masa boleh hiasi segalanya pada diriku...tapi ada sesuatu rahsia pada mataku susah sekali ia dapat pudarkan...sayang, mungkin aku cuma terlalu letih, aku perlukan rehat...diriku terlalu layu dihanyutkan mimpi..."

ps:dan bukan cumbu rayu...yang membuat kita rindu...lumrahnya cinta...sedang kita alami cinta sepi...dekat ku rasa jauh pun ku rasa....sekuat mana getaran cinta kita...

0 comments:

puisi bulan mengambang: malang,hanya kegelapan yang tahu potensi sebenar dirinya...

21:43 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments

sumber gambar: layoutsparks.com

"ketika puteri datang di dunia kegelapan...ia kehairanan...mengapa wujud kawasan yang seperti ini?dia cuba memahami satu persatu...permulaannya dia membenci,makin lama dia menyayangi..."

satu cahaya yang diangkat menerangi kegelapan,
itulah bulan...
bulan itu seorang puteri...
dan pungguk itu puteranya...

satu cahaya yang diangkat menerangi kegelapan,
tiada yang mampu menggelapkan cahaya itu,
malah cahaya itu semakin berseri2,
dikelilingi para tentera kegelapan,
untuk mendamaikan dunia kegelapan dan cahaya,
maka cahaya itu dikahwinkan dengan satu kegelapan agung,
dan kisah itu dimatikan.

kisah itu dimatikan,
dimatikan...
sehingga hampir tiada siapa yang tahu...

banyak cahaya cuba menerangi kegelapan,
cuba memutihkan kegelapan,
tapi gagal...
hanya satu...
satu...

kegelapan namakan dia,
puteri cahaya...
puteri cuma perlambangan kepada perempuan,
satu sisi Dia,
yang manis...

kamu semua mahu tahu satu rahsia yang dipendam sekian lama?
maafkan aku kerana terlalu terang,
kegelapan begitu menyayangi puteri cahaya,
tetapi mereka cukup membenci puteri kegelapan,
walaupun puteri kegelapan itu berdarahkan keturunan mereka...

lalu puteri kegelapan itu pergi membawa diri,
dan ia diterima di satu kerajaan cahaya,
disitu dia diangkat menjadi seorang puteri,
sehingga ia bertakhta kemas dan menukarkan kerajaan cahaya,
menjadi satu kegelapan,
demi membalas dendamnya...

selepas tragedi itulah,
bermulanya kejadian malam dan siang...

dimana ia mengisahkan seorang puteri kegelapan yang menyelubungi cahaya,
dan seorang puteri cahaya yang dianggap suci di dalam kerajaan kegelapan...

sumber gambar: fanpop.com

"jika aku katakan inilah puteri cahaya itu,kamu percaya?ternyata...kegelapan begitu bijak menghiasinya seakan2 dialah bulan yang sedang terapung di angkasa raya...malang,hanya  kegelapan yang tahu potensi sebenar dirinya..."




8 comments:

santai: jom kita ke floria!lalala...

08:59 puteri jalanan a.k.a annur 19 Comments

"alam itu satu kekayaan...maka hargailah..."

wahhh...floria bermula hari ni....apelagi kawan2,pakat pegi ramai2 lahhhh.....fuh naik pengsan annur....floria,floria,floriaaaa~~~~~Lalala....




Untuk makluman, kadar bayaran untuk memasuki FLORIA 2014 adalah seperti berikut: 

Dewasa: RM3

7-12 tahun: RM1
Bawah 7 tahun: Percuma 

Share dengan kawan-kawan ya!

sumber: https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya





sumber gambar: galleryhip.com

"ada yang bertanya padaku apa itu kebahagiaan,mari sini aku mahu beritahu...bila kita gembira,orang lain gembira,semua orang gembira...maka itulah bahagia..."

19 comments:

puisi gila: jumlah kami memang sedikit,tapi...

12:52 puteri jalanan a.k.a annur 4 Comments

sumber gambar: pinterest.com

"jika aku sunyi sekalipun, ia satu keperluan untuk jiwa seperti aku...keramaian mampu buat darahku membuak2 panas..."

aku sunyi?
tidak...
aku sedih?
tidak...
aku marah?
tidak...

aku ego?
ya...

tak rugi pun jujur pada diri sendiri.

sumber gambar: 3xellance.over.blogspot-com

"sunyi memang membosankan....tapi paling kurang aku tidak menganggu insan lain...aku hidup di dalam duniaku sendiri...lebih menguntungkan, mereka juga terselamat dari kejahatanku...bukankah mereka patut bersyukur?pemangsa sepertiku tidak turun melainkan untuk mencari mangsa dan menguruskan beberapa keperluan...kami tidak hidup dalam kawanan...itu bukan sifat kami...kami berkawan sesama kami sahaja...itupun cuma sebentar,selebihnya kami berdiam menjaga kawasan sendiri...jumlah kami memang sedikit,tapi kami hidup untuk mengawal keseimbangan rantai makanan..."


sumber gambar: rdt-eoy--stuff.wikispaces.com

sumber gambar: tutorvista.com

sumber gambar: wikipidea.org

4 comments:

kerja rumah annur: menampal gambar hero heroin kegemaran...

11:55 puteri jalanan a.k.a annur 3 Comments

hari ini aku gembira,
jadi aku mahu kongsikan dengan semua wajah2 hero dan heroin kegemaranku,
semenjak dahulu sehingga kini,
hehe...
nak gelak senyap2 je...

123...mulaaaaa!!!!!

tiptop tekooo...


skrip special dari selendang kuning untuk filem fantaghiro: 

fantaghiro: haa...pehal pandang2?nak kena penampor?saya tahulah saya cute...
tarabas: perempuan ni normal ke tidak....aku ni sabar jelaaaa....haissyhhhh....muka ganas macam aku ni sikit pun dia tak takut...cis.
fantaghiro: heh...pegi terjun bangunanlahhhh....banyak cite plak kat sini...nama pun da mcm serbuk kari babas je...lagi ada muka tunjuk terer depan aku...

hahahahaha....oklah kawan2,annur tak habis gelak ni...janganlah marahhhh sekali sekala annur buat kerja rumah cmni....lalalala...~~~


ps:haaaa....layan hindustan lah pulokkkkk.....kokokoko...annur nak joget ni...hepy pulak tengok v.klip SRK ni...kiki

3 comments:

puisi sang puteri:haha,maafkan aku kerana terlalu jujur...

22:11 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: leyhlah.deviantart.com

"sejak kecil, aku lebih berminat kepada hero muka kejam sebegini...entah kenapa...aku ini gila mungkin...entah memori apa yang pernah tertanam di dalam diri aku ini...hmm,sebentar aku fikirkan dengan waras..ok begini, pada fikiranku yang cetek ini, lelaki yang berani menunjukkan kejahatan dirinya yang sebenar pada awal perkenalan...lebih jujur dan pantas untuk dipercayai...hehe...baiklah aku serius, padaku watak sebegini menunjukkan lelaki itu sudah mengenali syaitan dirinya...jika sudah kenal,sudah tentu pandai pula mengawalnya...dia tidak takut pada syaitan, kerana syaitanlah yang lebih takut pada lelaki seperti ini...kamu nampak kualitinya disini?"

sejak kecil aku ada satu tabiat,
ketawa secara tiba2...

terlalu banyak benda kelakar yang mindaku mampu fikirkan,
terkadang menonton filem sedih pun aku masih mampu ketawa terbahak2.
imaginasiku lebih teruk daripada pelukis kartun.

jika aku di dalam satu kawasan yang penuh mata melihat,
aku cuma mampu menutup mulut dan ketawa penuh suka,
entah kenapa,aku sangat mudah berasa kelakar dengan apa saja.

pernah ada seorang kesayangan,
dia katakan,
aku ini gila,
bila bercakap banyak sekali ketawanya,
mungkin benar ya?
tapi paling kurang aku tidak menganggu manusia lain,
aku gembira dengan diriku sendiri...
hehe...

ohhh...
kebelakangan ini aku sudah cukupkan tidur,
jadi aku sangat gembira...
emosiku juga semakin stabil...

tidur memang satu nikmat...

apatah lagi setelah berpenat lelah seharian menguruskan hidup...


sumber gambar: fanpop.com

"bagaimana dengan muka hero suci sebegini?aku sangat pasti,dia mendekat, aku akan lari sekuat hati sambil ketawa sekuat yang boleh...aku tidak percaya pada romeo seperti ini...haha...wajah yang penuh tipudaya...susah untuk dipercayai,wajar diragui...terlalu banyak ujian dia perlu lalui untuk membuktikan keikhlasan hatinya...lelaki sebegini, buat kejahatan pun pasti senyap2 dibelakang...sedang dihadapan wajahnya penuh suci murni...ohhh memang bahaya...syaitan pun dia gagal kenal, apatah lagi dirinya sendiri...haha...maafkan aku kerana terlalu jujur..."




6 comments:

puisi cermin: dia sudah gila...orang kata dia gila...

13:11 puteri jalanan a.k.a annur 6 Comments

sumber gambar: google.com

"kata suara itu....aku akan bantu aku mencari aku..."

"dia sudah gila...orang kata dia gila...lalu dia terus bersembunyi...tiada siapa jumpa....dalam terang dia sembunyi...mereka nampak tapi tak lihat...mereka lihat tapi tak kenal...

bersama bunga kembojanya dia tidur dengan lena...kemboja...kemboja putih disusun ditepi katil...satu persatu...bunga ketujuh berkata2...

disatu kota...semua manusia menjadikan ular warna warni sebagai haiwan peliharaan...

tanya apa tempat tu...ada suara sebut itu kuala lumpur...kota itu kuala lumpur...3 suasana berbeza pada satu tempat yang sama..."

petikan dari: https://www.facebook.com/selendangkuning.annur


sumber gambar: 2selendangkuning.blogspot.com

"gila...orang kata dia gila...lalu dia terus bersembunyi..."


*******
siri JOM KITA BERKEBUN!

laman sesawang pilihan annur kali ni...

kawan2!jom kita selak2,apa tips2 berguna untuk kita...yeahhh...


6 comments:

puisi semut: aku mampu lupakan dia...dengan satu syarat...

00:19 puteri jalanan a.k.a annur 5 Comments


"aku mampu lupakan dia...dengan satu syarat...dia juga lupakan aku...itu saja jalan yang paling damai...tapi persoalannya...mampukah komunikasi itu kami hentikan walaupun dalam hati?aku mampu menipu realiti...tapi tidak dalam hati...disaat aku terjatuh dan hampir mati, dia sambut seolah2 dirinya satu putera yang datang dari kayangan...memberikan pertolongan sehingga aku mampu berdiri seperti sekarang ini...dia berikan budi dan tak pernah minta aku balas...sejak dia hadir di dalam hidupku, rakan ilusiku telah lenyap...sehingga aku tertanya,adakah dia peneman ilusiku semenjak aku kecil?bertukar jasad ke jasad dan menjagaku dimana saja aku berada melalui semangat dirinya..."

tempohari,
ketika aku ingin meneguk air teh,
ada semut sedang berenang di dalamnya,
aku pandang sahaja semut itu.
sambil menutup mata rapat, aku teguk air itu dengan pantas lalu berniat,
"mereka kata air semut,mampu memudarkan memori...tuhan,aku perlu ini untuk lupakan dia..."

tetapi selepas air semut itu sudah aku habisi,
aku duduk termenung dan memandang langit,

dia...
masih dalam fikiranku.

lalu aku bisikkan halus...


"semut...maafkan aku...mungkin tadi aku sepatutnya buat keputusan untuk selamatkan kau...ini semua salah mereka...mereka kata dengan meminum air sari mu,dapat memudarkan memori...tidak aku sangka,memori itu masih kuat terpahat...kuasa dirimu tidak mampu memudarkan ingatanku terhadapnya...aku tidak pasti,semut...kau yang lemah,atau ingatanku yang terlalu kuat padanya..."



ps:kawan2,jangan lupa pegi tau...jom sama2 kita meriahkan floria 2014!yeah...manelah tahu boleh terserempak dgn penulis selendang kuning ni ke kan....haha...


sumber gambar:tiki.oneworld.net.

kawan2, tumbuhan dapat beri kita udara yang segar untuk kita hidup sihat dan gembira tau,jadi jom kita beramai2 sokong semua usaha kearah bumi hijau!yeyeh...

mutiara kata pilihan annur: 



selendang kuning sokong! anda bagaimana?

5 comments: