puisi sang puteri: dalam banyak2 jenis kebodohan...kebodohan inilah yang paling parah aku hadapi...

22:52 puteri jalanan a.k.a annur 1 Comments

sumber gambar: desktopwallpapers4.me

"sayang...mereka menasihatiku supaya lekas melupakan dirimu...sedaya upaya mereka berusaha membuat aku benar2 gembira...aku sendiri tidak tahu mengapa aku menjadi bodoh sebegini...sayang,jika aku pilih untuk tetap menjadi bodoh sebegini,adakah jika kita berjumpa nanti,kau akan memarahiku?"

sayang...
entah berapa lama ya aku tidak berkhabar,
mungkin kerana aku rasakan semua penulisanku disini hanya ilusi,
ilusi yang membuatkan aku malu untuk menghadap langit pun,
pasti sang matahari sedang mengetawakan aku kerana menjadi bodoh sebegini...

sayang,
aku ini benar bodoh...
adakala aku menangis sendirian kerana menjadi diri yang bodoh sebegini,

sayang...
aku mahu menjadi si pandai,
tapi tentang ini aku tak pasti sampai bila aku akan pandai dan bijak...

benar aku tidak tahu...
aku boleh menipu pada seluruh manusia...

tapi tidak pada diriku sendiri...
ia seakan2 tahu segalanya...

sumber gambar: real-princess-peach

"tuhan...aku sedar kebodohan adalah satu dosa...dalam banyak2 jenis kebodohan...kebodohan inilah yang paling parah aku hadapi...itulah cinta...ampunkan hamba wahai Yang Tertinggi..."



"7 kolam...4 emas...3 hitam....dia disitu...untuk permulaan hari...dia melawat ketujuh2 kolam tersebut kemudian dia rapatkan tangan dan berdoa dibukakan 7 langit atas dan 7 bumi bawah...
yang mana tersekat,lepaskanlah...
yang mana terhalang,permudahkanlah...
yang mana ditutup,bukakanlah...
doa yang terpanjat buat mereka para pencinta alam...selebihnya biar baki sahaja makanan buat mereka...tak lebih dan tak kurang...beri mereka cukup2 sahaja...sekadar untuk hidup dan bernafas...
sekat dari mana arah sekalipun,biarkan hanya yang berhak mendapatnya...
dari mana arahpun,sekat...
semuanya bermula mulai hari ini..."
sumber petikan: https://www.facebook.com/selendangkuning.annur

1 comments:

puisi purnima nami: sayang...biarlah aku seorang saja yang tahu apakah lagu itu...

04:05 puteri jalanan a.k.a annur 1 Comments


sumber gambar: pinterest.com

"sayang...bila aku sedang dalam ketakutan begini, aku rapatkan tangan dan berdoa tentangmu..."

sayang...
untuk malam penuh cahaya ini,
aku tersedar lagi...
yang kau sudah tiada....

kau sudah tiada...

lalu untuk terus bernafas dengan bersemangat,
aku paksa diri mendengar satu lagu...

ya..
satu lagu...
sayang...biarlah aku seorang saja yang tahu apakah lagu itu...

kerana sayang...
aku perlu sentiasa yakin kau ada disini,
dan aku sangat perlu ilusi ini sebagai penguat diri untuk terus melangkah...

sama sepertinya seorang pengembara yang sarat memerlukan air untuk teruskan perjalanan......

sumber gambar: mrkth23.deviantart.com

"sayang...ditengah2 hutan yang penuh dengan bunga berkembangan ini, hanya aku yang layu..."

ps: hiduplah arjuna beta...biarkan jasad yang luka...selama tuhanmu ada...takkan engkau tercela...

1 comments:

puisi sang puteri: sayang...adakah kau setuju jika aku katakan paling payah adalah melukis diri sendiri?

22:59 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: polyvore.com

"sayang...benar katamu dahulu...kau bukan seperti lelaki yang selalu aku kenali...kau lebih membencikan berbanding mereka...kerana kebencian itu,sehingga kini aku masih gagal melupakan keunikan dirimu...keunikan itu mampu buat aku ketawa lepas walaupun ketika bersendiri...sayang...adakala lelaki berani sudah terlalu biasa aku lihat...tetapi pengecut sepertimu jarang sekali aku temui...disaat ini, aku mengkagumimu..."

sayang...
kau ingin tahu,
untuk setiap hari aku sebenarnya teruja untuk memberitakan sesuatu kepadamu,
ya,sama seperti dahulu...

sayang...
kau tahu,
aku masih berada disini,
keranamu...

masih tegak berdiri,
kerana berharap kau dibelakang menyambutku ketika aku terjatuh...

kerana di dalam setiap penceritaan hidupku,
kau sentiasa hadir sebagai penyelamat...

dengan cara apa aku mampu balas budi itu...
melainkan berada disini,
dan terus2an menulis biarpun kita...
kita sudah tiada...

sumber gambar: collectionphotos.com

"sayang...adakah kau setuju jika aku katakan paling payah adalah melukis diri sendiri?hehe...teringat dahulu...gambar pertama pemberianku adalah lukisan hitam putih seperti ini...dan kau mintaku melukis potret diri sendiri...sayang...aku cuma pandai melukis sebelah sahaja...kerana sebelah lagi, ada pada senimu..."


0 comments:

puisi sang puteri: sayang...jika mereka mahu apa yang ada ditanganku...mereka perlu...

02:00 puteri jalanan a.k.a annur 0 Comments

sumber gambar: rebloggy.com

"sayang...manusia itu siapa?mengapa cara mereka bermasyarakat sangat pelik?"

adakala aku duduk termenung disamping bunga2,
dahiku berkerut,
manusia ini pelik...mereka sejenis makhluk yang pelik...
cara mereka merumitkan setiap inci kehidupan mereka sangat kelakar...

jika berpusing2 ditempat yang sama dengan penerangan yang berbeza2 itu mereka tafsirkan sebagai ilmu,
maka ada eloknya aku berundur dari tempat serupa itu...

kerana aku malu.
dengan pemikiran makhluk bernama manusia itu...

kerana kita bukan serendah itu...
golongan kita tidak semundur itu bila berfikir...

mereka fikir manipulasi alam itu yang terhebat,
sedang kita pula fikir keharmonian alam itulah yang terbaik...

golonganku terdiri dari mereka2 yang tahu menghormati alam dan seisinya...
bukan mereka yang memanipulasi alam sesuka hati demi kepentingan diri sendiri...

sumber gambar: society6.com

"sayang...jika mereka mahu apa yang ada ditanganku...mereka perlu belajar cara2 berkawan dengan alam dan seisinya...belajar berbudi bahasa dengan setiap makhluk tuhan...dan paling penting belajar menghormatiku, jika tidak,aku akan tutup kotak itu dan pergi..."


0 comments:

puisi sang puteri: kerana sayang...mengertilah...

02:09 puteri jalanan a.k.a annur 8 Comments

sumber gambar: definitelyfilipino.com

"sayang...mereka yang mengenaliku secara berdepan begitu pelik dan seram bila membaca nukilanku disini...mereka kata kata2ku begitu mengusik pemikiran sehinggakan mereka susah untuk tidur...sayang...mereka menyoal mengapa aku yang ceria dan periang itu sangat pucat bila menulis?aku tersenyum...ternyata mereka gagal untuk tahu bahawa inilah rupahatiku yang sebenar...sedih...keceriaan itu cuma penipuan yang terpaksa aku lakukan untuk terus tegak berdiri dan menjalankan tugas sebagai insani...."

sayang...
kebelakangan begitu kerap kau hadir dalam ilusi,
sehingga aku terasa begitu bodoh bila mengerti realiti,
realiti yang sebenarnya kau sudah tidak lagi disini...

sayang...
berhenti mengingatiku,
jika ternyata perasaan itu semua palsu...

kerana aku...
sangat benci kewujudan rasa ini jika kau mahu tahu...

sayang...aku ini egois bukan?
tidak lain dan tidak bukan,ia semua ajaran dan didikan darimu juga...

sayang...
aku berharap kau bangga...
kerana wujud satu perempuan yang terfitrah keras kepala dan egois sama sepertimu...

kerana sayang...mengertilah,
kita ini buku dan ruas...
yang bila bertembung,
kedua2nya sakit dan mendapat karma masing2...

sumber gambar: cellphonehits.net

"sayang...aku telah menghalau semua lelaki2 yang cuba mendekatiku pergi kerana terlalu sering aku menulis dan teringatkan dirimu....bukankah penjara itu sudah cukup kejam bagiku? lalu apa lagi?"


8 comments:

puisi sang puteri: sayang...di atas ini aku seorang...

21:14 puteri jalanan a.k.a annur 2 Comments

sumber gambar: secret-hipster.blogspot.com

"sayang...di atas ini aku seorang...berfikir, menyanyi...dan bersendiri...terkadang aku rasakan yang aku ini bukan manusia...aku sendiri pelik spesis makhluk apakah aku ini..."

sayang,
setiap kali aku kemana-mana,
aku gelak dan berkata yakin pada diri sendiri,
aku sudah berjaya melupakan dirimu...

aku katakan pada bunga,
aku sudah berjaya melupakan dirimu,

aku katakan pada langit,
aku sudah lupakan dirimu,

aku ketawa pada matahari,
dan aku katakan benda yang sama...

mereka semua tersenyum...
aku juga tersenyum...
dan aku menari gembira...

sayang...
adakah kau dapat lihat di tahap mana kebodohan diriku?


sumber gambar: galleryhip.com

"terkadang aku merasakan golongan yang cuba2 menipu diri sendiri adalah golongan yang paling bodoh sekali di dunia...tapi sayang, dengan kebodohan inilah aku hidup dan masih mampu bertahan..."




2 comments: